Wednesday, December 23, 2015

Persekitaran dan Kematangan

Hari ni masuk hari ke-6 study week dan secara rasminya, aku dah bazirkan enam hari aku dengan buat perkara yang sia-sia. Mungkin lumrah setiap kali study week, aku jadi tak keruan. Masa ni lah dugaan besar nak keluar berjalan, nak tengok movie, nak lepak, tidur, survey barang, survey rumah sewa, bilik sewa dan sebagainya. Mana entah semangat yang mula berkobar-kobar nak dapat dekan tiap kali periksa. Sekarang pointer asal lepas pun dah kira bersyukur.

Mungkin lah sejak masuk degree, aku cuba cari rentak. Aku pernah pegang sijil dekan masa tamhidi dua kali. Tamhidi bagi aku susah, transition dari zaman sekolah ke zaman pra-uni dan aku tak sangka, aku pernah dapat 3.9 something. Sekarang? Aku target lepas 3.0 jelah. Susah nak bawa subjek-subjek law dengan syariah ni. Tapi alasan susah tu sebab aku malas je rasanya. Dan sebab malas tu, salah satu mungkin sebab persekitaran aku.

Kalau semester-semester sebelum ni, aku diuji dengan benda lain sehingga membuatkan aku hilang fokus, semester ni mungkin sebab persekitaran yang aku alami. Dah masuk tahun keempat pengajian, aku mula percaya, aku tak perlukan teman yang ramai untuk berkawan. Hatta, kawan yang ramai-ramai itu pun ada yang tikam belakang, makan kawan sendiri dan sebagainya. Punya teman ramai tak bermakna hidup kau bahagia. Aku mula rasa aku tak perlukan lagi masa untuk bersuka-ria menyakat yang lain sepanjang masa bersama kawan-kawan. Aku lagi sukakan privasi, percakapan yang sedikit tetapi matang dan teman rapat yang membantu kau saat kau jatuh.

Aku sedikit hairan dengan mereka yang masih bergerak ke mana-mana berkumpulan. Di saat umur sudah menjangkau 20-an, aku rasa kita sepatutnya dah pandai bawa diri. Bukanlah maksud aku kalau nak ke mana-mana, pergi makan ke, pergi mall ke kau gerak seorang diri. Ada masa kau berteman, ada masa kau berseorangan. Entahlah, mungkin mereka fikir rasa berseorangan itu loser, kau seperti hilang arah dan kau tidak pandai berkawan. Terpulang pada individu.

Dengan itu, aku rasa aku perlukan persekitaran yang baru untuk meneruskan lagi kehidupan aku sebagai pelajar yang merangkak nak habiskan pengajian lagi tiga semester. Aku teruja mencari rumah sewa atau bilik sewa di laman-laman sosial, menghubungi tuan rumah untuk bertanyakan kondisi rumah, mencari perkakas dan perabot rumah dan sebagainya. Agak sukar pada mulanya, tapi aku berasa seperti seorang yang telah matang sebab aku terpaksa membuat keputusan sendiri (of course lah berpandukan nasihat teman rapat dan keluarga), kau teruja mencari iklan online, mencari barang-barang dengan kadar yang murah contohnya. Aku tak mahu terlalu bergantung dengan orang sebab di akhirnya, kau jugak yang bakal menguruskan hidup kau sendiri. 

Di saat ini, aku rasa ibu dan abah mengajar aku terlalu banyak tentang kehidupan berdikari. Terima kasih kalian sebab tak pernah hilang kepercayaan terhadap anakmu.




Sunday, November 29, 2015

Di Ambang Mock Trial USIM 5.0 (خطأ)

Minggu depan, 2 Disember merupakan pementasan Mock Trial buat kali ke-5. Agak mengujakan untuk Mock Trial kali ni sebab aku merupakan ketua bagi unit Publisiti dan anak buah aku semuanya lelaki dan kerja publisti sangatlah banyak dan tak terkira. Bukan mengujakan sebab anak buah lelaki ya tapi sebab kerja-kerja yang terlampau banyak sampai aku memanfaatkan masa aku stay di fakulti sampai tengah malam, uruskan tempahan tiket, kira duit kasi cukup, bank-in duit dan sebagainya. Aku kira memadailah kesibukan aku untuk melupakan perkara-perkara yang agak menyerabutkan kepala dua tiga menjak ni.

Jadi, tugas publisiti apa?
  • Menguruskan tempahan tiket, bunting dan poster dengan kedai Anjung Aksara dan menguruskan tempahan banner di Kedai Yuka Printing.
  • Design poster rasmi, banner, bunting dan tag nama untuk Mock Trial kali ni. Aku tak kisah sangat pasal design sebab kami ada designer ulung, Alif Omar. Ni kali kedua dia design untuk Mock Trial.
Poster rasmi خطأ
  • Design tiket dan menguruskan jualan tiket. Aku ambil alih untuk design tiket. Kami mulakan dengan meletakkan target 1500 tiket untuk dijual. Tak sangka jualan tiket sangatlah memberangsangkan sehingga kami terpaksa menjual lagi 400 tiket tambahan. Jadi, jumlah tiket terjual adalah 1900 keping.

Tiket dan Poster Mock Trial USIM 5.0
  • Design buku program. Aku dan Multazam sama-sama menyelesaikan tugasan buku program untuk VIP dan dif kehormat.
  • Menguruskan laman sosial seperti Page Facebook USIM Mock Trial dan twitter @MockTrialUSIM.
  • Menguruskan tiket sewaktu hari pementasan akan datang.

Tak tahu lah kenapa kali ni sambutan sangat menggalakkan. Nak kata strategi marketing, aku rasa kami memulakan promosi agak lambat. Dengan dapat tiket lambat sebab pending dekat logo penaja, release poster pun agak lambat dan sebagainya. Tapi mungkin sebab orang tak nampak kerja dalaman. Apa yang mereka tahu cuma Mock Trial adalah tak lama lagi dan menjadi satu kemestian untuk mendapatkan tiket. Aku boleh kata, sehingga ke hari ini, walaupun telah diumumkan jualan tiket telah habis, masih ada yang mencari aku untuk membeli tiket. Oh boi, tak senang rupanya nak layan karenah manusia. Kau nak memudahkan urusan kau, dalam masa yang sama, kau tak mahu melihat riak kekecewaan kat muka mereka.

Pengalaman mengendalikan laman sosial lagi melucukan. Disebabkan mereka maklum tentang jualan booth yang akan dibuka di setiap fakulti, setiap hari ada sahaja yang tweet dan whatsapp aku tanya, "booth dah buka ke belum? Hari ni booth buka di mana ya? Sampai pukul berapa ya?" Kadang-kadang memang tak terlayan pertanyaan demi pertanyaan tu. Sampai kena keluarkan statement di FB Page atau buat mesej template untuk menjawab pertanyaan tu. Ada yang lagi dahsyat apabila ada yang mengekor krew kami semasa mereka set-up booth sebab takut kehabisan tiket. 30 minit sahaja, 100 tiket telah terjual. Yang agak mengejutkan, permintaan tiket bukan sahaja dari kalangan pelajar USIM, malah pelajar-pelajar universiti lain seperti UKM, UM, UniKL dan UPM.

Mendebarkan. Tiga hari lagi menuju pementasan Mock Trial dan kebanyakan daripada kami sudah tidak senang duduk. Expectation penonton kali ini sangat tinggi dan kami kena buat yang terbaik dan mengharapkan tiada kejadian buruk akan berlaku semasa hari pementasan nanti. Bukan senang nak puaskan hati orang. Bertambah penonton bermaksud bertambahlah pandangan-pandangan orang terhadap pementasan kali ni. Doakan kelancaran program! Aku bet sehari sebelum pementasan, masing-masing akan appear macam zombie.


P/s: Masih mencari momentum untuk get study on track. Aku rasa aku mudah terganggu. Terlalu fokus dengan kerja sampingan sehingga tidak hairan tentang study. Hmm.


Friday, October 23, 2015

Ulasan Teater: Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Istana Budaya

18 Oktober 2015, aku bersama rakan-rakanku (Maryam, Salmah dan Fatehah) pertama kali menjejakkan kaki ke Istana Budaya untuk menonton persembahan teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Aku dah baca novel, dah tengok filem dan dah tengok teater. Jadi nak komen sedikit sebanyak pasal teater. Tak reti sebenarnya, tapi #siscoba


Sebelum masuk 

Dari segi pelakon, aku suka watak Hayati yang dibawakan oleh Nabila Huda, penuh penghayatan dan perasaan. Babak Hayati banyak menangis. Tak tahu lah lobam mana mata beliau nak bawa watak tu seminggu. Eheh. Watak Zainuddin yang dibawakan oleh Amar Baharin pula agak kurang menyengat tapi good job lah. Ada babak-babak Zainuddin yang aku rasa meresap ke dalam jiwa. Tapi antara Zainuddin teater dan Zainuddin filem, memang Zainuddin filem lagi win!

