Wednesday, August 20, 2014

Pesan Ibu 02: Rezeki


Gambar hiasan

Ibu boleh dikatakan sebagai angel bagi aku. Tak pernah lokek nak tolong orang walaupun diri dalam kesusahan. Walau ada sahaja keluhan yang akan keluar daripada mulutnya, tapi hanya kami sahaja yang tahu. 

Aku tahu ini mungkin sikap biasa. Tolong orang itu perkara biasa. Menderma, senyum dan sebagainya. Tapi, tak semua boleh buat benda tu seikhlas hati. Ambil contoh aku lah. Mungkin aku boleh memaniskan muka semanis-manisnya bila orang minta tolong, tapi jauh di sudut hati, aku menyinga. Kadang-kadang tersembul keluar juga sikap 'menyinga' tu. Tarik muka, senyap dan tak senyum.

Tapi ibu, walau aku tak tahu sedalam mana tahap keikhlasannya, aku dapat baca daripada reaksi orang. Orang amat menyenangi dia. Lihat sahaja baru-baru ini. Dia dimasukkan ke dalam hospital kerana denggi. Agak lama durasinya (9 Ogos 2014 - 17 Ogos 2014). Dalam tempoh tersebut, 4 hari dia di ICU. Bagi aku, tu antara kesedihan terbesar bila melihat seorang angel jatuh sakit.

Ramai sangat kawan-kawannya datang menziarah. Tak kurang juga keluarga-keluarga yang lain. Aku terharu dengan sokongan mereka. Padahal, ada yang jauh di KL sana, sanggup meredah perjalanan jauh untuk bagi sokongan.Tabahnya ibu dalam kesakitan pun, masih mampu melayan mereka. Saat tu, aku terfikir. "Apa sebenarnya yang istimewa tentang ibu, sampaikan sokongan maha dahsyat? Kalau aku yang berada di posisi dia, ada ke orang nak ziarah aku sampai macam tu?" 

Jadi, aku buat penaakulan sendiri. Ibu sangat pemurah. Jarang ditinggalnya solat dhuha. Apa yang termampu, diberinya kepada mereka yang lebih memerlukan.

Ibu selalu pesan:
"Duit yang kita sedekah tu lah sebenarnya duit kita. Duit yang kita ada sekarang ni tak semestinya duit kita. Kita guna, belanja untuk diri. Sudahnya labur macam tu je.."
"Jangan tarik muka kalau tetamu datang. Tetamu datang ni bawa berkat. Susah macam mana pun kita, raikan mereka.." 
"Biasa-biasakan diri solat dhuha. Buka pintu rezeki. Rezeki yang datang tak semestinya dalam bentuk duit atau hadiah. Boleh jadi kesenangan dalam urusan dan kesihatan.."
Aku teringat satu situasi semasa bulan puasa. Masa tu, aku yang merangkap driver dan peneman shopping ibu ke mana-mana, memang masak benar dengan perangainya yang suka berbelanja untuk keluarganya (dibaca suami, anak-anak, ibu mertua dan anak saudaranya). Singgah di kedai yang menjual baju melayu, ibu dan aku memilih baju melayu untuk abah, along, Amir dan Amin. Tak lama selepas itu, ada seorang kanak-kanak lingkungan tujuh tahun masuk ke kedai. Serta-merta ibu menyuruh aku mencari baju melayu untuk Syakir dan Iwan. Dua-dua kanak-kanak ni merupakan anak kepada pasangan yang kami kenal masa Amin di wad 2 tahun lepas. Keluarganya tidaklah tergolong dalam kalangan berada. Jadi, ibu terus buat keputusan nak belikan sepasang baju melayu buat mereka berdua.

Selesai urusan, kami pulang ke rumah. Ternampak sebuah kereta dekat kawasan rumah. Aku tak kenal makcik dan pakcik tu tapi dia seolah mencari seseorang. Rupa-rupanya mereka adalah kawan abah. Datang ke rumah dengan tujuan memberikan sebuah hamper. Terkejut. Hamper besar. Mungkin nilainya mampu menjangkau RM100++ bila melihat kepada makanan dan minuman dalam balutan yang besar itu.

