Sunday, September 1, 2013

Ulasan Novel: Dwilogi Padang Bulan (Bhg. 1)

Ni lah novelnya.
Belah depan: Padang Bulan
Belah belakang: Cinta di dalam Gelas


Sedar tak sedar dah nak berakhir dah cuti 2 bulan kat rumah. Keazaman nak update blog terbantut sebab macam2 hal kat rumah. So, aku isi masa aku dengan baca novel. Seperti yang dinyatakan di title, aku nak buat ulasan Dwilogi Novel Padang Bulan karangan Andrea Hirata. Tapi disebabkan ni adalah dwilogi (dua novel), aku akan mulakan dengan novel yang pertama: Padang Bulan.

Jujurnya, novel ni aku beli 2 tahun lepas lagi, tapi aku selalu bermalas-malasan nak baca, sehinggalah cuti baru-baru ni bila terdengar lagu 'Tegar - Aku yang dulu bukanlah yang sekarang,' terus teringat kisah salah satu watak dalam novel ni -- Enong.

Secara holistiknya, novel Padang Bulan mengisahkan tentang dua watak utama dalam cerita ini; Enong dan Ikal.

  • Enong merupakan seorang gadis melayu yang agak dhaif kehidupannya. Merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik kepada pasangan Syalimah & Zamzani. Plot kehidupannya bermula apabila dia yang begitu meminati subjek Bahasa Inggeris telah kematian ayahnya seawal usia 12 tahun. Sejurus selepas itu, dia terpaksa berhenti sekolah demi menyambung kehidupan dan menyara ibu serta adik beradiknya. Pelbagai dugaan menyenggah hidupnya ketika dia mula mencari kerja.


  • Manakala, Ikal pula hadir dengan kisah cintanya -- Bagaimana dia seorang lelaki melayu kampung yang berusaha untuk merebut cinta seorang gadis Tionghua, A Ling daripada seorang lelaki Tionghua yang lengkap serba serbi bernama Zinar. Pelbagai spekulasi & andaian telah dilemparkan terhadap Zinar & A Ling. Dia juga sehingga sanggup bermati-matian menentang Zinar demi membuktikan kepada A Ling betapa agungnya dia berbanding dengan Zinar.

Pada awalnya, aku agak confuse dengan mozek (bab) dalam novel ni. Sebab aku sendiri yang harus menemukan plot penceritaan. Sekejap cerita pasal Enong, di bab seterusnya tiba-tiba muncul pasal Hujan 23 Oktober. Bab seterusnya Andrea menceritakan tentang gadis Tionghua, A Ling. Kemudian, tentang Detektif M. Nur, Jose Rizal, Ikal & sebagainya. Aku yang kepeningan terus baca dan baca sehinggalah aku menemui satu mozek di mana Ikal & Enong bertemu. Barulah ku mengerti, terdapat 2 watak utama yang bakal bergandingan untuk melengkapkan plot penceritaan. Thrilling, aite? :)

Ok, apa yang aku boleh konklusikan daripada novel ni? Aku ulaskan dalam bentuk poin je lah ye.
#1. Kisah Cinta nan Suci
Awal-awal penceritaan lagi telah diperkenalkan watak ibu Enong, Syalimah betapa dia tidak sukakan kejutan kerana kejutan hanyalah untuk orang kaya. Tetapi, sekonyong-konyongnya Zamzani telah menghadiahkan isterinya sebuah basikal yang telah jadi idamannya sejak empat tahun lalu. Walaupun agak remeh di mata orang kaya, tetapi itulah hadiah yang paling bermakna buat dirinya.

Ada juga diceritakan pada awal-awal, bagaimana Zamzani dan Syalimah berkenalan ketika masih kecil, sewaktu mengaji Al-Quran. Kedua-duanya pintar sekali tetapi semata-mata mahu berlama-lamaan untuk saling mengenali, masing-masing tidak mahu habis cepat sehingga dimarahi tok guru mengaji. (tang ni memang aku sengih sorang-sorang)

Syalimah pon sering membayangkan betapa indahnya hidup, dia dapat bersama-sama suami dan anak-anaknya ke pasar malam di Manggar dengan bergendong-gendongan ke sana menaiki 3 buah basikal. Harmoni sungguh rasanya menjadi orang kampung yang sangat sederhana dan bersyukur dengan apa yang ada. Aku rasa betapa kasihnya Syalimah terhadap Zamzani dan tak pernah merungut pasal kehidupan mereka anak-beranak.