Curtain call

Dari segi plot penceritaan, dalam buku harus lah penceritaan yang paling holistik. Dengan bunga bahasa yang indah, plot cerita yang menarik dan lebih terperinci, jadi untuk dijadikan teater, pengarah kena tonjolkan beberapa babak sahaja untuk dipertontonkan. Tetapi pada aku, cerita sebenar tentang jatuh bangun seorang pemuda dalam melayari bahtera kehidupan, sistem adat yang akhirnya menghimpit perjalanan manusia gagal ditonjolkan. Yang ada, hanyalah kisah cinta yang tidak kesampaian dan konflik antara Zainuddin dan Hayati.

Kareografi dan lagu dalam teater, aksi miming semua pelakon harus dipuji. Tidak dinafikan lagu-lagu dalam filem lebih tangkap feel dan tangkap leleh, tapi hasil usaha karyawan tempatan untuk mengangkat karya tempatan kena bagi jugak penghargaan. Jadi kudosss! Cuma lagu high pitch sangat. Macam terlebih-lebih sendu dia dan agak tak sesuai lagu balada dalam cerita berlatarbelakangkan tahun 1930-an

Props, pencahayaan, set, efek bunyi dan pelakon latar pulak tak payah cakap. Semuanya hebat. Dari awal ke habis persembahan, aku kagum tengok set pementasan, props pokok, gunung & sebagainya dibawa masuk ke tengah pentas. Sampai tak hirau dah dengan surat-surat cinta yang dibacakan sebab kagum dengan pelakon tambahan dengan props. Sampai terfikir kesungguhan orang belakang tabir macam mana. Superb!

Apa-apapun, pelakon & krew semua bagi all out waktu persembahan hari terakhir. Jadi, gua rate 3.5/5 untuk teater TKVDW. Tahniah krew dan pelakon!



Wednesday, October 14, 2015

Ulasan Filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Bengkak mata menonton filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Pertama kali membaca novel karya Buya Hamka ini pun sudah mampu menitiskan air mata. 

Cerita yang mengisahkan seorang pemuda yang bernama Zainuddin dari Makassar yang merantau ke negeri kelahiran arwah bapanya di Batipuh, Padang Panjang. Ibunya merupakan orang Bugis, manakala bapanya berketurunan Minang. Zainuddin telah jatuh hati dengan Hayati yang berdarah Minangkabau. Tetapi percintaan mereka dihalang gara-gara Zainuddin dikatakan anak orang terbuang lantaran ibu Zainuddin berdarah Bugis, maka keturunannya tidak diakui. Zainuddin diarah oleh Ketua Adat Minangkabau supaya keluar dari Batipuh dan kemudiannya dia berhijrah ke Padang Panjang untuk belajar agama. Sebelum meninggalkan Batipuh, Hayati berjanji dan bersumpah untuk sentiasa bersama dan mencintai Zainuddin selagi hayat dikandung badan. Zainuddin berpegang dengan janji Hayati, berserta azam dan semangat, dia memulakan hidupnya di Padang Panjang. Cerita ini dihiasi dengan utusan surat-menyurat antara Hayati dan Zainuddin. 

Babak pertama yang buat gua menangis. Ohmannn~

Konflik berlaku apabila Hayati ke Padang Panjang untuk melepaskan rindu terhadap Zainuddin. Dia bermalam di rumah sahabatnya, Khadijah dan Khadijah memaksa Hayati untuk berpakaian ala-ala moden di Pesta Pacuan Kuda. Hayati dan Zainuddin bertemu di Padang Panjang dalam acara lumba kuda dan alangkah terkejutnya Zainuddin dengan perubahan yang berlaku pada Hayati. Khadijah meyakinkan Hayati bahawa Zainuddin bukanlah yang terbaik buatnya kerana kedudukannya dalam masyarakat dan taraf hidup Zainuddin yang rendah. Abang Khadijah, Aziz jatuh hati dengan kecantikan dan kemanisan Hayati dan menghantar rombongan untuk meminang Hayati. Zainuddin juga melalui surat telah menghantar hasrat untuk meminang Hayati. Adat orang Minangkabau, segala keputusan hendaklah dibuat melalui mesyuarat dan mereka sebulat suara memilih Aziz untuk dijadikan suami Hayati kerana Aziz merupakan keturunan kenamaan dan mempunyai lebih banyak harta berbanding Zainuddin. Hayati juga tidak menghalang keputusan sebulat suara yang telah dibuat oleh mamaknya.

Maka, tinggallah Zainuddin dengan duka dan lara apabila orang yang dicintainya memungkiri janji mereka. Dia terlantar di katil selama dua bulan kerana patah hati yang tidak berkesudahan. Hayati suatu hari datang ke tempat Zainuddin menginap dengan pengharapan untuk menyembuhkan Zainuddin, tetapi saat Zainuddin terlihat jari jemari Hayati yang masih berinai, dia kaget serta trauma lantas menghalau Hayati supaya meninggalkan dirinya bersendirian.

Babak sedih kedua
Rapuh betul aku ni

Dek kerana patah hati, Bang Muluk mula memberikan kata-kata motivasi untuk Zainuddin melupakan perkara-perkara lalu dan memulakan hidup baru. Dia berhijrah ke Tanah Jawa dan mengembangkan sayapnya sebagai penulis yang terkenal dengan nama penanya "Z". Kemudian, Zainuddin ke Surabaya untuk menguruskan syarikat penerbitan buku, dan mengubah identitinya kepada Tuan Shabir. Hayati membaca novel "Teroesir" karangan Z dan terasa dekat dengan dirinya kerana kisah yang ditulis itu persis kisah hidupnya. Hayati yang tidak bahagia hidup di sisi Aziz yang kaki judi dan kaki botol masih mampu untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri tetapi sedikitpun usaha dan tanggungjawabnya tidak dihargai Aziz. Mereka hidup dikelilingi hutang, dan Aziz memutuskan untuk berpindah ke Surabaya. Di sana, Hayati dan Aziz menghadiri malam persembahan teater yang disutradarai oleh Tuan Shabir dan mereka terkejut bila mendapat perkhabaran bahawa Tuan Shabir sebenarnya adalah Zainuddin yang sudah mengecap kejayaan. 

Kehidupan Hayati dan Aziz bertambah perit kerana sikap Aziz yang tidak berubah dan Aziz dengan tidak segannya meminta pertolongan Zainuddin untuk berteduh di rumahnya. Zainuddin membenarkan lantaran mengasihi kawannya dan orang kampungnya meskipun beliau pernah dilayan seburuk-buruknya oleh Aziz dan keluarga Hayati. Di sebalik kebaikan Zainuddin terhadap mereka, sebenarnya Zainuddin masih menyimpan dendam terhadap Hayati kerana memungkiri segala janji dan meninggalkannya terkapai-kapai keseorangan. Aziz pula selepas beberapa bulan menginap di rumah Zainuddin, meminta diri untuk meninggalkan rumah tersebut dan berhijrah ke Banyuwangi untuk mencari pekerjaan kerana berasa malu menumpang teduh di rumah Zainuddin. Aziz meninggalkan Hayati bersama Zainuddin dan berjanji akan kembali mengambil Hayati apabila kehidupannya mulai stabil.

Surat Aziz kepada Zainuddin dan Hayati -- 1

Surat Aziz kepada Zainuddin dan Hayati -- 2

Zainuddin melepaskan amarah kepada Hayati kerana mengkhianati janji

Setelah beberapa ketika Aziz meninggalkan rumah Zainuddin, tiba sepucuk surat daripadanya yang menyatakan hasrat untuk meminta Zainuddin menjaga Hayati, meminta maaf atas perlakuannya dan menyatakan yang beliau tidak akan kembali lagi. Tibanya surat itu kepada Hayati juga menandakan bahawa talak satu sudah dijatuhkan ke atas Hayati. Berita Aziz bunuh diri telah mendapat liputan di akhbar. Hayati meminta maaf kepada Zainuddin dan menyatakan kesediaannya untuk mengabdi diri kepada Zainuddin. Zainuddin yang masih menyimpan dendam kepada Hayati, menyuruh Hayati kembali ke kampung halaman menaiki kapal Belanda, Van Der Wijck dan mengirimkan juga wang untuk Hayati menyambung kehidupan di sana. Keputusan Aziz yang tetap menyebabkan Hayati berduka dan meninggalkan sepucuk surat kepada Zainuddin sebelum menaiki kapal. Dalam surat tersebut, Hayati menyatakan maafnya dan sekiranya dia mati, dia mati mengenangkan Zainuddin. 

Surat terakhir Hayati kepada Zainuddin

Pengakhiran kisah ini seperti boleh diduga. Zainuddin apabila mendapat perkhabaran tentang tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, bergegas ke hospital Jakarta menemui Hayati yang sudah tenat. Zainuddin sempat menemui Hayati dan menyatakan segala yang terpendam di hatinya sebelum Hayati menghembuskan nafasnya yang terakhir. Pengakhiran yang sedih tetapi bahagia kerana mereka sempat bertemu sebelum masing-masing menutup mata. Dan tidak semestinya semua kisah cinta berakhir bersama. 

*****

Aku patut kasi amaran keras dengan diri aku supaya tidak menonton filem-filem seperti ini. Sebagai orang yang berpersonaliti biru, aku memang nangis jelah dari awal hingga akhir cerita. Terlalu berat kedua-dua kekasih ini melalui kisah hidup mereka. Zainuddin terlalu lemah untuk berhadapan dengan ujian cinta dan Hayati yang terlalu mengikut adat, tidak sedikit pun berjuang untuk cinta mereka. Hanya janji yang diungkap tetapi tiada usaha yang menyusul dan mengikut sahaja arus yang ditetapkan. 