Rezeki Allah, siapa yang duga? On the spot Allah balas.

Monday, August 18, 2014

Pesan Ibu 01: Memasak

Aku rasa sejak membesar ni, banyak masa aku spend dengan ibu. Walhal, masa kecil, aku amat-amatlah anak abah. Sampaikan abah pernah cerita yang aku masa kecil, taknak duduk belakang atau atas riba ibu. Nak duduk kat abah je even abah tengah drive masa tu. So, waktu spend masa dengan ibu, banyak benda yang kitorang kongsi. Jadi, aku rasa nak tulis 'Pesan Ibu' ni ikut topik. 'Pesan Abah' pun ada jugak, tapi episod dia maybe tak sebanyak pesan ibu.



Perihal memasak.


Aku dah diajar untuk masuk ke dapur seawal masuk usia belasan tahun. Malaslah macam mana sekalipun, ibu akan paksa juga aku duduk kat dapur. Tolong kopek bawang, potong cili, kentang dan sebagainya. Dah besar sikit, ibu ajar cara nak siang ayam, ikan, udang, sotong & etc. Tipulah kalau aku ni redha orangnya. Senang je nak tolong ibu dengan muka yang senang hati. Jiwa mana yang tak memberontak. Muda-muda lagi dah kena masuk dapur. Menyumpah tu memang ada. Tarik muka pun wajib. Aku tengah syok-syok layan facebook, twitter, tengok tv, ada jeee benda ibu suruh. Kadang-kadang cemburu bila melihat rakan seusia boleh luang banyak masa depan laptop atau buat apa-apa yang diorang suka tanpa perlu masuk ke dapur. Masuk pun untuk makan je.

Tapi, aku sedar bila berlaku satu insiden.

Insiden tu menyebabkan aku sedar peri pentingnya kewujudan aku sebagai anak dekat rumah. Betapa pentingnya pergaulan 'parents-children' kat rumah. Betapa sucknya bila masa sering dihabiskan depan laptop atau telefon sebab nak menghadap social networking. Insiden tu menyebabkan ibu terasa dengan aku sampai petala kelapan. Hanya kerana sehelai kain yang aku gosok terbakar sedikit di bahagian hujungnya.

Sejak itu aku faham erti mengdevotekan diri untuk keluarga. 

Aku belajar yang memasak juga merupakan salah satu devotion. Kalau itu yang membuatkan mereka bahagia, aku harus belajar. Maklum pula, aku anak perempuan sulung dalam keluarga. Cuti-cuti sem seterusnya, aku tak lagi spend masa berjam-jam depan laptop. Sampaikan tengok laptop pun aku dah jelak. Cukuplah berbulan-bulan aku menghadap laptop untuk menyiapkan tugasan assignment dan bikin poster.

Cuti sem sekarang menjadi eksperimen untuk aku buat cubaan memasak. (kat Uni, almost takde masa nak masak, sibuk dengan macam-macam benda) Alhamdulillah, nak kata expert gila-gila tu takdelah. Cuma kalau nak masak tu, bahan-bahan dan cara-cara nak masak semua dalam kepala.

Ibu pun selalu kata, 
"kalau anak ibu pandai masak, takdelah ibu malu nak lepas anak ibu dekat mertua.. jatuh saham ibu dengan biras ibu kalau anak ibu tak reti memasak.."

Poinnya bukan sebab memasak untuk bakal mertua ke apa. Bagi aku, tu benda sampingan dan bonus kalau seseorang pandai memasak. Kadang-kadang ibu panggil aku ke dapur bukan untuk tujuan nak suruh tolong, tetapi hanya sebagai peneman. Poin penting di sini, banyak perkara dan falsafah yang bakal kita belajar bila berada di dapur. Oleh kerana sang ibu yang sinonimnya berada di dapur, kita bakal belajar tentang resipi, soft skill (cara-cara memotong dan menyiang dengan betul), fatamorgana kehidupan dan perkongsian pandangan dengannya.

So, rajin-rajinkanlah diri masuk dapur bagi yang perempuan ni. Tak rugi.



P/s: Peh. Ni bukan nak naikkan saham diri ke apa. Just untuk catatan peringatan buat diri kala lupa.