Walk-In Interview Sony EMCS (Malaysia) Sdn. Bhd.

July 29, 2019

Okay, aku sekarang dalam fasa job hunting gara-gara kontrak yang akan habis kelak. Jadi, aku cuba pulun hantar resume dan pergi ke walk-in interview. Kontrak aku akan habis dalam masa sebulan lagi, jadi aku akan pastikan yang aku dapat kerja dalam masa sebulan ini.

Dua minggu lepas (20 Julai 2019), aku menghadiri satu temuduga terbuka Sony EMCS. Kawan aku, Ummi berkongsi tentang temuduga ini di whatsapp. Aku teragak-agak juga mahu pergi atau tidak memandangkan temuduga terbuka ini biasanya boleh menjangkau ratusan orang. Tetapi disebabkan lokasi syarikat ini begitu hampir dengan rumah aku, jadi aku memutuskan untuk pergi. Lagipun, Sony merupakan salah satu syarikat yang besar bukan? Apa salahnya menimba ilmu pengetahuan dengan menghadiri temuduga mereka.

Position yang ditawarkan: Design Engineer/Engineer & Officer
Seperti yang dinyatakan dalam poster, sesi ini bermula pada pukul 10 pagi hingga 3 petang dan dua jawatan yang ditawarkan iaitu jurutera dan juga pegawai. Tidak dinyatakan secara spesifik, apakah jenis jurutera dan pegawai yang dikehendaki, tetapi aku cuba nasib juga. Mana tahu, mungkin ada yang mengena. Jadi, pada pukul 10.30 pagi, aku tiba di Sony EMCS. Setibanya di sana, kami perlu menunggu pegawai untuk mengiring kami masuk ke dalam bangunan. Sungguh ramai orang yang menghadiri sesi temuduga tersebut. Aku kira ada dalam 500 orang atau lebih. Agak lemah semangat juga bila melihatkan jumlah tersebut. 'Tetapi tidak mengapa, mungkin tidak mengambil masa yang lama', bisik hati aku.

Pejabat Sony dari ruangan tempat letak kereta. Ada beberapa bangunan lain. Tetapi aku sempat snap ini sahaja
Setelah pegawai memberikan kami borang dan sedikit taklimat tentang cara-cara mengisi borang, kami dikehendaki untuk ke papan notis atau partition untuk melihat dengan lebih lanjut informasi tentang jawatan-jawatan yang ditawarkan. Disebabkan aku bukanlah berlatarbelakangkan kejuruteraan malah jauh sekali layak untuk menjadi seorang jurutera, aku hanya fokus pada jawatan pegawai sahaja. Berpusing juga kepala aku memproses apa jenis tugasan officer yang mereka tawarkan kerana tiada satu pun yang berkait rapat dengan bidang aku. Tetapi aku memutuskan untuk memilih Sourcing Officer kerana aku rasa itu lah yang terpaling hampir dengan kerja-kerja aku di tempat kerja sekarang.

Berikut adalah tiga Job Description & Job Requirement untuk jawatan-jawatan Officer yang ditawarkan:

Puchasing Officer

Sourcing Officer

Repair Part Sales & CS Officer

Lepas ambil gambar dan berteleku tentang jawatan, aku isi borang yang diberikan dengan teliti. Banyak juga maklumat yang dipinta seperti maklumat peribadi, pendidikan, pekerjaan dan beberapa soal jawab di borang tersebut.

Borang Permohonan Pekerja Sony
Kira-kira setengah jam juga lah ambil masa untuk isi semua. Kemudian, aku beratur untuk menghantar borang. Setel semua dalam pukul 12 tengah hari juga. Setelah itu, aku menunggu giliran dengan duduk sahaja di kantin Sony. Memang ramai ya ampun umat manusia pada hari tersebut. 

Suasana ketika mengisi borang, beratur dan menunggu giliran. Ini hanya segelintir sahaja ya
Detik demi detik, jam demi jam, aku masih setia menunggu sehingga tiba waktu Zohor. Mereka membuat pengumuman sesiapa yang mahu ke surau, boleh mengikut pegawai mereka. Satu batch untuk keluar menunaikan solat adalah sebanyak 30 orang sahaja. Amikkau! Sampai kena buat batch by batch semata-mata untuk solat. Huhuhu. Tidak mengapa, kita tunggu jua. Aku antara batch terawal yang menunaikan solat sebab aku tidak mahu menunggu lama. Tetapi hampa juga, nama aku hanya dipanggil apabila tiba waktu Asar. Kira-kira pada pukul 4.45 petang. Aku dan lebih kurang 10 orang calon beratur mengikut pegawai ke bangunan sebelah untuk sesi temuduga. Setibanya di sana, kami ditempatkan di sebuah bilik menunggu. Setengah jam juga kami menunggu sebelum kami dipanggil ke bilik temuduga. Sempat lah juga membuat sedikit bacaan dan mengulangkaji beberapa benda yang aku temukan di internet sebagai persediaan menghadapi temuduga.

Lebih kurang pukul 5.15 petang, akhirnya aku dan dua orang lagi calon di panggil ke bilik temuduga. Di bilik temuduga, ada banyak sesi temuduga dijalankan secara serentak. Saat menginjakkan kaki ke dalam bilik itu, seperti bunyi lalat-lalat yang berterbangan kerana bunyi buzzzz yang berterusan. Aku dan tiga orang calon mengambil tempat di hadapan penemuduga itu. Seorang lelaki cina yang sangat peramah dan sudah lebih 20 tahun bekerja di Sourcing Department bertugas untuk mengendalikan sesi kami. Beliau memperkenalkan diri dan bertanya kami tentang soalan-soalan ini. Kami jawab secara bergilir-gilir. Antara soalan-soalan yang ditanya adalah:
  • Please introduce yourself (which consists of Name, Siblings, Education, Why choose the said post and Why choose Sony?)
  • Why you change your direction from the field that you study into business? (since Sony is business-based)
  • What do you understand by the position that you choose?
  • Why we should hire you? Any regrets if we don't hire you?
  • What is your level in using Microsoft Excel?
Setelah sesi pertanyaan kepada kami diajukan, pegawai tersebut memberi kami peluang untuk bertanya apa-apa kepadanya. Jadi kami menggunakan peluang untuk bertanya kembali. Antara soalan yang kami tanya adalah:

  • How many persons that you are looking for in this department? (5-6 people)
  • What is the working hours here? (The working hour is very flexible. 7.30am-5pm, 8.30am-6pm, 9.30am-7pm)
  • Do the workers here usually work overtime? (Yes, especially if there is urgent task that needs to be done. But worry not, the workers will be paid overtime)
  • What are the benefits that Sony offer to the worker? (This question will be answered by HR if you pass this stage)
  • How many stages of interview? (Two.. this stage and HR stage)
  • When will we know the result of this interview? (About one week, if there is no further contact from Sony, the result means negative. Huhuhu)
  • His experience working in Sony

Alhamdulillah, kira-kira pukul 6 lebih juga baru selesai sesi temuduga itu. Serius, kami semua menarik nafas lega. Tidak sangka temuduga terbuka akan mengambil masa sepanjang ini. Sejujurnya, aku rasa aku mampu menjawab semua soalan yang ditanya dengan lancar. Tetapi memandangkan jumlah calon yang begitu ramai, aku tidak lah meletakkan sebarang harapan. Sehingga kini, aku masih belum menerima apa-apa feedback daripada Sony. Aku redha sahaja sekiranya tiada rezeki aku di situ. Semoga Hanis terus tabah untuk meneruskan job hunting demi keluarga tercinta. Aminnn!


You Might Also Like

0 comments