Posts

Showing posts from 2018

Tentang Pertama Kali Memakai Kanta Lekap

Image
Pertama kali aku membeli dan memakai kanta lekap adalah pada 2 Julai 2018, iaitu kira-kira sebulan yang lalu. Sebelum mengambil keputusan yang nekad untuk membeli kanta lekap, aku menonton beberapa video berkenaan kanta lekap di youtube, membaca tentang saranan netizen berkenaan jenama dan harga kanta lekap di twitter dan membaca sedikit sebanyak mengenainya di tulisan-tulisan blog dan artikel. Aku sangat bimbang sekiranya memakai kanta lekap memberikan satu impak buruk terhadap penglihatan aku, memandangkan telah banyak cerita yang membahayakan kesihatan telah aku baca dan aku lebih selesa berkaca mata sejak 14 tahun lepas. Ya, aku mula memakai cermin mata sewaktu aku berusia 11 tahun, tetapi waktu itu rabun aku tidaklah terlalu tinggi. Lama kelamaan disebabkan tabiat tidak memakai cermin mata, power mata aku naik dari tahun ke tahun. Aku mengambil keputusan untuk memakai cermin mata secara tetap semasa aku berumur 15 tahun. Sehingga kini, sudah hampir 10 tahun aku memakai cermin ma…

Tentang Pengalaman Buang Tahi Lalat

Image
Orang kata tahi lalat di wajah menaikkan seri di muka. Mungkin sesetengah orang sukakan penaik seri itu, tapi aku berada dalam golongan yang tidak sukakan tahi lalat hidup di muka. Aku tidak kisah dengan tahi lalat mati, asalkan dia kekal di muka tanpa ada tumbesaran, aku boleh terima keadaan itu. Namun, tahi lalat aku semakin membesar apabila meningkatnya usia. Jadi, aku mengambil keputusan untuk membuang tahi lalat pada bulan Jun lalu. Sepanjang usiaku 25 tahun, tahi lalat itu semakin membesar dengan jayanya.
Sebelum itu, aku banyak survey di internet tentang lokasi rawatan dermatologi dan aestatik di sekitar Kota Bharu, Nilai dan Bangi. Namun, aku tidak pernah membaca sebarang reviu atau komen dan itu membuatkan aku jadi ragu-ragu dengan rawatan di situ. Aku teruskan lagi pencarian aku sehingga aku terbaca satu tulisan blog tentang laser mole removal di sini. Cuma blogpost ini bertarikh 17 September 2012 dan aku tidak pasti sama ada klinik itu masih wujud sehingga kini atau tidak.…

Tentang Pengalaman Pertama Kali Mengundi dan Pandangan Mengenai PRU14

Image
Menginjak usia 25 tahun merupakan tahun pertama aku mengundi sempena Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Julung-julung kali mengundi setelah suku abad kehidupan, bagiku adalah sesuatu yang agak mengujakan. Aku berasa sungguh dewasa diberi peluang untuk membuang undi. Selama ini, aku hanya mendengar ungkapan dan keluhan daripada bapaku, saudara-maraku mahupun orang-orang di sekelilingku. Tetapi kali ini, aku sendiri dapat merasai peluang ini dalam hidupku.
Pada 8 Mei 2018, aku dan beberapa orang rakanku car-pooling bersama menuju ke Kelantan. Seperti yang kita semua sedia maklum, perjalanan ke Pantai Timur dari Pantai Barat mengambil masa kira-kira tujuh ke lapan jam pada umumnya. Namun, pada musim-musim tertentu, perjalanan mampu menginjak sehingga 12-14 jam lamanya. Kami berkumpul di KL Sentral dan bertolak kira-kira pukul 3.40 petang setelah cukup korum. Sempat juga aku dan Afiq memborong beberapa buah buku di MPH NU Sentral yang sudah hampir setahun tak dijejaki sebelum bertolak pulang…