Tentang Keputusan Air Gula (MGTT), Peningkatan Berat Badan & Positif Group B Streptococcus (GBS)

October 03, 2019

Dah dua bulan rupa-rupanya tak kemaskini blog. Hari tu kononnya janji nak update result minum air gula macam tulis dalam post ni (klik) tapi sebab lately agak busy adjust kehidupan, baru sempat nak update blog.

KEPUTUSAN MGTT

Minum air gula hari tu 15 Ogos 2019, masa kandungan berusia 21 minggu.
27 Ogos 2019 ada check-up di KK Bangi tapi malangnya keputusan masih belum dapat.
Maka 4 September 2019 baru sempat ambil keputusan ujian MGTT di KK Nilai.

Alhamdulillah, keputusan MGTT normal.
  • Sebelum minum air gula (Fasting Blood Sugar): 4.0 mmol/L
    • [Reference Range: 3.5 - 6.0 mmol/L]
  • Selepas dua jam minum air gula (2-Hour Postprandial): 5.8 mmol/L
    • [Reference Range: 3.9 - 6.7 mmol/L]

BERAT BADAN MENINGKAT

Walaupun keputusan MGTT normal, tapi masa check-up Isnin lepas (1 Oktober 2019), nurse bagi warning dekat aku sebab peningkatan berat badan yang mendadak. Sekarang kandungan aku berusia 29 minggu dan berat badan aku telah meningkat sebanyak 14 kg! Allahuuu. Bukan senang nak kawal berat semasa mengandung ni walaupun selera makan takdelah meningkat pun. Mungkin sebab habit makan waktu lewat malam yang menyumbang kepada peningkatan berat. Mana tak nya, suami aku balik kerja pukul 10.30 malam, aku pun makan pukul 10.30 lah sebab tunggu dia balik. Punya lah mithali kan. Hahaha.

Nurse bagi warning sebab bila berat badan naik mendadak, akan ada risiko untuk kena GDM atau hipertensi di akhir-akhir kandungan. Nampaknya memang kena kawal berat badan sangat-sangat sekarang. Ada lebih kurang 11 minggu sebelum due, aku tak boleh lah naikkan lagi berat badan sebab patutnya kena naik 9-12 kg je sepanjang 9 bulan. Ni dah lebih sangat dah.. Hmm

GBS POSITIVE

Anyway, masa awal-awal pregnant dulu, doktor ada detect yang aku ni GBS Positive. Ada laporan makmal KK Bangi yang mengesahkan aku positif GBS dan doktor memang alert di hadapan buku pink yang aku ada GBS supaya waktu deliver nanti, doktor akan alert. Huhu

Macam mana boleh detect? 
  • Masa consult dengan doktor time booking dulu, aku mengadu yang aku banyak keputihan (vaginal discharge). Doktor terus ambil sample guna teknik HVS (High Vaginal Swab) untuk tahu jenis keputihan tu. Turns out, 17 Jun 2019 (masa ni aku 14 minggu), makmal keluarkan keputusan yang aku ni GBS Positive.

Image result for gbs ketika hamil
High Vaginal Swab (HVS) untuk ambil sample keputihan

Sedikit Penerangan Tentang GBS


Image result for gbs ketika hamil
  • GBS ni singkatan bagi kuman/bakteria Group B Streptococcus yang terdapat pada vagina/rektum 2-4 daripada 10 wanita. Bakteria ni bukanlah disebabkan oleh hubungan kelamin suami isteri. Aku masa mula-mula dengar penerangan doktor pun sampai sudah tak dapat decipher apa sebenarnya punca GBS ni. 
  • GBS ni tidak membahayakan ibu, tetapi ia boleh membahayakan bayi ketika bersalin nanti sebab kuman GBS ni berada di salur peranakan. Jadi masa nak bersalin nanti, doktor akan cucuk antibiotik pada ibu untuk memastikan anak tidak terkena kuman GBS.
  • Kuman GBS ni bahaya sebab boleh mengakibatkan kematian kepada bayi atau boleh menyebabkan bayi mengalami masalah kesihatan lain seperti jangkitan paru-paru (pneumonia), jangkitan pada otak (meningitis) dan jangkitan kuman yang teruk (sepsis). Sumpah lemah semangat bila dengar doktor explain macam ni.

Image result for gbs ketika hamil
Tengok gambar ni, kalau bersalin normal, kuman GBS menunggu di salur peranakan. Sebab tu penting untuk ibu yang positif GBS dicucuk antibiotik ketika hendak bersalin. Anak ada risiko terkena penyakit, atau worse, boleh menyebabkan kematian sekiranya tak diberi antibiotik. Nauzubillah
  • Tapi doktor kata jangan risau. InsyaAllah bila detect awal ni, safety precaution pun ada. Doktor akan bagi antibiotik pada ibu ketika hendak melahirkan dan anak juga akan dijaga rapi dalam wad, mungkin akan ditahan beberapa hari (kebiasaanya 2-3 hari) di dalam wad untuk diberikan antibiotik.
Banyak lagi sebenarnya kena baca bila positif GBS ni. Aku banyak google dan baca tulisan doktor-doktor. Tak perlu lah tulis semuanya kat sini. Boleh baca dengan lebih lanjut dekat link ni:

For now, doktor takde prescribe apa-apa ubat makan. Gatal di bahagian sulit untuk adalah perkara biasa sekiranya anda ada GBS. Ketahuilah, gatal tu kadang-kadang memang sangat susah nak dibendung. Jadi, doktor akan bagi ubat ni untuk masukkan. Cara nak masukkan tu kena guna applicator yang dia bagi. Tak boleh bergerak atau bangun (better masukkan sebelum tidur).


Bila GBS ni, setiap kali check-up, nurse atau doktor akan tanya kondisi keputihan je. Lepas tu, diorang pesan untuk jaga hygiene. Takde rawatan alternatif lain dah selain tu. Ada petua orang tua suruh basuh dengan air garam, air daun sireh dan sebagainya. Tapi aku tak pernah cuba mana-mana method tu. Sekadar basuh guna air paip dan lap sahaja.

Aku berdoa sangat aku dapat bersalin normal nanti tanpa sebarang komplikasi dan baby sihat walafiat tanpa sebarang masalah kesihatan. Tolong doakan juga ya. Terima kasih sudi baca.



You Might Also Like

0 comments