Friday, December 21, 2012

Respectu

Minggu yang padat, nak hantar semua assignment & nak selesaikan yang mana tertunggak. Lol. Perkara cliche yang akan berlaku time2 macam ni; "Kalau laa tak tangguh kerja duluu..." Nampak permainan 'kalau' di situ. Cait...

Sepanjang 1 sem yang dah nak habis, apa yang aku boleh cakap, dari segi silibus, aku rasa menarik time foundation lagi. Kitorang di'assign' dengan forum, debate, public speaking & so on (both in Arabic & English language), where else sem 1 degree ni a bit academic thing laa. Banyak duduk & dengar apa yang lecturer sampaikan which a bit boring to me. Oh my~

Tapi apa yang menarik bagi aku sem ni adalah, lecturer yang sangat-sangat sporting. 2 Indian lecturers untuk subjek English 1 & English 2. Both are open-minded. Ustaz-ustaz yang berpengetahuan luas dalam bidang-bidang agama untuk subjek Arab 1 & Arab 2. Banyak gila subjek bahasa! 2 subjek bahasa arab & bahasa inggeris untuk 4 kemahiran; Listening/Istima', Writing/Kitabah, Reading/Qiraah & Speaking/Muhadasah. Enough with intro. lol.

What catches my attention throughout this one sem is lecturer BI 2, Dr. Jey. Apa yang aku boleh cakap, dia sangat2 logical & critical thinker. Kalau masuk debate, memang rasanya dia je la bolot semua. Senang gila kitorang ter'influence' dengan kata-kata dia. Make sense too, semua ideologi dia.

Sepanjang 1 sem ni rasa cam, "Ya Allah, bagilah hidayah kat dia. Bukalah pintu hati dia..." He's a non-muslim. Indian to be exact but he always speaks good things about Islam. Kadang2 aku tertanya2 gak dia ni agnostic ke? For instance, dia cakap,
"Islam is simple, Allah had given the guideline i.e the 5 pillars of Islam. Muslims just have to follow these 5 pillars of Islam. It's perfect and you don't need to pierce or to hurt yourselves just like Hindus do during Thaipusam. *no offence here.*
  • Recite Syahadah
  • Pray 5 times
  • Fast during the fasting month
  • Zakat
  • Perform hajj

Aku rasa cam, Ya Allah, dia tahu semua. Even basic pon, not all Muslims know. Even if they know, entahlah. Kadang-kadang orang Islam pon tend to ignore 5 Rukun Islam tu. Pernah juga aku tanya dia, "What do you consider yourself as?" Aku agak tertanya2 dengan status agama dia. But he only said that. "I believe that religions teach us to do good & avoid bad. I also believe there is only a God."


Semoga Allah menyemai dan memberikan hidayah kepadanya.


What makes me touched lagi bila dia kata, semoga apa yang dia buat baik kat orang selama ni, Tuhan bagi dia sedikit ganjaran untuk syurga kelak. Cita-cita dia sangat besar. Hakikatnya lagi indah kalau dia embrace Islam.. Dan tu membuatkan aku rasa kecil sangat. Apa sumbangan dan kebaikan yang aku dah buat? Bersyukur sebab memang dilahirkan Islam. Orang lain yang bukan Islam masih tercari-cari erti sebenar & tujuan hidup.

Last kelas semalam, dia mempersoalkan pasal kiamat.
"Doomsday/Day of Resurrection- Is it total destruction or just a destruction? Destruction means that the world will still be here but there will be a new life after that. While total destruction, there will be earth no more."

How to answer this? Aku sebagai Muslim pon tak pernah mempersoalkan pasal ni. Kita pon tak tahu macam mana gambaran sebenar kiamat. Ada sorang member aku cakap, dia ada tengok video pasal gambaran kiamat, but then Dr. said that: the video is man-made. We cannot rely on that. Lepas tu, dia tanya lagi: Is it any verses from Quran that tells us how the day of Resurrection will be? Total destruction or just a destruction?

Aku cakap kat dia, banyak je surah2 yang cakap pasal kiamat. But then, I was quite frustrated sebab tak dapat tunjuk kat dia surah Al-Zalzalah antaranya. Then, aku surf the net and cari surah al-zalzalah. I gave the tafseer for him to read. Surprised me, he only said, Ok, now I believed. It's gonna be a terrific and total destruction.

Dia langsung tak argue. That made me respected him more sebab dia cakap whatever verses came from Quran are indeed true sebab datangnya dari Allah dan hanya daripada satu sumber. Even Kristian pon ada New & Old Testament & bercanggah. Sebelum ni aku pernah terberdebat dengan sorang mamat Holland pasal Islamophobia. Dia bagi ayat2 yang berkaitan dengan perang, betapa nak menunjukkan Islam ni agama terrorism. Alhamdulillah, after a few explanation, dia tak respon dah. Aku consider dia dah faham. Tapi doa je la semoga Allah memberi pemahaman & hidayah kat dia.

Sungguh. Aku takut bila aku tak mampu nak menjawab persoalan2 macam ni. Nak2 ilmu2 agama yang aku ada ni sangat2 lah cetek. Baca pon malas. Bila berdepan dengan situasi2 macam ni, aku kadang2 rasa noob. How am I going to explain to them about this and that even me myself pon tah pape.

Orang kata nak memahamkan non-Muslim ni tak senang. Tapi nak memahamkan orang Islam sendiri pasal Islam lagi susah. At least non-Muslim yang tak eager, dia boleh accept, without having to twist the words. Kalau yang jenis eager tu, kadang2 ayat Quran pon dia twist & give different meaning.

Bila dah membesar ni, aku terfikir, ni lah rupanya realiti hidup. Banyak lagi permasalahan yang tak selesai. Pemahaman yang rumit yang perlu diperjelaskan & diperhaluskan. Bukan mudah sebenarnya menjadi seorang siswa di uni. Bukan hanya kelas, kuliah... But it's more than that.



p/s: sorry, post kali ni sangat8 rojak. err. my bad. eh, panjang gak post ni. -_-"
p/s 1: no offence while writing this entry. tak berniat untuk bermain sentimen keagamaan.
p/s 2: doakan aku. study week dah bermula. exam akan bermula 2 minggu dari sekarang. O.o









5 comments:

  1. nice entry kakak.. :) huhuhu..

    semoga Allah bukakan pintu hatinya untuk memeluk ISlam.. :).. kita as a Muslim, kena tambah ilmu kita jugak pasal islam ni. :)

    ayuh! hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kakak! tak nice sangat pon. ffuu..

      Indeed we are. rasa cetek lagi ilmu yang ada ni. huhu..

      insyaAllah...

      Delete
  2. waah.. interesting betul lecturer ko yang india tu.. semoga diberi hidayah handaknye.. sayang kalau orang2 berilmu macam tu, humble lak tu tak masuk Islam kan? hmm.. ape pun ko dah nak exam eh? ok then.. gud luck!

    ReplyDelete
  3. ....semoga dia dberi hidayah .. :)

    terkesan dengan sifat humble dia and sikap dia yang tak argue tu ,even tak kenal dia,.

    ReplyDelete

Satu kata memberikan sejuta makna