Kisah ini juga mengkritik tentang adat yang menjadi halangan. Seperti tiada sebab yang kukuh masyarakat melayu yang berbeza keturunan tidak dapat menyambung kehidupan dan cita-citanya. Kisah ini berlatarbelakangkan masyarakat Minangkabau pada tahun 1930-an yang berpegang teguh kepada adat nenek moyang sehingga menyukarkan keadaan yang sepatutnya mudah. Kriteria yang dipilih oleh ahli keluarga Hayati untuk menentukan bakal suaminya bukanlah dilihat dari sudut akhlak mahupun agama, tetapi dipilih melalui pengaruh dan juga harta benda. Kita dapat lihat, walaupun latar belakang agama keluarga Hayati agak teguh, tetapi soal jodoh, materialistik masih lagi menjadi penanda aras. Malah, rasis budaya dan ukuran materialistik juga masih dapat dilihat sehingga kini. 

Add caption
Aku suka juga dengan peranan Bang Muluk yang setia dan sentiasa bersama Zainuddin ketika saat jatuh bangunnya. Tidak pernah gagal memberi pengharapan baru meskipun beliau tidak berpendidikan tinggi dan menjadi kutu kampung. Terlalu besar jasanya sehingga beliau merupakan tulang belakang Zainuddin sepanjang cerita. Kata-kata azimat beliau: Jangan biarkan hidup awak rosak binasa kerana perempuan itu. Lihat dunia dengan lebih luas. Masih ada banyak lagi kebahagiaan dan ketenangan di dalamnya. Cinta bukan mengajar kita menjadi lemah, sebaliknya ia membangkitkan kekuatan. Tunjukkan kepada perempuan itu yang awak takkan mati kerana dia. Ramai orang hebat kalah dalam percintaan, lantaran mereka mengambil jalan lain. Mereka maju kepada politik, menulis buku, mengarang syair dalam perjuangan hidup sehingga mereka duduk di tempat yang tinggi dan wanita perlu mendongak untuk memandang mereka dari bawah. Fuh! Ayat move on paling win, Bang Muluk!

Kisah cinta yang digarap oleh Buya Hamka, meskipun tidak sekuat kisah Hang Tuah dan Gusti Putri dalam Puteri Gunung Ledang, masih memberi nyawa dan mengkritik secara halus soal masyarakat yang terlalu berpegang kepada adat dan budaya. Walaupun berlatarbelakangkan tahun 1930-an, nampaknya masyarakat kita masih berada pada takuk yang sama biarpun sudah berpuluh-puluh tahun berlalu. 

Harapan terakhir Zainuddin selepas menulis kisah Tenggelamnya Kapa Van Der Wijck
Supaya kemuliaan bangsa tercapai, penyatuaan tanah air, hilang kebenciaan dan perbedaan dan supaya keadilan dan bahagia tercapai

Dan kisah ini masih berterusan berlaku dalam kalangan kita. Terlalu ramai manusia yang kalah dalam percintaan, berhenti sekerat jalan dan putus pengharapan. Moga kisah ini menjadi sumber kekuatan untuk terus percaya dan maju dalam kehidupan. Kata Zainuddin lagi, "ini bukanlah kisah cinta antara Zainuddin dan Hayati, tetapi kisah kebangkitan sejati. Kisah manusia yang jatuh tetapi memilih untuk bangkit. Lalu dia jatuh lagi tapi memilih untuk terus  bangkit sekali lagi. Walaupun berkali-kali jatuh, Zainuddin pilih untuk terus hidup, bangkit dari kesedihannya. Kejatuhan kita bukan permulaan bagi kesedihan kita, sebaliknya permulaan bagi kebangkitan kita. Jangan sekali-kali biarkan sedih dan duka mengawal diri kita.." Pengakhiran kata yang sangat bagus. Gua rasa nak quote semua kata-kata dalam buku dan filem ini.


P/s: Bakal menonton teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck di Istana Budaya hari Ahad 18 Oktober 2015 ini. Aku syak aku bakal mengalami situasi yang sama ketika membaca buku dan menonton filem. Kena sediakan tisu sebekas!

Eskapisme Seni

Tak sangka sebenarnya masih ada reader. Bila tengok hit counter sebelah kanan blog ni, asyik bertambah je walaupun dah lama tak buka. Terima kasih sekiranya ada yang membaca.

Kembali berkarya setelah beberapa bulan berehat, dan aku rasa aku masih kaku. Skill aku masih banyak perlu diasah dan aku sendiri kurang berpuas hati dengan karya sendiri. Sampai satu masa, aku terfikir, segala penat lelah yang terhasil boleh dilenyapkan dengan hanya ketiadaan usaha. Bakat seharusnya diasah, bukan selamanya tertancap dek kejayaan-kejayaan lepas. Sememangnya aku iri dengan mereka yang kreatif, seperti mahu meminjam kepala dan tangan mereka buat selama-lamanya.

ANTARA KARYA YANG DIHASILKAN SEMESTER INI:




Poster Manifesto untuk rakan sekuliah

All the best Mirali!


Mungkin aku memang suka rama-rama dan bunga?
Berapa banyak dah poster Gengsukakopi yang berkonsepkan bunga

Poster Ekspedisi Gua Batu Maloi.
Kalau berminat, hubungi nombor tertera di poster sebelum 28 Oktober 2015

Bukan mudah untuk berkecimpung dalam dunia seni. Aku tak pernah meletakkan nama aku sebaris dengan mereka-mereka yang berbakat seperti rakan-rakan aku yang lain. Tetapi mendapat pengiktirafan dalam kalangan keluarga dan teman juga sudah cukup menyenangkan aku. Saat mereka merujuk aku untuk bertanya tentang saiz dan harga banner dan bunting, bagaimana mahu menggunakan Adobe Photoshop, meminta tolong untuk membuat artwork pun sudah memberikan satu penanda aras yang aku mula dikenali dalam dunia promosi dan percetakan di universiti. Saiz-saiz banner dan bunting, serta harganya juga tersemat rapi dalam kepala. Mungkin sebab sudah berkecimpung sebagai Ketua Unit Publisiti dan Multimedia sejak tahun 2013, menyebabkan aku terpaksa menghafal semua perkara yang berkenaan.

Banner 8 x 4
Banner 25 x 9
Backdrop 20 x 10
Bunting 6 x 2
Tag nama saiz A6
Poster saiz A3 dan A4
Buku Program saiz A5

Dan tak lupa juga, setiap benda yang kita suka, kadang-kadang ada bahagian peritnya. Pernah beberapa kejadian sejak tahun 2013, aku diminta untuk membuatkan mereka poster dan logo sempena beberapa acara, kemudian setelah menghantar sebelum deadline, mereka sedikit pun tidak memberikan respon dan tidak menggunakannya walaupun sebelum itu aku dijanjikan dengan bayaran. Bukan bayaran yang aku pinta, tetapi masa dan idea yang dicurahkan kadang-kadang tiada siapa yang menghargainya. Walaupun mungkin karya aku tidak menepati standard mereka, aku simpan juga sebagai koleksi. Mungkin hanya aku yang faham dengan penat lelah tersebut. Mungkin juga, bila sampai satu saat dan ketika, aku boleh tersenyum melihat perkembangan karya dari zaman tak tahu apa-apa tentang photoshop kepada zaman yang mahirlah sedikit sebanyak tentang tools dan cara penggunaanya, sehingga ada yang meminta untuk mengajarkannya. Mungkin itulah makna sebenar pencapaian, tak perlu ada orang yang mengkalungkan segala penghargaan, cukup kita sahaja yang tahu memaknainya.

Sebab tu juga aku sampai sekarang tidak tahu apa yang akan terjadi dengan bakat ini suatu hari nanti jika aku tidak berterusan berkarya. Sedih juga sekiranya bakat ini bakal lenyap, tiada acara yang memaksa aku untuk menggunakannya dan sebagainya. Aku bermula dengan kosong dan aku takut juga suatu hari nanti, pengetahuan aku bakal menjadi lohong. Saat itu aku juga terfikir, benarkah bakat betul-betul anugerah Tuhan atau cuma bermakna bila diiringi usaha dan kerja keras? Mungkin aku kena mempertimbangkan cadangan kawan aku untuk membuat freelance supaya bakat ini berterusan untuk jangka masa yang lebih lama.




P/s: Berkarya juga menyebabkan aku lari dari dunia realiti seketika. Aku cuma berharap ketebalan kaca mata aku tidak bertambah.



Sunday, October 4, 2015

Antara Demam dan Berjauhan

Betul lah bila tak sihat macam ni, baru nak hargai semua nikmat makan, berjalan dan sebagainya. Kalau waktu sihat, bukan main nak jaga makan, nak diet, bersenam, berjalan, bergiat aktif dan macam-macam lah. Hari ni dah masuk hari ketiga demam, tapi demam aku memang selalu pelik. Waktu siangnya tak seteruk waktu malam. Waktu malam, semua nak meragam. Makan pun tak lalu, loya, badan menggeletar, mata berair dan badan jadi sangat lemah.

