Persediaan Kahwin: Prosedur Ujian HIV untuk Bakal Pengantin

Hai semua.

Pejam celik, pejam celik sekarang sudah hari ke-28 bulan Februari. Hari terakhir bulan Februari ini menandakan tinggal lagi sebulan sahaja sebelum majlis perkahwinan aku dan Afiq bakal berlangsung. InsyaAllah, kami akan melangsungkan perkahwinan pada 30 Mac 2019 akan datang. Sekarang, alhamdulillah sudah 80% persiapan sudah dilakukan. Terima kasih banyak-banyak buat semua pihak yang terlibat, terutama ibu dan abahku.

Okay, hari ini aku nak coretkan sedikit tentang ujian HIV untuk bakal pengantin. Kenapa aku nak tulis pasal ni? Sebab aku sendiri tak jelas tentang prosedur walaupun ujian HIV ini wajib diambil di Klinik Kesihatan Kerajaan. Aku baca posting di blog-blog pun kebanyakannya berbeza. Jadi ni versi pengalaman aku pula menjalani ujian HIV di Klinik Kesihatan Nilai.

Aku pernah terbaca blog, sekiranya anda orang Kelantan, anda perlu menjalankan ujian HIV di Kelantan. Aku rasa benda ini tidak logik sebab takkan lah aku perlu balik ke kampung semata-mata untuk membuat HIV test? Jadi aku pergi ke Klinik Kesihatan Nilai untuk mengesahkan tentang perkara tersebut. Jururawat di situ maklumkan pada aku, hanya perlu bawa borang ujian HIV (yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing) yang telah dimuat turun dari internet dan kad pengenalan ke klinik. Jadi, aku download borang di sini.

Borang Ujian HIV Negeri Kelantan (untuk aku):

Borang Ujian HIV Negeri Selangor (untuk Afiq):


Aku pergi ke klinik semula pada 5 Disember 2018 untuk membuat ujian HIV. Mudah sahaja urusannya, bawa borang ujian HIV yang telah dimuat turun, isi borang-borang Kementerian Kesihatan Malaysia (seperti gambar di bawah) untuk mendaftar dan bayar RM 1 untuk bayaran pendaftaran

Borang Saringan Ujian HIV (Senarai Semak)

Borang Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan

Kemudian, jururawat mengarahkan aku untuk tunggu di bahagian kecemasan untuk mengambil sampel darah. Setelah menunggu beberapa minit (tak lama pun), penolong pegawai perubatan (MA) memanggil namaku dan mengambil sampel darah. Oh ya, aku buat ujian HIV dan ujian talasemia. Jadi sampel darah yang diambil agak banyak. Setelah selesai, aku perlu menunggu di ruang menunggu. Mula-mula aku dipanggil untuk berjumpa dengan doktor dahulu untuk mengetahui tentang keputusan ujian talasemia. Alhamdulillah, aku bukan pembawa atau pesakit talasemia. Setelah itu, aku dipanggil untuk bertemu dengan MA pula untuk mereka memaklumkan tentang keputusan saringan ujian HIV. Alhamdulillah, tiada HIV juga. Keseluruhan masa yang diambil dari pendaftaran hingga selesai adalah lebih kurang 40 minit sahaja. 

Jadi, itu sahajaaa. Mudah sangat kan?


Okay, bonus. Ni summary untuk apa yang aku tulis kat atas tadi dan sedikit FAQ yang aku agak orang akan selalu tertanya-tanya.


Lokasi:
Klinik Kesihatan Nilai, Negeri Sembilan

Hari dan Masa yang available untuk Ujian HIV?
Isnin, Rabu dan Jumaat SAHAJA: 2.30 petang hingga 4.30 petang SAHAJA

Perlu buat temujanji ke?
Kalau KK Nilai, tak perlu.
Hanya datang walk-in sahaja dan mestilah mengikut masa seperti yang tertulis di atas.

Dokumen yang perlu dibawa:
- Kad Pengenalan
- Borang Ujian HIV (mengikut negeri) yang telah dimuat turun
- RM 1 untuk pendaftaran

Berapa bulan ujian HIV sah? 
6 Bulan SAHAJA. Jadi kalau nak kahwin, pastikan anda membuat ujian saringan HIV seawal-awalnya 6 bulan daripada tarikh nikah.

Lama ke masa menunggu?
Tak lama pun. Kalau ikut pengalaman aku, 30-40 min sahaja.
Bergantung juga pada KK berdekatan anda

Keputusan HIV test dapat pada hari yang sama ke?
YES! Hari yang sama. Macam aku tulis kat atas tadi, 30-40 min tu dah kira lump sum sekali dengan prosedur dan keputusan ujian HIV.

Wajib ke buat ujian talasemia?
Tak wajib pun. Tak ada dalam syarat-syarat borang nikah.. tapi kalau nak selamat better buat. Aku buat sebab pasangan aku thalassemia carrier. Pelik juga doktor-doktor di situ kenapa aku nak buat ujian talasemia. Aku just kata, "saya nak kahwin. Just nak confirm kan yang saya thalassemia carrier ke tak sebab pasangan saya carrier.." Gituuu bagusnya kesedaran seorang aku. Haha. Buat kat KK lah murah. Kalau buat kat swasta, mau RM 200 juga untuk buat test talasemia.


****************************

Aku rasa itu sahaja kot berkenaan prosedur ujian HIV untuk bakal pengantin. Tak rumit pun proses ini. Yang rumit mungkin nak cari masa untuk pergi buat test jelah. Kalau tempat lain rumit, perlukan borang nikah apa semua, itu aku tak berapa pasti. Aku sangat-sangat puji dengan Klinik Kesihatan Nilai punya servis. Pantas dan tidak menyusahkan banyak pihak. Semoga post ini dapat membantu bakal-bakal pengantin di luar sana!













Comments

Popular posts from this blog

Tentang Pengalaman Buang Tahi Lalat

Cabaran Pelajar Undang-Undang USIM

Khulasah di Tamhidi Syariah & Law