Sunday, November 9, 2014

Rapuh


Perasaan yang paling rapuh
-- apabila kau rindu pada yang telah tiada




Disebabkan memori telefon aku hampir penuh, telefon selalu hang, aku decide untuk membuang separuh gambar yang sudah pun dibluetoothkan ke laptop. Memang terlalu banyak gambar untuk seorang pencinta memori seperti aku. Hatta gambar zaman sekolah, tamhidi, awal-awal tahun pengajian degree masih tersimpan rapi di dalam telefon walaupun sudah pun dipindahkan ke laptop. 

Ketika membelek-belek dan memilih gambar untuk dibuang, aku ternampak gambar-gambar kenangan aku bersama arwah Che. Terlalu banyak gambar kenangan. Aku membuka kesemua gambar tersebut. Gambar selfie bersama, gambar ketika hari raya, gambar aku menemaninya ke hospital dan sebagainya. Aku tak dapat menahan sebak. Serta-merta air mata seakan mahu mengalir keluar. Cepat-cepat aku menahan sebak dan bajet cool di hadapan kawan-kawan rumahku.



30072013 | Tangan aku dan tangan Che
Tak mungkin aku lupa tangan tua ini yang berupaya membesarkan anak cucunya dengan tabah hati dan penuh cinta


Tak lama selepas itu, Nani whatsapp aku. Rindu katanya. Sungguh melankolik rasanya. Ketika aku rindukan yang telah tiada, Nani berkata alangkah bagusnya kalau aku berada di sampingnya, duduk bersama, berkongsi cerita bersama-sama. Aku memberitahunya rasa rinduku terhadap Che. Nani berkata instinct kami kuat. Perasaan rindunya menebal terhadapku, mungkin kerana dapat merasai mood aku yang agak melankolik.

Nani berkata, "Hanis.. Mu cucu yang baik... Sedekahkan al-fatihah dan Yassin untuk dia.."

Aku terimbas saat Che menghembuskan nafasnya yang terakhir (23 Jun 2014). Ketika itu, aku sedang berhadapan dengan peperiksaan akhir sem 4. Sewaktu itu, aku dan budak-budak rumah yang lain baru selesai solat jemaah Maghrib bersama-sama dan berbuka puasa bersama-sama (tu first time kami buat aktiviti macam tu anyway). Telefon aku langsung aku tak sentuh sebab tengah dicas. Tak lama selepas itu, Along telefon, memberitahu berita kematian Che. Aku terkejut, tak mampu berkata apa-apa. Solat isyak dalam keadaan tersedu dan menangis. Sepanjang malam aku menangis. Bukan tak mampu nak menerima berita ini.. Tapi mungkin aku sudah setkan dalam minda yang aku akan menjaganya sepanjang cuti dua bulan. Mungkin juga aku mengenangkan hakikat yang aku tidak mampu memberikannya penghormatan terakhir kerana peperiksaan yang berturut-turut selama 4 hari.

Keluarga-keluargaku yang lain menenangkan aku. Kebanyakannya berkata, "Angah dah banyak jaga Che selama ni.. Banyak dah jasa Angah dekat Che.. Terima kasih Ngah.. Jangan sedih-sedih" Tapi mana mungkin aku tak sedih. Masa yang aku luang bersamanya juga sangat lama. Tidur bersama, menemaninya ke hospital, menyediakan makan, minum, pakai buatnya setiap hari, setiap kali cuti. Sungguh, kehilangan Che merupakan kehilangan yang cukup besar pernah aku rasa. Aku masih rasa yang aku belum serve well untuknya hatta sehingga sekarang. 


That feeling somehow... Fragile


Tetapi, aku bersyukur kerana menjadi orang kepercayaan keluarga untuk menjaganya. Sungguh, itu pengalaman yang tak mungkin aku lupa.. Aku berdoa.. Dengan masa yang masih ada, moga aku dapat menaburkan jasa kepada kedua-dua ibu dan abah..



Moga arwah Che dan semua yang telah tiada tenang di sana.
Al-fatihah..







1 comment:

Satu kata memberikan sejuta makna