Tahu tu simptom biasa untuk orang demam. Sebagai orang yang jarang demam, aku rasa itu salah satu ujian yang terberat pernah aku rasa. Waktu-waktu macam ni, terasa sangat perlukan mereka yang dekat. Tak dapat nak sangkal, waktu macam ni lah nak perhatian lebih. Ibu Abah telefon tanya keadaan macam mana, kawan mesej, kawan tolong beli makanan, kawan itu ini. Rasa menyusahkan jugak kadang-kadang waktu-waktu macam ni tak boleh nak berdikari sendiri. Tapi, kalau buat semuanya sendiri, sayu jugak rasa dia.

My therapy at the moment sebab tak suka makan ubat
Bubur Biel buatkan untuk aku. Lovely! Thanks Biel!




















Apa tujuan aku tulis post ni pun aku tak tahu. Jarang nak mengadu aku sakit kat sini. Mungkin waktu macam ni lah aku terkenang semua pengorbanan ibu abah kot. Mengadu sakit kat diorang waktu umur dah besar panjang macam ni pun masih rasa keanak-anakan. Tiba-tiba terimbas saat diorang bawa aku pergi klinik, hospital, tidur sebelah sebab nak jaga waktu malam untuk tuam kepala, buatkan sup atau bubur, suap ubat dan macam-macam lagi jasa yang susah nak dihitung. Bila dah berjauhan macam ni, jatuh sakit pulak, kau tak ada option lain selain appear kuat depan orang lain, tapi tumbang jugak bila mengadu kat parents pasal masalah kesihatan. Serius, aku rasa fitrah anak memang macam tu. Selain ingat Tuhan nak mohon kesembuhan, mesti akan teringat ibu abah, mohon mereka sentiasa di samping. Mungkin sebab aku anak manja kot. Entahlah.


Wednesday, September 2, 2015

Sisi 'Positif' Seorang Optimis

Hari ni aku bazirkan masa, kertas dan dakwat printer dengan cubaan mencetak PDF buku 'The Forty Rules of Love', buku setebal 229 muka surat tulisan Elif Shafak. Orang kata buku ni best. Dah dua orang kenalan aku bagi rating tinggi kat buku ni. Aku cuba baca dekat telefon, tapi aku memang tak suka baca versi e-book, jadi aku terfikir untuk print. Malangnya, printer aku bukanlah laserjet mahupun printer canggih yang boleh print banyak muka surat satu masa, aku guna officejet sahaja, dan seperti boleh dijangka, dakwat hitam HABIS setelah mesin sudahpun mencetak lebih separuh buku. Hampa tahu? Tu lah buat kerja gila lagi walaupun dah boleh expect. Ni siapa nak bayar balik catridge dakwat yang dah habis ni? Laporan latihan industri pun tak siap lagi tu. Kena print kat kedai lah nampak gaya.


Proses mencetak
 
Tengok ketebalan dia

Dah nak siap dah ni

Dannnn.. tulisan dah diangkat ke langit. Peh!

Aku jarang buat kerja sia-sia macam ni. Biasanya aku akan buat bila aku rasa benda tu bagi nilai dan pengalaman berharga kat aku. Orang kata buku ni best. Aku dah baca beberapa muka surat terawal, dan aku rasa buku ni worth-reading. Aku google harga dia boleh tahan. Ada dekat Kinokuniya dan MPH tapi harga online tak sama dengan harga kedai, dan kalau aku beli online, minggu depan aku dah ada kat Nilai. Bila aku berada di Nilai, maknanya kehidupan sibuk tu akan menjadi perkara tunjang kehidupan seorang aku. Kalau posmen datang, mesti akhir sekali aku kena kutip parcel tu dekat pejabat pos. Nak pergi berjalan ke KLCC tu.. hmm.. semester lepas je berapa kali aku berulang ke sana. Semester ni azam nak puasa KLCC (poyo). Itu yang aku print juga walaupun dah jangka benda macam ni akan berlaku.

Tapi bila fikir balik, sebenarnya bukan sekali aku buat perkara sia-sia. Ambil contoh kisah terlepas flight dekat KLIA2, kisah lambat ke KLPAC sebab nak tengok teater, tapi gagahkan kaki juga walaupun dah tahu lewat, idea rawak yang dapat masa di Bandar Tasik Selatan akhir sekali membawa aku melencong ke Perpustakaan Negara. Banyak lagi lah episod lain. Aku rasa ni kot konon sisi positif seorang optimis yang berakhir dengan penggunaan masa dan tenaga yang padu!



P/s: Aku rasa aku kena delete post-post berkenaan USIM, ramai sangat freshie yang dah mula tanya pasal course aku ambil. Tapi gua sayang tulisan gua. Maaflah adik-adik, akak rekemen adik-adik masuk uni lain. Hihi.


Wednesday, July 1, 2015

Tentang Terlepas Flight, Animasi Home dan Rindu



30 Jun 2015, KLIA2.



Insiden pertama terlepas flight ke Kota Bharu. Rasa ralat juga dengan sikap berlengah yang susah nak ubah ni. Keluarga aku semua sedia maklum dengan bad habit aku yang satu ni. Bila ibu tahu, terus dia bagi public lecture pasal masa. Bukannya tak cuba usaha, ada juga usaha nak ke sana walaupun tahu harapan tu tipis. Bak kata kawan aku, "kau memang kan. Suka buat kerja gila.." 

Lepas akak kaunter check-in bagitahu aku yang aku dah tak boleh masuk flight, aku terus ke kaunter U16 untuk urusan pertukaran tiket flight. Lagak orang kaya, walaupun aku tahu, aku takkan mampu beli tiket penerbangan seterusnya untuk balik pada hari yang sama. Tapi, aku nak juga tahu berapa pembayaran yang harus dibuat untuk penerbangan seterusnya. 

"Kak, saya nak tanya, next flight ke Kota Bharu pukul berapa ya?"
"Pukul 1.35 petang, seratus tujuh puluh satu.."
"seratus tujuh puluh satu apa ya? ringgit?" *aku tahu soalan aku noob gila*
"Ya, RM 171 untuk next flight" kata akak tu sambil tersenyum.
"Oh. Takpe lah kak. Tak jadi ya.." sambil senyum tawar.

Perasaan masa tu? Tak payah kata lah. Helpless and hopeless but I choose not to cry. Aku jugak yang salah. Ligat otak aku fikir cara nak balik guna alternatif lain. Aku berkira-kira tak mahu susahkan orang lagi dan aku lakarkan beberapa alternatif untuk pulang ke kampung halaman pada hari yang sama. 

Antara alternatif aku:
  1. Naik bas dari KLIA 2 ke KTM Nilai. Dari situ, naik KTM ke TBS untuk beli tiket bas perjalanan malam ke Kelantan.
  2. Naik bas dari KLIA 2 ke TBS dan terus beli tiket bas untuk ke Kelantan.
  3. Naik bas dari KLIA 2 ke KTM Nilai. Dari Nilai, naik prebet dan naik bas di Nilai sahaja.
  4. Balik ke rumah sewa di Desa Anggerik dan balik naik bas esok sahaja di Nilai
Sebelum aku teruskan dengan mana-mana agenda yang sempat aku fikirkan, kawan aku, Diyana terlebih dahulu menghubungiku. Diyana, orang yang sama yang hantar aku ke KLIA2 dari Anggerik. Dia kata, dia akan ke KLIA 2 terus sebab dia tak jauh dari situ. Terharu gila. Serta merta, aku cancel semua alternatif dan yang tinggal hanyalah alternatif keempat dan alternatif baru, iaitu menumpang kereta kawan yang akan pulang pada 2 Julai. Aku call ibu, kata aku tak jadi sampai rumah pukul 11.40 seperti yang dirancang. Beliau, seperti sudah mengagak, memulakan syarahan dengan separa bisikan. Nasib baiklah beliau ada mesyuarat, tak panjang sangat syarahan perdana beliau ketika itu.

Petang tu, ibu call lagi. Beliau sambung syarahan perdana yang tertunda. Beliau kata tentang duit, masa, berlengah, tentang harapannya untuk aku balik berbuka bersama mereka dan tentang rumah Tokwan yang sudah pun siap. Abah pun call juga. Abah tanya, "akak, sampai rumah dah?" Pandai juga abah bersarkastik kadang-kadang. Aku tersenyum sahaja, memberitahu yang aku akan pulang lusa bersama kawan universiti dan meminta maaf tentang perkara yang berlaku. Abah sambung.. "dah lama tunggu akak balik nak berbuka sekali.."

Aku terkedu, terharu dengan ibu dan abah. Betapa aku bagi assurance kepada mereka yang aku akan pulang pada hari ini.