Dia terus menunggu suaminya untuk memberitahu bahawa dia sangat gembira menerima kejutan tersebut. Tetapi. apakan daya, suaminya tidak pulang-pulang. Bahkan, Sirun tiba dan memberitahunya, Zamzani tertimbun tanah! Part ni memang satu lagi kejutan bagi aku. Panas tak sampai petang, hujan di tengah hari. Terus lenyap semua impian Syalimah dan bermulalah episod Enong menyara keluarganya.
#2. Ketabahan Hidup Enong

Selepas ayah Enong meninggal, Enong terpaksa berhenti sekolah demi menyara kehidupan ibu dan tiga adiknya. Nyata dia agak terpukul dengan pandangan orang yang memandang simpati terhadapnya, apatah lagi dia sedar tanggungjawab anak sulung. Sangat sedih membaca payah jerih kisah Enong. Betapa kecil dan lemahnya fizikal dia sehingga orang tidak mahu menggajinya untuk bekerja di kilang, kedai atau pasar. Enong pernah tidur di kaki lima, pernah menyarung beberapa helai baju ibunya untuk menampakkan dirinya 'dewasa' tetapi nyata kaedah itu takkan berjaya. 

Memang bukan senang jadi pendulang

Akhirnya, Enong pulang ke kampung halaman dan nekad untuk bekerja sebagai pendulang timah. Kerjaya sebagai pendulang sangat-sangat berat. Betapa dia nekad untuk mengubah nasibnya dan tak pernah merungut. Lama sekali Enong baru berhasil untuk mendapatkan timah. Ejekan orang bertalu-talu tidak pernah membantutkan semangatnya. Bahkan, dia berjaya membuktikan bahawa dia boleh menjadi pendulang timah wanita pertama di kampungnya seawal usia 14 tahun! Sebab tu aku kata awal-awal tadi, baca kisah Enong ingat kat lagu Tegar tu. Sebak sangat baca time ni.
#3. Kesungguhan Mengejar Cita-Cita
 Yang ni boleh dikatakan berlaku kat dua-dua watak utama.

Enong walaupun telah menjadi pendulang timah, namun cita-citanya untuk belajar Bahasa Inggeris tidak pernah pudar daripada ingatannya. Aku paling kagum bila Enong sanggup menyimpan katalog-katalog demi mencari makna perkataan yang dijumpainya. Oh ya, dia mempunyai sebuah kamus yang dihadiahkan oleh bapanya sebelum ayahnya meninggal, 'Kamus Bahasa Inggeris Satu Milyar Kata'. Kata-kata yang diungkapkan oleh ayahnya di dalam kamus pemberian tersebut menguatkan lagi semangatnya untuk meneruskan cita-cita tu.

Sampai satu ketika, Enong pun mengikuti kursus Bahasa Inggeris, Trendy English Course yang umumnya disertai oleh remaja. Enong ketika menyertai kursus tersebut, ramai menyangkannya seorang ibu. Namun berkat kesungguhan dan semangat, pada akhirnya Enong merupakan antara pelajar Top 5. Enong tidak pernah mengalah kerana berpegang kepada tiga perkataan yang tampak hebat dijumpainya di dalam kamus; Sacrifice, Honesty & Freedom

Ikal pula dengan kisah cintanya. Bagaimana dia berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi hati A Ling setelah mengetahui perihal Zinar. Pada mulanya, Ikal telah berputus asa kerana dia tahu dia tidak akan pernah dapat mengalahkan Zinar dan akan pergi ke Jakarta untuk bekerja, namun dia ternampak bahawa dia seakan 'loser' sekiranya menyerah. Terus, dia keluar dengan pelbagai rencana untuk melawan Zinar. Tak pernah main catur, terus dia belajar main catur. Dia juga sanggup masuk perlawanan pingpong dan bola sepak untuk kalahkan Zinar. Tapi akhirnya, dia yang dikalahkan.

