Persediaan Kahwin: Prosedur Permohonan Nikah Negeri Kelantan

May 18, 2019

Hai guys!

Sekarang aku tengah rajin nak buat blogpost sebab senang kalau kawan-kawan atau saudara mara aku yang nak kahwin nanti rujuk untuk masa akan datang. Kalau lambat tulis, nanti lama-lama lupa pulak. Sementara masih fresh ni, baik aku tulis apa yang terlintas.

Okay dalam banyak-banyak prosedur nak kahwin, isi borang nikah adalah part paling penting sebab ni lah dokumen yang kita akan gunakan untuk dapatkan kebenaran kahwin dalam negeri masing-masing. Disebabkan aku bermastautin di Kelantan sejak 2006, maka tempat kahwin aku wajiblah Kelantan. Ada je kawan aku yang born and raise in Kelantan tapi kahwin di negeri lain, berbeza lah prosedurnya. Disebabkan aku berkahwin di Kelantan, aku kena patuh dengan prosedur-prosedur negeri Kelantan.

Prosedur sekarang semuanya online sahaja. Tak perlu ke pejabat agama untuk mengambil borang. Kalau dulu-dulu, mungkin perlu ke pejabat, bayar RM 2 untuk mengambil borang, isi borang secara manual dan sebagainya. Sekarang, borang hanya perlu diisi online, print-out dan kemudian setelah selesai, baru lah hantar proses di pejabat agama (Balai Islam Negeri Kelantan - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan JHEAIK). Faham je kan setakat ni? Oh ya, permohonan kahwin ini hanya boleh diisi seawal-awalnya 90 hari sebelum tarikh berkahwin dan selewat-lewatnya seminggu sebelum berkahwin.

Ni borang aku + dokumen-dokumen yang dikepilkan

Aku dan pasangan aku berbeza negeri, jadi prosedur untuk isi borang nikah adalah lain. Pasangan aku tertakluk bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). So untuk post kali ini aku terangkan dulu part aku (Prosedur Permohonan Nikah Negeri Kelantan). Kalau rajin nanti, aku tulis pula prosedur nikah bawah JAIS.

Kat mana nak isi borang nikah sekiranya anda orang Kelantan? Isi di laman web ini:


Klik 'Teruskan' dekat link tersebut dan ia akan menyuruh anda mengisi nombor kad pengenalan lelaki dan perempuan. Lepas isi nombor kad pengenalan, baru lah ia akan meminta maklumat-maklumat seperti berikut:
  • Maklumat Lelaki
  • Maklumat Perempuan
  • Maklumat Perkahwinan
  • Maklumat Wali Perempuan
  • Maklumat Saksi (2 orang)
Rasa tak susah pun bahagian ni. Part yang susah sikit dekat bahagian 'Maklumat Perkahwinan' sebab dia ada minta Kariah Masjid. Nak pastikan masjid mana susah juga sebab banyak masjid dekat Kelantan ni, dekat-dekat pulak tu. Untuk kes aku, jadi agak mengelirukan sebab mak aku nak suruh kami akad nikah di Kerian Valley Resort, Kubang Kerian padahal aku tinggal di Jalan Bayam. Takut juga kalau Tok Imam tak boleh datang dekat Kerian Valley. Nak call minta kepastian dengan JHEAIK, asyik engage je. Call masjid terdekat dengan Kerian Valley pun takde orang angkat. Sudahnya aku isi je Alamat Perkahwinan di Kerian Valley Resort, Kariah Masjid: Masjid Sultan Ismail Petra. Kalau salah, boleh baiki balik.