Itu.. buat aku terfikir. Kepulangan anak sungguh dirasai dan dinanti-nanti oleh para ibu bapa. Ya, dah lama fikir sebenarnya. Tapi aku serta merta tergambar dalam kepala, keadaan ibu dan abah, berbuka puasa hanya berdua. Along di KL, aku masih di Nilai, Amir di kolej, Amin dan Iqa di asrama. Pastinya, topik yang mereka berdua bakal bualkan adalah isu seputar anak-anak mereka. Tentang masa depan anak, tentang perkembangan kehidupan anak mereka sekarang, tentang persoalan kesihatan dan sebagainya. Buktinya, ibu tak pernah gagal untuk tahu tentang perkembangan aku serta anak-anaknya yang lain dan itu bakal dikongsi bersama suaminya. Abah lelaki. Aku tak generalise lelaki tak ambil tahu tentang anak-anak mereka walaupun abah jarang bertanya khabar. Aku percaya abah tahu banyak cerita daripada ibu. Mungkin kami selesa begitu. Buktinya? Aku tak bagitahu abah pun tentang terlepas flight tapi beliau hubungi aku untuk bertanya khabar. Pastinya berita tersebut daripada ibu.

Usia senja sebegini, mereka hanya mahu anak-anak mereka berkumpul bersama sentiasa.

Malam ni, untuk mengisi kekosongan dan kesunyian berada keseorangan di rumah sewa, aku menonton cerita animasi, Home. Ironi situasi aku. I was supposed to be home by now but I watched 'Home' instead. Cerita yang sangat bagus aku kira. Persoalan tentang nilai kekeluargaan (salah satunya) dan makna sebenar perkataan 'HOME' sendiri disingkap di balik cerita ni. 


Favourite quote
Definitely, it is how it felt to be apart from your family

Lepas habis tengok cerita ni, terus aku jadi mellow dan sedih. Terus rasa nak luah melalui penulisan. Dahsyat juga rasa berjauhan kali ni. Mungkin campur dengan rasa bersalah sebab insiden flight terlepas, duduk keseorangan di rumah sewa. Dan mungkin juga, waktu malam adalah waktu paling sesuai untuk menyingkap persoalan yang paling jujur di benak pemikiran dan lubuk perasaan?

Ya, aku rindu mereka.
Terima kasih, Home.




Wednesday, June 3, 2015

Yang dicanang-canang matang

Tak sangka minggu last study ni aku banyak gila ponteng kelas, siapkan assignment tertunda. Tak tahu lah kalau aku yang banyak bertangguh buat kerja atau aku agak malang bila dapat ahli yang terlalu dependent. Kalau nak buat kerja, kena tunggu arahan kita, lepas tu bila tanya siapa willingly nak compile, semua tutup mata, tak balas apa-apa. Sudahnya, kita juga yang terkontang-kanting jadi editor untuk semua benda sampai sanggup skip kelas sebab nak kejar deadline.

Aku tak kata aku tak salah. Aku pun banyak kali bertangguh buat kerja. Sanggup pergi berjalan sana sini, berjimba tak henti-henti dengan harapan siapkan kerja kemudian sebab aku rasa pengalaman lagi susah nak dapat. Dan aku pun banyak kali volunteer untuk kumpulkan pelbagai macam kerja sebab aku tahu aku boleh siapkan sebelum sampai masa submission. Yang agak pissed off bila nak minta tolong teammate tapi teammate buat bodoh. Menyirap tahu? Nak marah pun kawan jugak, lagi tua daripada aku pulak tu semua. Kang timbul soal tak hormat.

Aku tahu aku tulis ni sebab aku tak boleh control. Dan aku tahu, satu hari nanti bila aku baca balik aku mesti tergelak seorang diri sebab aku tahu zaman degree aku terlalu magnificent (ayat nak sedap hati lah kononnya). Magnificent sebab orang bergantung harap kat kita untuk initiate semua benda. Aku rasa aku mesti bertabah untuk hadap lagi 4 sem macam ni. Dah habis sem 10 nanti mesti aku tergelak atau tersenyum sebab aku rasa benda ni kelakar. Aku tak matang, orang lain pun tak matang. Ikut lah umur berapa-berapa pun. Semua kebudak-budakan.

Tu tak campur lagi dengan drama-drama dekat Twitter. 

Walaupun aku dah tak ada Twitter, tapi aku ada lah jugak tahu kisah-kisah kutuk-mengutuk, keji-mengeji kawan serumah, sekuliah sendiri dekat Twitter. Apa yang aku tahu, bila kau marah-marah, mengamuk dekat Twitter sekalipun, kau takkan puas. Kau mengapi-apikan orang, buka aib kau dan aib kawan ada lah. Mana confrontation selama ni yang kita praktis? Mana sikap toleransi yang duk canang-canang selama ni?

Aku tak tahu lah. Sepatutnya bila dah meningkat usia, sepatutnya kematangan pun kena seiring. Tapi apa yang aku nampak, makin bertambah usia, makin bertambah mengada. Makin sering meminta perhatian, makin terserlah sikap menjatuhkan. 

Aku tak tahu lah.
Mungkin aku baru kenal dunia dan ragamnya. 





Friday, May 22, 2015

Akur dan terima



Pernah tak kau rasa tersepit untuk lakukan apa-apa?
Seolah-olah diluah mati emak, ditelan mati bapa?

Kalau kau tak buat, kau rasa bersalah. Kalau kau buat pun, kau tetap rasa bersalah. Perasaan macam ini aneh. Akhirnya, kau lagi memilih untuk bersendiri, berbuat apa sahaja yang terlintas di kepala dan cuba positif setiap masa bahawa semua yang berlaku, bukan berlaku saja-saja.

Tapi sampai satu masa, kau seperti mempersoalkan apa yang berlaku, kenapa mesti berlaku dekat kau walaupun kau tahu persoalan-persoalan emosi ini hanya membuahkan lelah sahaja. Kau takkan temui jawapan dan kau harus percaya, sesuatu yang besar pasti akan berlaku di akhirnya.

Kau harus akur dan terima.




Wednesday, May 20, 2015

Kebutuhan Twitter

20 haribulan dah hari ni, menandakan sudah hampir seminggu aku deactivate akaun Twitter aku. Ada juga yang bertanya kenapa tiba-tiba. Siap whatsapp sebab terkejut dengan ke-tidak-biru-an nama aku bila mereka mention. Jawapan sama yang aku berikan yang aku sudah malas dan bosan berTwitter, mereka langsung tidak percaya. Nampak sangat aku terlalu addictive sebelum ni.

Bila jadi macam ni (tertanya kenapa delete akaun Twitter), aku rasa betapa butuhnya kita kepada media-media sosial. Bila seseorang memutuskan untuk tidak lagi aktif di mana-mana akaun sosial, seolah-olah sudah terputus hubungan kawan yang tercipta selama ini. Boleh lah kot nak guna kata bila dah tiada baru terasa? Aku ingat kata-kata ni sesuai untuk bercakap tentang mereka yang sudah pergi dari dunia atau mereka yang putus cinta. Media sosial pun terpakai juga lah.

Seminggu tanpa Twitter, ada juga lah perasaan nak tweet benda-benda yang difikirkan, nak buang masa scroll timeline, nak stalk orang dan sebagainya. Tapi bila fikir yang dah deactivate, kena tahan diri daripada nak spill apa-apa, baik pendamkan saja. Tak pun, luahkan dekat mana-mana. Dekat blog, diari atau mana-mana apps dalam telefon. Tak susah pun sebenarnya. Bila kau dah spill dekat tempat-tempat lain tentang apa yang kau rasa, apa yang berlaku, automatik kau akan rasa selesa. 

Entahlah. Aku selesa tanpa Twitter. At least, untuk sekarang dan untuk masa-masa mendatang (InsyaAllah), aku rasa, orang-orang seperti aku perlu jadi konservatif, hidup tanpa Twitter untuk kawal diri sendiri.


P/s: Butuh yang digunakan bukan butuh Bahasa Malaysia ya. Tetapi Bahasa Indonesia yang bermaksud 'perlu'




Tuesday, May 12, 2015

Tentang Twitter yang Memabukkan

Saat aku tulis post ni, mungkin seminggu atau beberapa hari sebelum aku deactivate akaun Twitter aku. Aku kena fikir dalam-dalam tentang perlu atau tidak aku deactivate akaun ni sebab aku ada akaun Twitter sejak tahun 2009, ketika aku masih di sekolah menengah. Masa itu, kebanyakan kawan aku masih belum ada lagi akaun Twitter. Kemunculan akaun Twitter ini sama munculnya dengan akaun Facebook, Tagged dan Blogsot. Zaman aku baru kenal apa itu internet lah katakan.

Aku harus mengaku aku agak addictive dengan twitter. Kalau bosan, apps pertama yang aku buka di telefon adalah Twitter, tab pertama yang aku buka di Google Chrome adalah Tweetdeck. Walaupun aku tak tweet terlalu banyak, tapi masa aku terlalu lama dihabiskan di timeline, melihat timeline bergerak dan stalk akaun orang kadang-kadang. Ohoi stalk? Ya, aku bet semua orang buat. Seronok tengok rungutan dan monolog dalaman orang dekat Twitter ni sebab kebanyakan yang ditweet adalah benda yang difikir oleh mereka masa itu.

Memang diakui, Twitter bagus untuk aku sebab aku banyak tahu pelbagai informasi dalam masa yang singkat. Nak promosikan tentang apa-apa event atau barangan pun boleh dibuat di Twitter. Tapi aku rasa aku harus buat keputusan yang muktamad. 

