Tuesday, October 30, 2012

Pending Love Letter

Salam alaikum..

Dah nama pon pelajar, assignment + homework tu perkara biasa. Even 1 week break pon, kena menghadap kerja ni hari-hari (tapi tak siap2 pon, 'komitmen' lain yang lebih.. -_-") Memang banyak dugaan kalau masa terluang banyak. Haiyoo..

Dalam banyak-banyak assignment listed sebelah ni, yang bergaris merah tu yang paling mencabar. 

Love letter?

Err.. dahla untuk lecturer baca. He wants to know how well we can express our feelings through writing. Memang ni lah pending assignment yang aku tak hantar-hantar lagi.  Sepatutnya hantar minggu lepas lagi, tapi aku tulis satu ayat pun tak habis-habis lagi kot. LOL. Memang fail la tulis pasal ni untuk bacaan umum. -_-"

Memang sekarang tengah cari 'bahan' untuk dimengarutkan. Pehh.

Tapi, budak-budak sekarang lagi advance. Bukan bermaksud aku budak zaman dulu. Budak-budak kat sini merujuk kepada to those yang masih bersekolah. Ikut lah sekolah rendah atau sekolah menengah. Mungkin zaman aku bersekolah dulu, lelaki yang lebih advance bab-bab tulis surat-surat cinta bagai. Sikit-sikit nak minta biodata bila dah berkenan kat seseorang. Pernah buat?

1 lagi yang femes time Sek. Ren. Tulis love2 kat blackboard.
Nak declare bagai. -_-"
Ohh.. Syirah ni bukan aku. Aku jumpa kat mana tah gambar ni.

Sekarang ni? Budak-budak perempuan yang senang bab-bab luah perasaan ni. For instance, budak darjah 6 ada la dalam 3 orang bagi surat cinta kat adik aku, Amin yang baru darjah 5. Telefon bagai malam-malam. I was like, "gahh.. takde benda lain ke diorang nak buat?" Kadang-kadang kalau time nakal aku datang, mulalah prank call, jawab call budak-budak tu. Keh keh keh. Yang darjah 2 pon, ada yang bagi hadiah cincin bagai kat dia. Err..

At the same time, aku malu pon ada dengan sikap diorang buat camtu. I was thinking, masa aku umur 12 dulu, ada ke aku buat camni? Memang tak la. How will they be in the future, kalau umur 12 dah macam ni? Hmm.. Mungkin banyak faktor yang menjadikan mereka bertindak sedemikian. Dah besar nanti, mungkin mereka akan terfikir balik & of course laugh at themselves sebab pernah buat camtu. Kenangan tu. Kalau lah. Kalau tak, entah.

Tapi, minta-minta diorang sedar lah. Maruah jugak tu. Adik aku pulak yang tersipu-sipi malu bila dapat surat cinta & jadi rebutan sampai macam tu sekali.

Mungkin itu gaya mereka. Macam-macam gaya kalau tengok orang dilamun cinta ni. Penangan Sweet Malay drama eww-eww la kebanyakannya. 

Penulisan ni agak sarkastik? 

Nahh.. Aku salute gila sebab diorang mampu express diorang punya feeling towards their love ones. Aku punya assignment dah bagi 3 minggu lepas, tapi tak siap-siap lagi. Haha. 


Friday, October 26, 2012

Think like a man


Salam eid adha kepada semua muslimin dan muslimat. Kullu 'am wa antum bikhair. InsyaAllah. :)

Alhamdulillah, semalam tepat pukul 8pm, sampai di rumah. Walhal bertolak dalam lebih kurang pukul 6am. 14 jam perjalanan KL-Kelantan. 2x ganda daripada kebiasaannya. Jalan sangat jammed & ada accident berlaku sepanjang perjalanan. Innalillah. Kat Merapoh, jalan 2 lane dah jadi one-way street sebab jammed sangat. Sampai satu tahap, ramai orang dah keluar dari kenderaan masing-masing & berkelah kat tepi. Fuuhh.

Credit: Abang San


(asal rasa formal semacam je ayat ni? k, fine, lama tak update. -__-")

Aku balik dengan ayah aku & 2 orang sepupu aku. Dalam kereta tu semua laki, except aku je la so-called 'Bunga'. Sepanjang 14 jam perjalanan, macam-macam topik yang keluar. Nak tak nak, memang kena dengar je la even banyak yang aku tak tahu. Rasa sangat lame pon ada. Tapi most of the time, impress sangat. Tertanya-tanya jugak, "camne diorang boleh tau semua ni?"

Diorang boleh cakap apa-apa topik pon. Bola, of course! Liga tu, liga ni. Teknologi, politik, pembangunan Malaysia, banking etc. Whatever topics came out, semua dapat layan je. Sememangnya rasa kecil je. Terperuk di dalam kereta tu. haha. Kalau duduk dalam kereta yang most perempuan, lain pulak situasinya. Sama ada gossipping or senyap (tidur). Asal macam aku merendahkan martabat perempuan ni? Oops. :O 

Patut la Steve Harvey ada cakap, "Think like a man, act like a lady.." Masa tu memang aku kena think like a man la, act like a lady la. Senyap je la kat belakang tu. Nak menyampuk pon bukannya tau sangat. At least, aku dapat indirect general knowledge. 14 jam perjalanan, habis semua topik cover. Boleh jadikan rumusan siap. LOL.