Lepas selesai isi borang, print-out, tandatangan. Nak selamat, baik print dua salinan. Senang kalau ada apa-apa yang diminta in future. Dokumen lain yang perlu dikepilkan bersama adalah seperti berikut:




Selesai prepare dokumen, nak kena dapatkan tandatangan Pengesahan Status Pemohon yang perlu diisi oleh Penolong Pendaftar. Haa, ini lah part yang memeningkan lagi. Nasib baik ayah aku tahu selok belok kampung aku dan tahu siapa yang perlu dihubungi. Aku isi borang aku pada 8 Januari 2019 memandangkan kami akan berkahwin pada 30 Mac 2019. Aku sanggup balik Kelantan pada 12-14 Januari 2019 semata-mata nak dapatkan tandatangan imam masjid. Disebabkan masjid kampung aku tiada Imam Tua, kami ke masjid kampung sebelah. Alhamdulillah, Imam tersebut boleh buatkan dan beliau sudi untuk menikahkan kami di Kerian Valley Resort pada 30 Mac 2019 nanti. Alhamdulillah, dapat Tok Imam yang baik. Beliau menyuruh aku menyelesaikan semua borang  di JHEAIK terlebih dahulu baru lah bagi salinan yang telah diproses oleh JHEAIK kepada beliau. Oh ya, sebelum nak proses borang, kena pastikan borang kedua-dua belah pihak (lelaki dan perempuan) telah diselesaikan. Ikutkan, lelaki kena setelkan semua part dia barulah diberikan kepada pasangan perempuan untuk dihantar proses di pejabat agama. Tapi aku buat awal part aku sebab aku takut tak jumpa Tok Imam dan aku sangat-sangat keliru dengan proses.

Fast forward, setelah pasangan aku selesaikan borang JAIS beserta dokumen-dokumen yang diminta (Borang Permohonan Nikah Kelantan dan Selangor), aku pulang ke Kota Bharu sekali lagi pada 22-24 Februari 2019 untuk memproses urusan nikah di JHEAIK. Aku pergi ke Balai Islam pukul 9.30 pagi. Urusan mengambil masa sejam juga sebab perlu menunggu. Kat situ bukan orang nak kahwin je, orang nak sijil cerai, nak dapatkan cabutan semua ada. Redha lah yaa.


Dekat Balai Islam ada banyak bangunan. Ni JHEAIK. Urusan Nikah, Cerai, Ruju' semua dekat sini


Kiri: Borang Permohonan Nikah Kelantan, Kanan: Borang Permohonan Nikah Selangor

Bayaran untuk proses adalah sebanyak RM 126. Nasib baik dah keluarkan duit siap-siap. Menurut pegawai kat situ, bayaran ni dah kira sekali dengan upah Tok Imam, Sijil Nikah dan Kad Nikah. Kiranya nanti waktu hari pernikahan, tak perlu bayar apa-apa dah kepada Tok Imam untuk beliau selesaikan perkara-perkara tersebut. Cuma dokumen pengesahan pejabat agama akan disediakan dalam masa tiga hari daripada tarikh proses. Sadly, aku dah balik ke Nilai semula waktu itu. Jadi, ayah aku yang akan ambil dokumen yang telah disahkan pada 26 Februari 2019.

Slip bayaran RM 126. Semua benda aku  nak ambil gambar. Hahaha

With my beloved Abah. Thank you Abah teman Angah. Abah datang pun sebab aku terlupa nak minta tandatangan wali dekat borang nikah aku. Kahkah. Punya excited nak kahwin sampai wali pun tak tandatangan. Tapi dia memang dah restu dahh. Nasib baik pejabat Abah depan Balai Islam je.

Lepas tiga hari, Abah datang ambil borang dan dokumen yang telah disahkan di pejabat agama. Alhamdulillah. Lega gila rasa masa tu sebab dah selesai urusan borang ni selepas dua bulan juga bertungkus-lumus. Abah bawa dokumen-dokumen tersebut dan berikan pada Tok Imam untuk tindakan Tok Imam yang selanjutnya. Alhamdulillah sangat-sangat.

Dapat dokumen pink ni maksudnya dah boleh kahwin lah tuuu

Itu sahaja. Kalau korang baca sampai habis, aku ucapkan tahniahhh! Panjang kot post ni! Hahaha




You Might Also Like

0 comments