Twitter banyak juga bawa masalah dekat aku sejak akhir tahun tahun lepas. Sebagai seorang pencinta yang mudah dan kuat cemburu dan juga seorang yang sensitif, aku terlalu banyak terasa hati dengan keterbukaan orang dalam bergaul mesra di Twitter. Pernah juga beracah-acah mesra dengan rakan lain tapi aku tahu, pada akhirnya, aku tak rasa puas pun bila buat macam tu. Di akhirnya, aku memilih untuk diam, menyepi dan membawa diri. Aku tahu, kadang-kadang kita tak mampu mengawal tindak-tanduk orang hatta orang yang kita sayang sekalipun walaupun sudah berkali-kali mengingatkan. Aku tahu semua orang ada justifikasi kenapa mereka bertindak sebegitu, mungkin mereka kesepian dan kesunyian serta ada masalah dan mereka perlukan tindakan macam tu untuk hilangkan kemurungan. Tetapi hati kita, siapa yang mahu jaga? Bila jadi begini, sudahnya kita dikatakan psiko pula.

Tetapi itu bukanlah satu-satunya sebab aku nak deactivate Twitter. 

Aku terlalu banyak menghabiskan masa di situ. Terlalu banyak bercakap benda yang mengarut dan sampai satu masa, aku rasa Twitter ini hanyalah tempat kita mengutuk, mengkritik dan platform bergaduh yang kadang-kadang terbawa-bawa sampai ke dunia nyata. Mungkin saat aku ambil keputusan ini, aku agak muda. Orang tua pun ada Twitter, aku yang baru awal 20-an dah ambil keputusan untuk deactivate. Mungkin aku boleh kata sebab mereka tahu cara untuk mengawal diri. Aku pula seperti terlalu banyak mendedahkan keaiban dan cerita serta rungutan tentang diri di sana. Itu tak campur lagi dengan bab tersentap dan terasa dengan tweet-tweet orang yang rasa seakan ditujukan kepada kita. Pendek kata, segala masalah hati (cemburu, terasa, iri hati dan hasad dengki) semua akan disemai di sini. Dan tak dinafikan juga, kebanyakan masa bersama keluarga dan teman-teman juga boleh terbunuh bila jadi twitter-holic ni.

Atas sebab-sebab ini, aku rasa aku perlu berubah angin untuk melupakan Twitter.

Kadang-kadang aku cemburu melihat mereka yang tak punya akaun Twitter. Masih boleh hidup kan? Aku pun boleh. 


P/s: Akan cuba sedaya upaya untuk puasa Twitter sebelum finally deactivating akaun sendiri.


UPDATE: Done deactivating account (August 2009-May, 15th 2015) Sobbss


Thursday, May 7, 2015

Mellow

Mood semenjak dua menjak ni agak mellow. Mungkin disebabkan peristiwa-peristiwa yang aku tak jangka akan berlaku akhir-akhir ni, kalau jangka pun akan berlaku, aku tak expect kesannya akan sampai begini. Sudah terlalu banyak menangis, sudah terlalu sering sakit kepala, sudah terlalu banyak tidur, sudah terlalu banyak kelas atau komitmen yang aku ponteng, sampai aku pun tak faham kenapa sampai macam tu.

Tapi, aku rasa aku dah boleh terima kenyataan yang kita bukanlah sesiapa untuk mengubah keadaan seseorang, bukan siapa-siapa untuk membetulkan situasi seolah kita mampu. Aku mula menerima suratan bahawa semua yang berlaku ada hikmahnya tersendiri dan kita bukanlah siapa-siapa yang berkuasa memberi solusi terhadap masalah-masalah yang menimpa seseorang.

Kenyataan klisé -- 'semua yang berlaku adalah izinNya' yang seringkali kita lupa lantas menyalahkan orang yang terbabit secara langsung atau tidak langsung. Pernah suatu pagi, aku terjaga dari tidur, menyedari belum solat isya', bangun menunaikan solat, buat juga solat hajat, baca Al-Qur'an dan berdoa. Seakan sayu betul suasana ketika itu, dah lama betul aku tak rasa duduk dalam keadaan begitu. Masa baca tafsir, aku seakan terpujuk dengan ayat surah Al-Isra' ayat 28, yang menyuruh supaya berlembut ketika menasihat. Aku seolah mendapat teguran dan jawapan pantas daripada Allah yang kita tak boleh menghukum orang, berhemah dalam menasihati yang mana aku gagal nak ikut dan menyebabkan orang jauh hati.

Pagi itu, apa yang aku doakan dan minta dalam setiap solat seakan membuahkan hasil. Alhamdulillah. Hari yang baik untuk aku, aku kira dan aku mengharapkan pengakhiran yang baik buat mereka. Aku sedar aku hanyalah orang luar yang tidak mampu berbuat apa-apa melainkan berdoa moga keadaan menjadi lebih baik dan apa yang berlaku mematangkan mereka.

Pada hari itu, aku sedar yang kuasa doa bukanlah perkara yang lekeh. Mungkin kita tak sedar kuasa doa itu sendiri adalah sesuatu yang luar biasa. Luahan terus kepada Tuhan jauh lebih bermakna dan berharga daripada luahan kepada manusia.


P/s: Lagu-lagu move-on seakan sudah sebati dalam hidup sekarang. Yang paling favourite mungkin lagu Biar Saja daripada De Meises sebab lagu tu lagu paling positif.





Monday, May 4, 2015

Live

The thing about 'love' that we cannot deny is 'hurt'

You started with nobody, just 'hi', then it developed, you get to know each other and after some time, the feeling started to develop and you felt love and began creating memories. From simple one to the most complex one. You feel like you own the world, you are in cloud nine.

But the feeling is hard to last I guess.

You have to expect misunderstood, give up & goodbye moments by any means, no matter how hurt it is, isn't it? You have to expect things don't always work like you want to anyway and not many people can tag along for what you have been doing. 

But LIVE. It is not even the end of the world and don't cling too much for the memories and what lies behind you no matter how hard it is for you to not cling on things.

Reality surprises and hurts you because it serves to teach you.









Sunday, April 26, 2015

Nightmare






You know you suck and stuck when you could actually do nothing to change the situation, instead you could only blame yourself for what had happened.

I don't know for how many times the same song had been repeatedly played and for how many times I got my eyes teary.

And I know now how suck it is to not be able to write down what you could actually feel at the moment.

If you know this would happen, perhaps you could set aside your ego, preserve what you would have preserved and be a little bit lenient and tolerant to other people especially your loved one.

But, it happened anyway (though I have always prayed it was one of the worst nightmare I have ever faced)

I hope this would heal sooner..



Monday, March 9, 2015

Wanita Cekal

Semester enam ni aku belajar subjek Keusahawanan dengan seorang pensyarah yang aku kira agak veteran dan sangat berpengalaman. Namanya Prof. Madya Dr. Kalsom Abd. Wahab. Pertama kali beliau masuk kelas, aku tak sangka yang beliau menyimpan seribu satu cerita yang aku-sendiri-tak-tahu-mampu-tanggung-ke-tak. Perwatakan beliau yang ceria dan menghiburkan tak menampakkan beliau seperti seorang yang sudah menjangkau umur 60 tahun.

Kuliah pertama, seperti biasa, kami akan diberi penerangan tentang course outline, pengenalan kepada subjek, topik-topik yang akan dipelajari sepanjang sem dan cara pemarkahan. Bila berkata tentang buku yang boleh dirujuk, beliau mengeluarkan sebuah buku. Beliau berkata sambil tersenyum bahawa buku tersebut ditulis oleh anak tunggalnya, seorang pensyarah di salah sebuah universiti. Tidak lama selepas itu, kami perasan perubahan pada riaknya, beliau menangis. Beliau berkata, "sebenarnya, saya tak suka bila tengok buku ni. Buku ni mengingatkan saya tentang anak saya yang dah meninggal empat tahun lepas.." Seluruh kuliah tampak terkesima dan beliau memohon maaf atas emosinya yang dikatakan tidak mampu tertanggung olehnya sendiri. Siapa pun tak mampu tertanggung, Prof. 

Kuliah dua jam diteruskan lagi. Beliau menerangkan tentang konsep keusahawanan menurut pandangan Islam dan pandangan Barat, tentang apakah makna sebenar 'Usahawan', tentang ciri-ciri usahawan dan sebagainya. Kuliah itu sangat full of knowledge bagi aku. Beliau tak terikat dengan slide, ada two-way communication, ceria dan senang faham. Untuk pandangan pertama, aku jatuh cinta dengan cara beliau mengajar. Beliau ada memberitahu juga, walaupun sudah berumur 60 tahun, kakak-kakaknya menasihatkan beliau untuk pencen, tapi beliau kata beliau lagi suka mengajar dan menyibukkan diri. 

"Walaupun saya hanya ada seorang anak bersama arwah suami, tapi saya gembira sebab anak murid saya ramai..." katanya.

'Oh.. suami dia pun dah meninggal...' Lagi lah aku sayu.