Ikal, suatu ketika, ternampak satu katalog Enong tentang impian untuk meninggikan badannya. Impian Empat Sentimeter katanya. Sebab bila dia dah dapat lunaskan impiannya, dia fikir A Ling akan kembali kepadanya. Dapatlah dia membonceng A Ling tanpa perlu menjingkitkan kakinya.

Sudahnya, alat meninggikan badan tu menjadi satu alat yang boleh membunuh dirinya. Haha. Time ni memang berdekah-dekah aku baca. Poinnya kat sini, aku tetap kagum dengan semangat Ikal yang nak memenangi hati A Ling meskipun dia tahu Zinar bukanlah lawannya.
#4. Jadilah Tuli untuk Berjaya
Selain Enong, aku rasa watak yang ada moral ni adalah Detektif M. Nur. Detektif M. Nur ni asalnya adalah kawan Ikal sejak sekolah. Orang kampung ramai menganggapya seorang yang tidak betul lantaran dia menggelarkan dirinya detektif. Tetapi bukan main-main, orang kampung terkedu apabila dia telah berjaya menyelesaikan misteri kehilangan gigi palsu Lim Phok. Kecerdasannya berfikir menyebabkan orang mengangkatnya sebagai seorang detektif kampung. 

Dia siap ada burung merpati pos yang diberi nama, Jose Rizal sebagai telepatinya. Segala maklumat perisikan tentang A Ling dan Zinar akan disampaikan kepada Ikal melalui burung ini. Gila lah. Sangat comel!

Aku terbayang inilah Jose Rizal



***********

Oh, peleraian novel? Macam mana kisah Ikal? Nak tahu ke? Haha. Baca sendiri, baru feel. Sebenarnya, banyak lagi moral yang boleh dapat daripada bahagian pertama novel ni. Bahasa yang Andrea Hirata gunakan sangat sinis dan lucu. Tapi part Enong masa awal-awal tu sangat menyentuh hati. Serius seperti mahu ulang baca. Tapi banyak lagi buku yang mahu dibaca. hehe.


P/s: kali pertama aku review sendiri novel. Maaflah sebab aku tak tahu macam mana nak review bak pro. Aku pakai hentam keromo je. Rasa seperti semua plot mahu diceritakan.









5 comments:

  1. Aiyyyaaaa.. bestnyaaaa... rasa cam nak baca jugak la.. hahah.. aku suka dengan suasana orang kampung ni. And dapat hayati babak2 dalam citer ni.. eiii..
    nak bacaaa!!!


    haha.. btw, anda boleh dapat A++ da dengan ulasan ni.. hahah.. bahasa baku betolla.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Please baca untuk dapat feel. Memang buku ni recommended untuk semua. Boost terus semangat.

      Waahh. Ngan cg. Gha pon xpernah dpt A++. Mekasih la pemeriksa :p

      Delete
  2. Tau takpeeee nissss . Gilos baku beku freezer ahahaha .

    Weh kat mane nak kaut buku nieeee ? Cammm best gilakk .

    Tapi serius macam RAM punya cite . Bab nie cite lain bab tu cite lain . Sape takreti baca novel thriller , sure fenin fengsan haha .

    Nis , jadi nobelis aah haha !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suhu takat beku 0°C. Ni suhu berapa? Lol.

      Tgk mph online ada lagi rasanya. Aku dulu beli buku ni sbb cover dia unik. Mmg aku judge a book by its cover :p

      Nobelis? Imaginasi aku tak melampau lagi. Haha.

      Delete
  3. macam novel indonesia based on penulis and watak2 dalam ni.. kalau betul memang susah aku nak bace sebab bahase indon ni memang susah nak faham.. tapi memang detail ko kaji novel ni sampai leh cari moral2 sekali..

    ReplyDelete

Satu kata memberikan sejuta makna