Perihal

#1. PENULIS
Mula berblogging sejak tahun 2009 sebab pengaruh kawan. Masa tu, blog dipenuhi dengan suka-suki zaman sekolah. Kira kalau nak throwback ke apa, bolehlah nak jadikan entri lama sebagai bahan kenangan. Bila baca balik memang cam hape (maklumlah, zaman tu baru nak kenal social networking), tapi nak delete sayang. Biarlah.

Sekarang menuntut sebagai salah seorang pelajar di IPTA. Tengah berazam nak giat balik tulis kat blog sebab beliau rasa beruntung sebenarnya menjadi para pencatat. At least, ada memori untuk dikenang esok-esok. Oh, self-disclaimer, kebanyakan entri dalam ni memang entri rawak tentang pemikiran dan pengalaman penulis sendiri.

#2. NAMA BLOG 
Nama asal blog: Kufikir-fikir sampai tak terfikir..? Nama blog ni tercetus atas dasar memang tak tahu nak letak nama apa. Punya lah fikir tapi sampai sudah tak tahu nak letak nama apa. So, jadilah camtu. Gila panjang kemain.

Setelah lama gila menyepi, ingat nak tukar nama. Macam-macam nama difikirkan. Lastly, 18 Ogos 2014, fikir kekallah nama sedia ada, tapi tambah perkataan Metamorfosis sebab beliau blog ni mengalami perubahan pada rentak penulisannya.

Metamorfosis merupakan perubahan yang berlaku pada organisma atau kehidupan dari segi fizikal. Jadi, rasionalnya dengan nama blog bila penulis mengalami fasa-fasa yang berbeza melalui kehidupannya. Blog ini merupakan sebahagian daripada apa yang dipersembahkan.

So, macam tu lah alkisahnya.

#3. HEADER

Daripada takde header, then ada header (which dua-dua sangat keanak-anakan), lepastu takde header balik. *ceh, split personality*. 

1st header (24/4/2011): Buat guna paint sajo. Gila lah kebudak-budakan. Tengah gila Pucca & Maru time ni


2nd header (2/3/2012): Minta tolong Solihin Zubir buatkan. Still. Aura childish tak dapat nak bendung.

3rd header (18/7/2014): Penulis buat sendiri. Konsep minimalis. Ni pun wujud setelah berbulan-bulan beliau tinggalkan blog. 
4th header (18/8/2014): Penulis buat sendiri, masih konsep minimalis. Dan juga sebagai nafas baharu kepada blog.