To be honest, I could not imagine myself losing people who are dear to me. Beliau kehilangan suami dan anak tunggal. Anaknya meninggal exactly two years after her husband's sebab meningitis (jangkitan kuman pada otak) di sebuah hospital di Australia. Masa dengar kisah ni, tak semena-mena, air mata aku laju je jatuh. Entah kenapa pun aku tak pasti. Mungkin sebab aku terus terbayang saat-saat ibu di-admit di wad ICU tahun lepas sebab denggi kronik dan ada jangkitan kuman yang menyerang jantung dan benda tu bagi kesan sampai sekarang. Benda tu menyayat hati tahu?

Banyak lagi nasihat dan ilmu yang aku dapat masa kuliah pertama beliau. Antara yang bagi kesan pada aku, masa beliau cerita kisah beliau rindu dengan insan-insan yang pernah hadir dalam hidup dia. (Aku guna 'term' dia jelah. Term 'beliau' tu formal sangat) Masa tu pagi sebelum dia bertolak ke tempat kerja, dia sarungkan cincin arwah suami dia sebab dia rindu, tapi alih-alih dia tak ingat nak pakai jam tangan. Daripada cerita dia, dia cuba sampaikan -- kita kalau nak buat sesuatu, jangan bertangguh, nanti terlupa. Asalnya dia nak pakai jam, tapi dia sarungkan cincin tu dulu.

Nak habis kuliah, dia bagitahu kami yang dia suka dengan band Coldplay sebab ada salah satu lagu Coldplay, liriknya begini, "when you get what you want, but not what you need..." Ya, aku tahu lagu tu. Fix You by Coldplay. Memang lagu yang sesuai untuk orang-orang yang banyak mengalami kejatuhan dalam hidup aku rasa. Dia kata lirik lagu tu philosophical since ada lirik yang berbunyi, "lights will guide you home, and ignite your bones, and I will try to fix you..." Ada masuk unsur ketuhanan katanya sebab memang kita fitrahnya perlukan Tuhan. Tak pasal-pasal, untuk kuliah pertama ni juga, aku dah jadi assistant dia sebab aku hampir sing along lagu ni dalam kuliah.

Aku rasa aku jarang nak rasa perasaan macam ni. Jujurnya, ni kuliah pertama yang membuatkan aku berjaya menangis selain kisah-kisah keluarga aku dan konflik diri. Aku kagum dengan wanita cekal ini. Tahniah Prof. Prof dah inspire saya untuk struggle dalam apa jua benda yang kita lakukan. Terima kasih :')



Selamat hari wanita (8 Mac 2015)



P/s: Sempena hari wanita ni juga, aku dah terima satu berita yang aku rasa aku perlu terus cekal dan tabah dalam hidup. Stay strong, ibu.







Friday, February 20, 2015

Perempuan Sulung

Mungkin bagi sesetengah daripada kita menganggap cuti adalah masa rehat yang paling sesuai. Bebas daripada segala kerja, boleh keluar melepak dan sebagainya. Bagi aku pula, mungkin aku bebas daripada bebanan kerja assignment, kerja event universiti (kadang-kadang lah sebab biasanya cuti aku akan dipotong sebab aku join macam-macam event anjuran universiti) dan aku boleh melepak kat rumah buat apa yang aku suka. Tapi aku rasa aku takdelah cuti sangat pun sebenarnya.

Rutin aku setiap kali cuti semester seperti boleh diagak. Kalau tahun-tahun sebelumnya (masa Iqa dan Amin sekolah rendah), setiap pagi, aku kena hantar mereka ke sekolah, kemas rumah, jemur baju. Petang; ambil mereka dari sekolah, beli barang-barang, kalau rajin - masak, angkat baju kat jemuran. Malam; kalau diperlukan, tolong mereka buat kerja sekolah, lipat baju dan tidur. Rutin tu akan berulang setiap hari. Kalau ada tetamu datang, iya, tenaga extra diperlukan. Tolong beli barang, memasak di dapur, basuh pinggan mangkuk dan kemas rumah. Tahun ini, rutinnya masih sama, cuma aku tak perlu hantar-jemput adik dari sekolah sebab dua-dua stay kat asrama.

Aku takdelah rajin sangat. Sumpah aku pemalas, nak-nak bahagian kemas rumah dan memasak. Tapi kalau bukan aku yang boleh diharap, siapa lagi? Nak-nak bila aku pegang title 'perempuan sulung' dalam keluarga.

Kadang-kadang, bila aku rebel, aku seperti mempersoalkan abah dan ibu tentang pembahagian kerja. Kenapa mesti aku yang diharap untuk buat semua dari jemur baju, beli barang, ambil adik-adik, memasak, jaga orang sakit sehingga kemas rumah? Ia seperti menjadi satu kesalahan sekiranya rumah masih bersepah, atau kain yang dibasuh tak dijemur, atau pinggan mangkuk tidak dibasuh, atau tiada lauk dimasak sebab aku seolah-olah tiada alasan untuk mengelak melakukan semua pekerjaan, walaupun abang dan adik aku sedang bercuti. 

Aku terfikir, sebab aku perempuan kah?
Tapi Iqa pun perempuan, takpe je kalau dia tak tolong kat dapur atau kemas rumah?

Atau sebab aku dah besar?
Tapi Along, Amir pun dah besar juga. Boleh diharap juga.

Mungkin tu semua kerja perempuan?
Aku tak pernah rasa jemur baju atau basuh pinggan dikategorikan sebagai kerja perempuan. Tu semua kerja unisex. Kalau itu pun dikira sebagai kerja perempuan, kenapa aku juga yang kena menguruskan bahagian pembelian barang atau jemput adik dari sekolah?

Mungkin sebab aku perempuan sulung dalam keluarga. Aku pernah rebel, tak mahu tolong, duduk berkurung dalam bilik tapi aku tak betah. Lastly, aku keluar bilik, tengok ibu kat dapur memasak seorang, aku tak sampai hati. Aku basuh pinggan mangkuk di dapur atau buat apa yang terdaya untuk tolong ibu atau abah.

Syukur sebab masih dikurniakan sekelumit tanggungjawab walaupun aku agak..hurm..letih dengan tugasan-tugasan di rumah. Walaupun bisingnya aku membebel kepada Amin dan Iqa sebab bilik bersepah, dan berkali-kali juga mereka tarik muka sebab kena marah, aku rasa hidup. Ya, suasana tu hidup. 

Entah.. 

Mungkin sebab tanggungjawab-tanggungjawab ni juga lah aku yang dilihat seperti yang paling mampu berdikari.

Aku agak terharu sebenarnya apabila mana-mana ahli keluargaku yang sakit dan orang seperti memberikan acknowledgement kepada aku. Ambil sahaja contoh bila Amin atau ibu masuk wad, sesiapa yang melawat mesti akan kata, "nasib baik Angah tengah cuti, boleh Angah jaga.." Sama jugak macam arwah Che dulu. Orang seperti tertunggu-tunggu waktu cuti aku sebab mahu memberikan privilege untuk aku jaga. Aku pun masih tak tahu sama ada mereka yang seolah melepaskan tanggungjawab atau aku yang seperti dilihat paling competent untuk tugasan tu. Tapi aku positif jelah yang mereka percaya dengan aku.

Sekarang, aku macam tak kisah. Kau bersusah-susah pun untuk keluarga kau jugak. Mana lagi nak cari ganti? Tapi dalam masa yang sama, kalau ada pertolongan daripada mana-mana pihak sepanjang buat kerja tu, amat-amatlah dihargai.



P/s: Aku merapu apa pun tak tau ni. Macam emo pun ada jugak. Padahal ni benda biasa sajaaa.





Saturday, February 7, 2015

Signifikasi Ole-Ole

Beberapa minggu lepas (20-24 Januari 2015), aku dan beberapa orang teman mengikuti lawatan akademik ke negara jiran, Indonesia. Kami ke Pekanbaru, Bukittinggi dan Padang. Trip 4 hari yang aku kira sangat penuh dan mengujakan. Ya, kalau dilihat dari segi kemodenan, Malaysia jauh lebih maju, tapi ada sesetengah nilai yang ada pada Indonesia yang agak mengagumkan aku. Antaranya tentang kehebatan mereka memelihara kultur mereka. Sangat jelas dapat dilihat dari segi seni bina, penggunaan bahasa Indonesia pada papan tanda dan pakaian mereka.

Boleh dikatakan, kami menempuhi perjalanan yang agak panjang dan jauh. Hari pertama, kami tiba di Pekanbaru. Hari kedua, kami ke Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kassim yang terletak di Pekanbaru, kemudian ke Bukittingi. Pekanbaru ke Bukittinggi memakan masa 6-7 jam perjalanan. Pada hari ketiga, kami berjalan di sekitar Bukittinggi (i.e. Puncak Lawang, Pasar Atas dan Lobang Jepang). Pada malamnya pula, aku bersama dua orang teman menikmati makanan di sekitar pekan di Bukittinggi dan menonton wayang 9D. Cubaan mengutip sebanyak mungkin pengalaman di Bukittinggi, aku kira berjaya kerana keesokannya (hari keempat) pula kami ke Padang, melawat Universitas Andalas.

