Travelog 2019: Cameron Highlands (Hari Pertama)

November 26, 2019

Sebenarnya dah lama nak tulis post ni tapi asyik tergendala je.

Pada 8 Ogos (Khamis) dan 9 Ogos (Jumaat) 2019 hari tu, sebelum raya haji, aku dan Afiq sempat bercuti ke Cameron Highlands. Kami bergerak dari Kota Bharu, Kelantan. So, perjalanan adalah dari Kota Bharu ke Gua Musang ke Lojing dan terus ke Cameron Highlands. Perjalanan mengambil masa hampir 5 jam. Kami bertolak pada lebih kurang 10 pagi dan tiba pada pukul 2 petang lebih.

Setibanya di Cameron, kami check-in apartment yang dah pun ditempah melalui Agoda di Brinchang. Aku book Dreamscape Apartment @ Golden Hills, dengan harapan dapat menikmati suasana pasar malam sebab apartment ni betul-betul di hadapan tapak pasar malam. Tapi malangnya, pasar malam tidak beroperasi pada hari weekdays. Hahahahampehhh! Macam mana lah boleh terlepas pandang part tu. Huhuhu.

Sampai je kami terus check-in di pejabat apartment
Harga booking apartment melalui Agoda adalah RM 104.86 (termasuk RM 10 service tax)
Kami stay di sini selama 2 hari 1 malam sahaja. Memang luas dan selesa apartment ni. Ada ruang tamu, dapur yang lengkap dengan peti sejuk, microwave, electric kettle dan perkakasan dapur. Ada 1 tandas yang lengkap dengan heater shower dan 1 bilik tidur. Kalau datang dengan keluarga pun sesuai sebab ada extra tilam dan bantal di dalam apartment. Ni gambar interior apartment.

Ruang Tamu
Ruang Tamu
Dapur
Bilik Tidur

#1 MAKAN TENGAH HARI DI RESTORAN NUR KASIH RAIHAN

Lepas check-in, kami terus mengisi perut. Google juga kedai makan tengah hari di sekitar Cameron tapi ada beberapa tempat yang tutup. Jadi, kami makan sahaja di kedai makan yang berhampiran dengan apartment kami. Kami makan di Restoran Nur Kasih Raihan. Terletak di pinggir jalan sahaja. Sedap juga makanan di situ, terdapat pelbagai lauk-pauk masakan melayu.

Dari luar kedai
Aneka pilihan lauk
Nasi tengah hari kami. Jumlah makan tengah hari kami untuk dua orang termasuk minuman adalah RM 19.
Standard lah kan harga dia

#2 MELAWAT TIME TUNNEL MUSEUM

Selepas makan tengah hari, kami menuju ke Time Tunnel Museum. Sebenarnya teragak-agak juga mahu ke situ atau tidak. Tetapi memandangkan ini pertama kali kami ke Cameron Highlands setelah sekian lama (tahun pertama dan terakhir kali aku datang Cameron adalah pada tahun 2009), jadi tak ada salahnya sekiranya kami ke sini. Ye dok? Tiket bagi dewasa adalah RM 6 seorang. Jadi total 2 orang adalah RM 12.

Apa yang menarik dalam muzium ni? Mula-mula masuk muzium, ada sejarah sedikit sebanyak tentang Malaysia dari zaman penjajahan Inggeris dan Jepun. Tapi lagi banyak pasal Jepun lah. Lepas tu ada juga ruangan koleksi permainan yang pernah famous dari zaman mak ayah kita, zaman kanak-kanak 90-an sehingga kini. Koleksi memang rare lah. Memang mengimbau kenangan dan memori. Sebab tu nama tempat ni 'time tunnel' sebab bila masuk, seolah-olah kita sedang melalui satu persinggahan memori (memory lane).

Okay, ni belanja sikit gambar kami laki bini di Time Tunnel Museum.










Keluar je daripada muzium tu, kami dapat tebus ice blended dan aiskrim strawberi sebab dapat beli tiket masuk muzium tu. Diorang ada sediakan kiosk, tebus kat situ lah. Hanya bayar RM 5, kami dapat dua item ini. Pandai strategi marketing depa ni. Hahaha.

Nasib baik sedap!
Ni kiosk makanan muzium tu. Boleh tebus makanan atau minuman dengan separuh harga

#3 MENGUNJUNGI KEA GARDEN

Kea Garden atau lebih dikenali sebagai Kea Farm. Banyak buah, sayur dan pokok dijual di sini. Antara tempat yang wajib dikunjungi lah kalau datang ke Cameron Highlands. Kat sini, kami beli jagung dan strawberi untuk dimakan dan dibawa pulang.





Jagung susu! Sorry sis jakun sebab first time rasa jagung susu. Baru tau sedap gila okay. Kitorang makan terus tanpa rebus dulu. Punya lah rakus. Hahaha. 1 beg jagung susu ni ada 6 batang RM 20. Jagung lain 4 beg RM 30. Ketara betul perbezaan harga!

#4 MENGUNJUNGI ENG FENG GU HONEY BEE FARM

Yang ni kami pergi last minute sebab nak cukupkan syarat alang-alang dah sampai. Satu lagi sebab masuk percuma. Hahaha. So for the sake of our memories, kami sampai juga di sini, ambil-ambil gambar dan balik. Tempat ni luas sangat. Ada tempat shopping merchandise dan souvenir, ada ladang lebah dan kita memang boleh jalan freely tanpa tour guide. Tapi kena sampai sebelum pukul 7 petang lah sebab lepas pukul 7 petang, dah tak boleh pergi dekat ladang lebah. Aku perasan jugak kat tempat ni ada tarikan lain -- Bee Maze tak silap aku nama dia tapi kami tak sempat nak explore apa benda tempat tu sebab kami sampai pukul 6 petang lebih.

Ni gambar-gambar suasana dekat ladang lebah.








#5 MAKAN MALAM DI KAFE AFIQ ROY

Sebenarnya teringin juga nak merasa makan steamboat bagai dan merasai suasana malam di Cameron Highlands, tapi Afiq penat drive dan kitorang pun penat berjalan non-stop. Try google kedai steamboat berhampiran dengan apartment pun tak ada. Kononnya sebelum datang, kami berhasrat nak pergi pasar malam tapi apakan daya pasar malam hanya beroperasi pada malam minggu sahaja. So, nak taknak, kami hanya mengisi perut dengan makan di restoran berhampiran dengan apartment kami menginap je. Lepas makan, masing-masing tidur. Memang penat betul tu gaya. Hahaha.

Dinner! Total makan malam di sini untuk 2 orang adalah RM 28.80. Agak mahal juga lah sebenarnya. Dah ala-ala kafe hipster dah harga.

Itu sahaja wrap-up travelog hari pertama di Cameron Highlands. Aku ada juga upload video travelog hari pertama di YouTube, alang-alang ada rekod video. Hari kedua sebenarnya lagi menarik. Nanti kalau rajin, aku tulis post hari kedua dalam masa terdekat. Hehe. Kalau nak tengok video, boleh tengok kat sini. Tapi newbie lah rekod. Dengan shakynya, suara gedik, suara tak jelas, amatur betul.




Okay semua. Terima kasih sudi baca!

You Might Also Like

1 comments