Tuesday, October 9, 2012

Dr. Zakir Naik's Talk on Jihad & Terrorism - an Overview


Salam alaikum..

Lama juga rasanya tak menulis kat sini. Kebuntuan + lambakan assignmentsss yang memperlahankan tindak balas aku untuk menulis & blogwalking. (ada2 je alasan) Peff...

Ahad lepas (7 Oktober 2012), aku & member-member aku pergi kat Gurdwara (Rumah Ibadat Sikh). Next entry, insyaAllah, aku akan cakap pasal 'Journey to Gurdwara' tu. Diorang amatlah baik & beradab. Diorang jugak memang sangat menghormati tetamu. :D


Lepas tu, kitorang straightaway ke PWTC untuk attend Dr. Zakir Naik punya talk. Memang delightful gila la rasa dapat duduk dalam majlis tu. Since that was his last tour in Malaysia, Tun Dr. Mahathir pon ada untuk bagi opening speech.

Some information regarding to this event:

Topic: Islam's View on Terrorism & Jihad
Venue: Dewan Tun Razak 1, PWTC, KL
Time: 6.30 pm, Oct 7th
Masuk pon free je. Apa lagi, memang pergi la. Alang2 dah pergi Gurdwara kat Pudu & Chow Kit pagi tu, terus la naik Ampang Line pergi ke PWTC.


Alhamdulillah, merasa jugak duduk dalam majlis tu. Tak tau nak describe camne perasaan time tu. Teruja? Mungkin jugak sebab ramai muslim & non-muslim.. Not only Malaysian people, foreigners belambak. Macam bukan kat Malaysia je rasa. Sempat la jugak aku interview sorang Sudan & Uganda. Saja isi masa. LOL.

On and off, Dr. Zakir Naik punya speech start pukul 8.30. His slang is Indian English, since he is from India. Tak susah pon nak faham tapi ada part laju, aku dah --"Oh my!" Malam tu, dia cakap pasal isu yang mengatakan Muslim ni sering dikaitkan dengan 'Fundamentalist', 'Exteremist', 'Terrorist' & penggunaan term 'Jihad' yang disalahtafsirkan oleh Barat & golongan Orientalis sebagai hujah nak menguatkan lagi Muslim ni pengganas.

Alhamdulillah, aku dapat banyak sangat input. Selama nie kita pon tak tau macam mana nak balas hujah tu. Kita tak boleh simply guna dalil je sebab non-muslim nie banyak guna hujah akal. So, as he said in the talk, aku tak sangka, jawapan yang Dr. Zakir bagi tu sangat lawak & bernas.

Contohnya: "When someone told you, you are an Extremist. Don't be afraid of that. Just said, yes, I am extremist. I am extremely kind, extremely passionate, extremely loving etc..."

Lol. Tu salah satu la. Nak cerita semua memang banyak sangat. Tu tak termasuk lagi dengan Q&A session from non-muslim. What I impressed of him is, dia mampu quote surah/chapter & verses from Quran, Bible & Veda. Laju gila. Macam dengar lagu rap pon ada. Kalau nak dengar talk tu balik, search kat Youtube pon boleh. Berbaloi la duduk sampai pukul 11 pm lebih.

Dan salah satu yang membuatkan aku sangat teruja dalam event tu masa Q&A session. Ada sorang non-muslim mengajukan soalan kepada Dr. about the similarities of the significance of the hell fire & the reincarnation. (Malangnya aku tak berapa ingat apa yang Dr. jawab -_-) At the end, the sister angguk mengiyakan jawapan Dr. Lepas tu, Dr. Zakir pon tanya dia, "Sis, do you believe there is only a God?", Sis tu jawab, "Yes, I believe there is only a God & the prophet Muhammad is the messenger. I'll take syahadah after this with my children at Singapore..."

Suasana dalam dewan masa tu agak gamat jugak. I gave a sight of relief. Alhamdulillah, Allah bagi dia hidayah. Ramai jugak yang menitiskan air mata. Syahdu. Rasa bersyukur sangat sebab memang dilahirkan sebagai Muslim & yet still didn't practice perfect Muslim. Rasa malu jugak dengan diri sendiri bila nak comparekan dengan dia. At least, she searched for it & alhamdulillah Allah bagi dia jawapan.

Q&A session tu memang agak gamat. Ada jugak yang still hold to their belief firmly. Sampai jadi perdebatan agama pon ada antara diorang dengan Dr. Jalan dah bagi untuk mereka bertanya. Kita hanya mampu mendoakan semoga pintu hati mereka terbuka. InsyaAllah.

One of his memorable quote during the event was:
"If you want to understand Christian, read Bible, don't look at the Christians people. If you want to understand Islam, read Quran. Don't look at Muslim"

However, as for me, we as Muslims should give good example to others too. Sebab memang non-muslim menilai Islam daripada pemerhatian mereka terhadap umat Islam. So, what to do? Shift our paradigm to be a better muslim, insyaAllah.




6 comments:

  1. memang best r kan majlis2 macam tu ngan penceramah yang tak serius sangat dan santai je tapi ceramah tu berisi.. aku memang suka g ceramah2 yang macam tu.. confirm tak tido..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. kalau syadid sangat & stress kat topik je bosan jugak. tapi memang dia great orator la. macam ahmad deedat.

      Delete
  2. the point u wrote here was the same as a friend of mine told me. rugi tak pergi :(

    ReplyDelete
  3. Memang hebat..terasa kerugian tidak hadir kesana

    ReplyDelete
  4. sebelum ni aku suka layan dialognya di youtube. pernah satu masa dari tengahmalam sampai lar nak dekat subuh aku cuma dengar dialognya.

    ReplyDelete
  5. woa..bestnye :D yup2..suke ceramah yang santai tapi full of ibrh :D

    ReplyDelete

Satu kata memberikan sejuta makna