Sunday, October 26, 2014

Harapan Abah 01: Monolog Penulisan

Terlalu banyak benda berlaku sampai tak mampu teringat, tak mampu tertaip apatah lagi terkenang. Saban waktu, aku kerap mengunjungi blog untuk mencurahkan sisa-sisa perasaan dan pemikiran, tetapi sudahnya aku hanya tinggalkan draf yang tidak berkesudahan.

Mungkin makin lama, pendam lagi bagus?
Atau skil penulisan aku sudah pun kelaut?
Atau bilangan pengunjung yang sudah tiada? 
(ah, aku tak kisah.. aku lagi suka begini sebenarnya. Tak perlu tulis to impress)
Atau aku malas? 
(Last punya alasan paling prevail!)

Apa-apa pun.. Cerita 26 Oktober 2014, Jam 0030 di KLIA



Semalam, alhamdulillah, rombongan haji KT 40 selamat tiba di KLIA. Aku antara khalayak yang berada di depan, dengan tenang dan sabar menanti ketibaan ibu dan abah. Sementara menanti, aku memerhatikan gelagat mereka yang sudah tiba. Hati kecil aku bertanya, "kenapa mesti nangis tiap kali rombongan haji sampai?" dan aku terus memerhati dan menanti kemunculan dua sosok yang aku rindui. Soalan itu terjawab sehinggalah hampir sejam aku menanti. Betapa tak terkata hati saat melihat kedua-dua manusia yang aku rindui itu. Ya, itulah jawapannya -- rindu

Aku bawa bersama album gambar untuk dihadiahkan kepada bibik. Aku suakan kepada abah. Abah membaca nota kecil yang aku sertakan di dalam album. Abah betul-betul menghayati penulisan ringkas aku. Seketika, dia memandang mataku dan berkata, "antara lima orang anak abah, kakak je yang menulis. Betul-betul anak abah.." Abah terlalu suka apabila aku menulis. Saat itu, aku rasa keikhlasan pada bait katanya, sebak terasa. Betapa aku rasa aku sudah tidak terlalu rapat dengan beliau sejak membesar. Padahal, mereka kata, muka aku lebih mirip kepada beliau. Sifat-sifat aku juga agak mirip dengan beliau. Pendek kata, apa yang mereka lihat pada aku, mengingatkan mereka tentang abah.

Berbalik kepada niat asal aku berblogspot adalah untuk mengumpul cebisan penulisan picisan yang aku sendiri akan baca kelak. Aku akan terus menulis walau tiada yang membaca sebab pokoknya aku menulis untuk aku -- metamorfosis hidup aku.