Monday, January 27, 2014

Mereka mengajarku

Insiden di Hospital USM, Kubang Kerian.

Sewaktu menunggu ketibaan abang aku untuk menjemput aku dengan nenek aku di sana semalam, aku terhibur melihat keletah dua orang kanak-kanak. Berbasa-basi, aku pun menghulurkan tangan, tanda salam. Sambil mulut mengungkapkan "Salam..."

Budak dua orang tu menyambut salamku. Aku meramahkan lagi bertanya, "nama apa dik, umur berapa?"

"Tengku Fasihah Aqilah.. Adik nama Amanda" Memang kebiasaan budak akan menjawab nama panjang bila ditanya. Tapi nama yang sorang lagi, pendek pun takpe. 

"Panjangnya nama.. Nak panggil apa?" Tapi, dia still menyebut nama panjangnya. Aku tergelak sendiri. "Umur berapa dik?" Tanyaku lagi

"Umur lima tahun, adik umur.. emm.. lima..." 

"Aik, lima jugak?" Obviously budak-budak memang akan tahu lebih pasal diri mereka.

"Akak umur berapa?" Tanyanya sambil tangan mula menyentuh headphone yang aku pakai

"Teka.." 

"Em.. Enam tahun?"

LOL. Memang jauh sangat tu enam tahun. Aku yang menjangkau usia awal 20-an ni tergelak sendiri. Dia memandangku tanpa memahami. Tersengih. Mungkin dia merasakan telahannya benar. Aku membetulkan jawapan, memberitahu usia sebenarku. Somehow, aku rasa sangat tua. Mungkin aku dulu pun begitu. Innocent.

Dia membilang jarinya. Memang umur akak sudah tidak cukup jari pun dik. Setelah itu, dia mula belajar membilang dan menyuruhku meneka. Permainan budak kecil sememangnya sangat mudah. Tak perlu sesuatu yang kritikal. Cukup jika dia merasakan kasih sayang sewaktu berada dalam dunianya..

Tiba-tiba telefonku berdering. Panggilan daripada abangku. Dia sudah sampai, dan aku terfikir, bagaimana seharusnya aku mengucapkan selamat tinggal untuk pertemuan sementara dengan si cilik ini. Dia memandangku, seolah memahami.

"Em, dik.. Akak kena balik dulu..." Ucapku perlahan.

"Alaa.. akak nak pergi mana?" Matanya memang tepat memandangku

"Akak kena balik rumah sebab abang akak dah sampai" Sambil mengemas-ngemas beg tangan.

"Oh, ok.. Nak sayang sikit.." Terus dia bangun dan mencium pipi kiri dan kananku. Neneknya yang berada di situ tersenyum. Tindakan drastiknya menyebabkan aku tersentuh. Membalas ciuman di pipinya juga.

Dia tersenyum. Aku membuka aplikasi kamera dan menghalakan ke arah mereka. Secara spontan, mereka posing dan senyum. *save*


"Kita jumpa esok ye kak kat sini?" 

Terkelu lidahku. Tak mahu menipu. Sememangnya aku tak suka ditipu sedari kecil lagi. Aku memandang muka comel dia dan adiknya. Masih lagi tersenyum memandangku. Aku mengangguk perlahan. Dalam hati, macam mana kalau dia tunggu aku kat sini esok? Aku memandang neneknya, mengharapkan beliau memahami getar hati. Neneknya tersenyum memandangku dan memanggil cucunya.

Aku bingkas bangun dari situ dan menolak wheelchair nenekku dan keluar dari farmasi. Sebelum keluar, sempat aku memandang ke arah mereka. Mereka masih tersenyum sambil melambai-lambai sehinggalah aku hilang dari pandangan.

And the rest is history.

****************

Dan hari ini, aku berdoa agar mereka tidak menungguku. Tidak menganggap aku seorang penipu. Betapa kanak-kanak sangat mempunyai hati yang luhur nan suci.

Dan disebabkan insiden yang tidak sampai sejam itu, aku rasa aku belajar sesuatu yang bermakna, 

"Be kind to everybody you meet even though you might not see them again"

Akak akan ingat awak sampai bila-bila, insyaAllah. Terima kasih untuk peristiwa hari ni :')



P/s: Setelah 4 bulan tanpa sebarang blog post, aku memang kekok nak kembali menulis. Aku mahu tulis sesuatu yang lebih matang as comeback. Tapi, still, aku perlukan banyak pembacaan untuk menulis benda yang lebih matang. So, entry comeback kali ni aku rasa biarlah sesuatu yang ringan tapi bagiku bukanlah simplistik. Mereka mengajarku.

P/s 2: Aku rasa ni pengaruh novel dan cerpen sampai terbawa-bawa elemen baku dalam penulisan. Haha

P/s 3: Terkejut aku meneliti ada beberapa draf sebagai percubaan menulis entry sebelum-sebelum ni. Tapi malas+busy yang amat menyebabkan aku tak mampu nak menyambung draf2 tersebut