Aku kira aku agak ralat kerana tak berbelanja di Bukittinggi. Macam-macam benda boleh yang boleh dibelanjakan di situ (kain sulam, telekung, t-shirt, key-chain dan sebagainya), tapi mungkin mengenangkan yang aku harus 'save budget' sebab ada lagi kembara ke Padang keesokan harinya, aku ambil keputusan untuk membeli yang seadanya sahaja. Tapi bila tiba di Padang, suasana teramatlah menghampakan. Tiada kelibat pasar raya mahupun bazar yang boleh shopping dan aku ada lagi 770 rupiah untuk dihabiskan untuk satu malam sebelum berangkat pulang pada 24 Januari. Mengenangkan aku harus pulang ke Malaysia dengan tangan kosong, aku keseorangan meredah hujan lebat (fefeeling cerita melayu, babak awek patah hati lah kot gamaknya), masuk kedai demi kedai sebab nak cari kain sulam dan pakaian untuk keluarga. Sudahnya 600 rupiah dihabiskan untuk pakaian dan 100 rupiah untuk kuih-muih. Perasaan ketika itu agak puas tetapi sedih sebab mengenangkan ada cenderahati yang aku nak hadiahkan kepada kawan tak dijual sekitar Padang, tapi terubat lah juga sebab kami singgah ke kedai kek, jadi boleh lah bagi walaupun agak tak seberapa.

Hari berikutnya, apabila tiba di KLIA 2, kami berbondong-bondong dengan bagasi dan kotak-kotak makanan. Tapi ada seorang kawan yang kelihatan sangat slumber dan tenang membawa beg pakaian dan beg galas. Sepanjang keberadaannya di Indonesia pun, dia jarang mengikuti kami membeli-belah. Duitnya banyak digunakan menikmati makanan dan jus-jus buahan di sana. 

Aku tanya dia, "kau tak beli apa-apa ke untuk member or family?" 

Dia menjawab, "Aku bawa balik tiga benda untuk aku. Satu, cenderahati sebab aku jadi panel forum. Dua, model rumah minangkabau. Tiga, buku yang beli kat UIN SUSKA. Aku bukan apa.. Ayah aku dah selalu sangat keluar, jadi aku tak tahu nak beli apa untuk family aku. Nak beli makanan pun.. makanan akan habis nanti. Bila habis, takdelah kenangan tu.." 

"So, untuk member pun takde beli apa-apa lah? Berapa ratus rupiah lagi ada ngan kau sekarang?" 

Dia membalas, "untuk member.. aku tak tahu nak beli apa. Bukannya ada apa-apa sangat pun. Kadang-kadang diorang pergi pun, bukannya ada beli apa-apa untuk kita.." 

Aku mengangguk tanda faham. Agak berbeza pendapatnya dengan pendapat aku. Aku sanggup meredah hujan untuk menghabiskan rupiah, tapi dia masih membawa pulang ratusan rupiah. 

Mungkin kehairanan dengan pertanyaan demi pertanyaan, dia bertanyakan kenapa. Aku, apabila dah diberi peluang menjawab, seakan memberikan syarahan kecil kepadanya (macam membebel pun ada). Aku menerangkan kepadanya, kadang-kadang benda yang dibelikan mungkin dilihat sangat kecil, tapi signifikasi ole-ole sebenarnya besar. Nak-nak apabila kita membelikannya tanpa sebarang unsur paksaan untuk orang-orang yang kita sayang. Aku setiap kali ke mana-mana, aku kira, aku tak pernah gagal untuk spend duit walaupun sedikit, belikan apa jua barangan untuk keluarga dan teman rapat. Hatta makanan sekalipun, bila kita belikan untuk mereka, tanda kita membawa ingatan mereka sampai ke sana, dan bila kita memberikan kepada mereka, tanda kita seolah memberikan tinggalan jejak kita kepada mereka. At least, itu apa yang aku rasa tentang ole-ole.

Dia seperti terkesima dan tersengih sahaja. Mungkin terasa seperti di-bob-kan oleh aku.

Walaubagaimanapun, semua itu adalah common sense masing-masing. Mungkin aku je kot yang sentimental terhadap sesetengah perkara kecil.





Tuesday, February 3, 2015

Perihal Gender-bias dan Toleransi

Menghadiri satu talk Transgender anjuran Sahabat Yadim USIM tahun lepas (rujuk poster), salah seorang panel, Dr. Nik Salida ada memberitahu tentang perbezaan antara istilah Gender dan Sex. Menurutnya, Gender adalah sifat Maskulin atau Feminin seseorang, manakala Sex pula adalah Male atau Female. Kebanyakan orang salah anggap tentang maksud dua istilah ini. Seseorang yang transgender adalah mereka yang mengalami kecelaruan identiti dan sampai satu masa mengambil keputusan untuk mengubah alat kelaminnya.

First poster berbayar aku. Alhamdulillah
Menurutnya juga, tidak salah sekiranya seseorang yang ber-sex-kan male tetapi ber-gender-kan feminin, dan tak menjadi kesalahan juga sekiranya seseorang yang ber-sex-kan female tetapi bergenderkan maskulin. Tetapi orang kita kebanyakannya melarang seseorang lelaki yang bekerja sebagai Mak Andam dan adakalanya orang menegah perempuan yang bekerja sebagai pemandu. Beliau memberi satu contoh mudah, sebenarnya kita dididik seawal usia laki tentang pembahagian tugas dan tanggungjawab untuk anak-anak lelaki dan perempuan. Jika dilihat di dalam buku-buku cerita kanak-kanak atau buku latihan sekolah rendah, sering sahaja dilukis sosok ibu sedang memasak di dapur atau mengemas rumah, anak perempuan bermain anak patung, bapa dan abang sedang menonton televisyen.

Aku bukanlah mahu berkata tentang gender-equality/gender-bias tetapi situasi ini terlalu sering dilihat sehingga dianggap sebagai norma untuk perempuan membuat kerja-kerja rumah, lelaki bekerja mencari rezeki. Sehingga sampai suatu sudut, perempuan dilihat lemah dan tak mampu untuk survive tanpa lelaki dan lelaki pula sering mengharapkan wanita untuk melakukan kerja-kerja rumah. Aku tak generalisasikan kenyataan aku, tapi aku kira rata-rata daripada kita memang begitu lebih-lebih lagi bila berbicara soal kerja-kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah dan mengurus pakaian. Perempuan Malaysia sekarang sangat terbuka soal kerjaya, rata-rata daripada mereka (terutama yang tinggal di kawasan urban, kebanyakannya mempunyai kerjaya), jadi soal wanita dilarang bekerja bukanlah isu utama dalam negara kita.

Mungkin isu yang berkaitan pembahagian kerja rumah adalah isu yang sangat picisan. Standard lah perempuan kena buat kerja rumah, masak, uruskan pakaian, kemas rumah, jaga anak semua. Standard lah lelaki kerja, buang sampah, beli barang, bayar bil, baca paper, tengok tv. Tak perlu dibangkitkan pun. Tapi aku rasa soal toleransi dalam rumah tangga adalah sangat penting. Kalau dah perempuan aje yang menguruskan rumah tangga, dalam masa yang sama bekerja (bagi yang bekerja), boleh jadi lelah juga.

Bukannya susah nak ringankan tangan menolong. Perempuan pula, kalau lelaki dah tolong, pandai-pandailah menghargai, yang duk complain semedang, kenapa?



Sunday, February 1, 2015

Perihal Ego

Kadang-kadang, aku terfikir kenapa sesetengah daripada kita terlalu diuji dengan perasaan bersalah yang menebal dan ada sesetengah yang lain asyik mahu tunding jari dan menyatakan semua adalah kesalahan orang lain.

Ini bukan soal iman siapa yang kuat atau lemah. Tak lain tak bukan, soal ego.

Tiada egokah mereka yang sering merasa bersalah dan tinggikah ego mereka yang menunding jari?

Makin aku fikir, makin susah untuk aku hadam perangai manusia.




Tuesday, January 27, 2015

Cinta Rasuah

Perbualan bersama seorang rakan, Mirali di sebuah restoran di Nilai, usai tamat peperiksaan semester lima. Aku dan dia memang selalu lepak di kedai makan, sampai berjam-jam lamanya, membincangkan entah apa-apa topik.

"Aku rasa cinta ni macam rasuah..." kata aku, menukar topik perbualan.

"Kenapa?" Tanyanya kehairanan. Mungkin pelik tiba-tiba topik itu keluar tanpa sebarang pengenalan.

"Takdelah. Sebab kau boleh buat orang jatuh cinta dengan hanya memberi. Kau bagi, bagi, lama-lama orang rasa terhutang budi. Kalau kau tak bagi, lama-lama rasa tu memudar..."

Dia menarik hela dan berkata, "salah tu.. aku tak rasa cinta tu rasuah. Kau bagi rasuah dekat orang yang kau benci. Tapi kalau sekejap ada, sekejap takde tu, normal lah. Sebab tu kena selalu semai..."

'Nice point buddy', kataku dalam hati sambil mengangguk.
"Jadi, cinta tu umpama baja?"


"Haha. Pun boleh lah. Lawak lah berfalsafah cinta waktu tengah hari terik ni. Dah 2 jam lebih kita kat sini tahu? Kesian orang lain nak makan. Jom balik..."

Kadang-kadang, kau hanya perlukan kawan yang mampu layan karenah kau tanpa sebarang rungutan.

Terima kasih teman :)