Posts

Showing posts from January, 2019

Tahun 2018: Tahun Menawan!

Dah lebih seminggu Januari 2019 bermula. Bermakna tinggal lagi beberapa minggu sahaja sebelum majlis perkahwinan aku yang bakal berlangsung pada bulan Mac tahun ini. Semuanya berlalu begitu pantas. Tak pernah aku sangka aku bakal menamatkan zaman bujang tak lama lagi.

Banyak perkara yang terjadi tahun lepas. Bermula dengan episod duka lara, kembali ke Nilai untuk menamatkan pengajian semester terakhir, mencari kerja sementara di farmasi dan klinik, menghadapi peperiksaan akhir semester (akhir pengajian), menunggu keputusan peperiksaan, bertunang, dapat kerja tetap di tempat kerja sekarang dan bergraduasi. Semuanya berlalu begitu pantas dan mudah. Alhamdulillah untuk segala nikmat yang Tuhan berikan.

Bila meniti semula, aku bukanlah orang paling malang di dalam dunia ini. Aku pernah rasa sebegitu malang apabila tidak dapat bergraduasi pada tahun 2017 bersama teman-teman yang lain. Rasa dunia begitu kelam kerana berdepan dengan seksaan sementara yang tak pernah aku jangkakan akan terim…