Ok, salam eid adha 1433h. :)


p/s: Sorry sebab lama tak update. Even takde orang kisah sangat pon. Err..
p/p/s: Sorry jugak sebab lama tak blogwalk. 
Thanks sebab sudi singgah walaupun dah lama tak update. Cc: Ophan
p/s last: Gonna have 1-week break tapi macam tak cuti jugak. lumrah hidup sebagai pelajar. -__-"


Tuesday, October 9, 2012

Dr. Zakir Naik's Talk on Jihad & Terrorism - an Overview


Salam alaikum..

Lama juga rasanya tak menulis kat sini. Kebuntuan + lambakan assignmentsss yang memperlahankan tindak balas aku untuk menulis & blogwalking. (ada2 je alasan) Peff...

Ahad lepas (7 Oktober 2012), aku & member-member aku pergi kat Gurdwara (Rumah Ibadat Sikh). Next entry, insyaAllah, aku akan cakap pasal 'Journey to Gurdwara' tu. Diorang amatlah baik & beradab. Diorang jugak memang sangat menghormati tetamu. :D


Lepas tu, kitorang straightaway ke PWTC untuk attend Dr. Zakir Naik punya talk. Memang delightful gila la rasa dapat duduk dalam majlis tu. Since that was his last tour in Malaysia, Tun Dr. Mahathir pon ada untuk bagi opening speech.

Some information regarding to this event:

Topic: Islam's View on Terrorism & Jihad
Venue: Dewan Tun Razak 1, PWTC, KL
Time: 6.30 pm, Oct 7th
Masuk pon free je. Apa lagi, memang pergi la. Alang2 dah pergi Gurdwara kat Pudu & Chow Kit pagi tu, terus la naik Ampang Line pergi ke PWTC.


Alhamdulillah, merasa jugak duduk dalam majlis tu. Tak tau nak describe camne perasaan time tu. Teruja? Mungkin jugak sebab ramai muslim & non-muslim.. Not only Malaysian people, foreigners belambak. Macam bukan kat Malaysia je rasa. Sempat la jugak aku interview sorang Sudan & Uganda. Saja isi masa. LOL.

On and off, Dr. Zakir Naik punya speech start pukul 8.30. His slang is Indian English, since he is from India. Tak susah pon nak faham tapi ada part laju, aku dah --"Oh my!" Malam tu, dia cakap pasal isu yang mengatakan Muslim ni sering dikaitkan dengan 'Fundamentalist', 'Exteremist', 'Terrorist' & penggunaan term 'Jihad' yang disalahtafsirkan oleh Barat & golongan Orientalis sebagai hujah nak menguatkan lagi Muslim ni pengganas.

Alhamdulillah, aku dapat banyak sangat input. Selama nie kita pon tak tau macam mana nak balas hujah tu. Kita tak boleh simply guna dalil je sebab non-muslim nie banyak guna hujah akal. So, as he said in the talk, aku tak sangka, jawapan yang Dr. Zakir bagi tu sangat lawak & bernas.

Contohnya: "When someone told you, you are an Extremist. Don't be afraid of that. Just said, yes, I am extremist. I am extremely kind, extremely passionate, extremely loving etc..."

Lol. Tu salah satu la. Nak cerita semua memang banyak sangat. Tu tak termasuk lagi dengan Q&A session from non-muslim. What I impressed of him is, dia mampu quote surah/chapter & verses from Quran, Bible & Veda. Laju gila. Macam dengar lagu rap pon ada. Kalau nak dengar talk tu balik, search kat Youtube pon boleh. Berbaloi la duduk sampai pukul 11 pm lebih.

Dan salah satu yang membuatkan aku sangat teruja dalam event tu masa Q&A session. Ada sorang non-muslim mengajukan soalan kepada Dr. about the similarities of the significance of the hell fire & the reincarnation. (Malangnya aku tak berapa ingat apa yang Dr. jawab -_-) At the end, the sister angguk mengiyakan jawapan Dr. Lepas tu, Dr. Zakir pon tanya dia, "Sis, do you believe there is only a God?", Sis tu jawab, "Yes, I believe there is only a God & the prophet Muhammad is the messenger. I'll take syahadah after this with my children at Singapore..."

Suasana dalam dewan masa tu agak gamat jugak. I gave a sight of relief. Alhamdulillah, Allah bagi dia hidayah. Ramai jugak yang menitiskan air mata. Syahdu. Rasa bersyukur sangat sebab memang dilahirkan sebagai Muslim & yet still didn't practice perfect Muslim. Rasa malu jugak dengan diri sendiri bila nak comparekan dengan dia. At least, she searched for it & alhamdulillah Allah bagi dia jawapan.

Q&A session tu memang agak gamat. Ada jugak yang still hold to their belief firmly. Sampai jadi perdebatan agama pon ada antara diorang dengan Dr. Jalan dah bagi untuk mereka bertanya. Kita hanya mampu mendoakan semoga pintu hati mereka terbuka. InsyaAllah.

One of his memorable quote during the event was:
"If you want to understand Christian, read Bible, don't look at the Christians people. If you want to understand Islam, read Quran. Don't look at Muslim"

However, as for me, we as Muslims should give good example to others too. Sebab memang non-muslim menilai Islam daripada pemerhatian mereka terhadap umat Islam. So, what to do? Shift our paradigm to be a better muslim, insyaAllah.