Susu Untuk Ibu Mengandung (Similac Mom & Anmum Materna)

November 02, 2019

Sepanjang 33 minggu hamil, aku selalu diingatkan untuk minum susu. Setiap kali pergi check-up di KK, nurse tak pernah miss tanya, "awak minum susu tak? Berapa kali sehari? Okay bagus.. Pastikan selalu minum susu sekurang-kurangnya 2-3 gelas sehari.."

Persoalan di sini, kenapa kena minum susu?

  • Susu Mengandungi Sumber Kalsium yang Penting: Wanita hamil memerlukan lebih 1000 mg kalsium setiap hari. Satu cawan susu roughly mempunyai 300 mg kalsium. Maka, lebih kurang 3 cawan susu diperlukan untuk tampung keperluan tersebut. Kenapa kalsium penting? Kalsium ni lah yang berperanan untuk pembentukan gigi dan tulang serta merangsang saraf dan otot bayi.
  • Mengurangkan Masalah Kehamilan: Waktu mengandung, wanita ni selalu rasa pedih ulu hati dan gastrik. Jadi, susu lah yang berperanan untuk kawal simptom ni sebab susu adalah sejenis antasid.
  • Menggalakkan Perkembangan Janin: Protein yang terdapat dalam susu ni berperanan terhadap pembentukan rahim, darah dan tisu bayi. Bukan tu je, susu ada zat yang penting seperti folat dan DHA yang berperanan dalam pembentukan saraf serta otak janin.
  • Mencegah Risiko Bayi Kurang Berat: Selain kalsium, susu juga mempunyai sumber vitamin D iaitu nutrisi untuk mencegah bayi daripada masalah kurang berat. Pengambilan susu boleh mengurangkan risiko multiple sclerosis (kompilasi saraf pada bayi).
  • Manfaat Jangka Masa Panjang untuk Anak: Kebaikan minum susu ni bukannya untuk bayi semasa dalam kandungan je.. Susu ni juga untuk memberi kesan terhadap perkembangan anak dalam jangka masa panjang. Ada satu kajian mengatakan, wanita hamil yang minum sekurang-kurangnya 150 ml susu setiap hari berpotensi dapat anak yang lebih tinggi dan cepat berkembang. Anak juga memiliki tahap insulin yang tinggi sekaligus mengurangkan risiko diabetes tahap 2.

------------------------------------------------

Okay, tu sedikit sebanyak info kenapa kena minum susu. Untuk post kali ni, aku nak review sikit dua susu untuk ibu mengandung yang aku pernah cuba.

Anmum Materna & Similac Mom

#SIMILAC MOM EYE-Q VANILLA FLAVOUR

Apa yang Similac Mom claim ada dalam susu ni?

- DHA (47mg/100g): Membantu untuk perkembangan janin
- Natural Vitamin E: Melindungi lemak seperti DHA dalam tisu badan dari pengoksidaan
- Choline (330mg/100g)
- Omega 3 & Omega 6: Asid lemak yang penting
- Folic Acid (822mcg/100g): Membantu menyokong tumbesaran janin, pembahagian sel berlaku dengan pantas
Iron (16.7mg/100g)Menyokong pembentukan sel-sel darah merah
- Zinc (27.4mg/100g): Membantu dalam perkembangan fizikal dan penting bagi tumbesaran
- FOS (4.40g/100g): Sejenis prebiotik dan serat, membantu menambah bakteria bifido dalam usus dan membantu mengekalkan persekitaran usus yang baik
- Calcium (1370mg/100g): Membantu menyokong pertumbuhan tulang dan gigi
- Vitamin D (13.7mcg/100g): Membantu penyerapan kalsium dan fosforus
Low Fat

My Take

Ni susu pertama aku beli masa tau mengandung. Aku beli dekat Tesco dengan harga RM 33.++ (900 g). Untuk kandungan Similac Mom, boleh klik sini. Minum masa trimester pertama tapi lambat gila habis sebab masa tu tengah fasa loya. Aku struggle jugak nak minum. Mungkin texture dia pecah lepas tambah air panas menyebabkan kurang sedap. Aku tak pasti susu lain macam mana tapi bila minum Similac Mom, aku rasa tak berapa ngam sangat lah rasa dia. Cuma yang bagusnya susu ni memang kurang gula dan rendah lemak. Sesuai untuk ibu yang menghadapi kencing manis semasa hamil (GDM). Sepanjang aku minum, tak ada kesan sampingan pun dekat aku. Lagipun aku bukan seorang yang lactose intolerant.



#ANMUM MATERNA

Apa yang Anmum Materna claim ada dalam susu ni?

- Nuelipid: Lemak susu kompleks yang mengandungi GA (Gangliosida)
- Probiotic Culture (DR 10) & Probiotic Inulin: Menyokong persekitaran usus yang baik dan membantu penyerapan nutrien yang efektif
- Vitamin B12: Penghasilan sel darah merah
Folic Acid: Untuk pertumbahan dan penghasilan sel ibu dan janin
Iron: Pembentukan sel darah merah
Calcium: Menyokong perkembangan tulang dan gigi
Vitamin D: Menyokong penyerapan kalsium
Low Fat

My Take

Sepanjang mengandung, ni susu paling senang ditemui. Ada kat farmasi, Speedmart 99, pasaraya dan sebagainya. Harga berbeza setiap tempat. Tapi yang pasti paling murah kat Speedmart, harganya cuma RM 35.95 satu kotak 650g. Aku dah beli tiga kotak setakat ni.. dah cuba perisa coklat, vanila dan original. Perisa coklat sangat-sangat manis dan sangat rasa coklat. Memang sedap tapi bagi aku, perisa coklat ni tak sesuai untuk ibu-ibu mengandung. Ada potensi untuk dapat GDM. Tapi untuk perisa vanila dan original, ada label Tanpa Tambahan Gula. Jadi, masa bancuh susu ni tak perlu letak gula. Lebih baik macam tu. Aku boleh lah minum susu ni. Tak ada kesan sampingan lain macam sembelit atau cirit-birit. Cuma ada lah fasa-fasa susah membuang tetapi itu adalah disebabkan oleh hormon kehamilan.


------------------------------------------------

Kesimpulannya, aku tak dapat nak bagi kata putus yang mana satu lagi better. Aku pernah cuba dua sahaja. Malas nak eksperimen banyak susu dalam satu masa. Lagipun nak kata disiplin minum tu tak jugak. Kadang-kadang minum dengan oat, kadang-kadang cicah dengan biskut, kadang-kadang campur dengan air coklat. Yang penting, kena minum susu. Ada yang tak prefer powdered milk, so diorang minum fresh milk, holicks, susu kurma dan sebagainya. Depends. Yang paling penting adalah, wajib minum susu waktu hamil. Okay, sekian untuk post kali ni. Terima kasih sudi baca!

You Might Also Like

0 comments