Thursday, September 6, 2012

Ceritera Bas

Assalamualaikum...

The journey has just begun.
Tamhidi ---> B.A
All the best, Nis!


Aku baru free hari ni. Kira fair laa, lepas raya, packing-packing untuk masuk uni lak. Memang 'tak banyak' laa kan barang-barang yang kena bawa balik. Sekejap je rasa kot cuti 4 bulan tu.. Pejam celik pejam celik, hari nie dah hari ke-6 pon kat uni. Baru je selesai orientasi yang 'best' tu. Taklimat all the time... zzz... Boleh kurus pon kot orientasi kat sini. Jalan kaki je pi-balik. keh keh keh.









Mengimbau balik masa 1st day daftar as a Degree student. Agak bersesak-sesak jugak la. Since aku daftar pukul 1.30 p.m., aku ingat dah tak ramai. Rupa-rupanya ramai lagi manusia. Daftar kat stadium, lepas tu kena pergi asrama (KK1) yang kat dalam kampus. Barang-barang semua kena angkut dengan bas. Kereta sama sekali TIDAK dibenarkan masuk sebab takut jammed.

Dalam bas tu, aku rasa cukup sayu. Yelah, ibu bapa pon turut follow dalam bas jugak. Siblings2 lain pon ada. Aku suka tengok perasaan teruja kanak-kanak yang lebih kurang 13 tahun ke bawah. Ibu bapa pon tak kurang hebatnya. Mereka meneliti hampir setiap tempat di kampus. Mungkin aku tak merasakan sangat keterujaan tu since aku dah berada di situ lebih kurang setahun. Tiba-tiba, aku terdengar:

"Adik... adik belajar rajin-rajin tau.. Nanti boleh masuk universiti. Nanti belajar dekat tempat cantik & besar macam ni... Mak pon gembira, ayah pon gembira.."

Sort of that.. 

Aku lihat kanak-kanak yang usianya menjangkau 9 tahun itu membuang pandang ke luar tingkap, sambil tersenyum. Mengangguk. Keterujaan masih lagi dapat dilihat. Anggukan semangat menandakan dia sanggup menggalas cabaran itu.

Bila melihatkan situasi tu, aku menempatkan diri aku dalam diri budak tu. Aku pon pernah jugak mengangguk sambil tersenyum macam tu. Betapa semangatnya diri ini semasa kecil. Seawal usia lagi sudah mencabar diri ke menara gading. Tapi bila makin membesar, kata-kata janji yang diungkapkan semakin dikikis oleh perasaan malas dan tak sedar diri.

Rasa cam sayu je. Betapa tingginya cita-cita ibu bapa nak tengok anak mereka berjaya. Aku yakin most of parents cakap camtu kat anak dia. Mak aku pon cakap camtu jugak. Tipulah kalau tak. Dari SPM lagi duk ulang. Belajar rajin-rajin, biar sampai masuk uni, dapat kerja elok-elok. InsyaAllah life akan okey. 

Mungkin?

Mungkin itulah definisi kejayaan bagi ibu bapa. Ibu bapa mana yang tak gembira melihat anak mereka berjaya? Melihat anak mereka berjaya bergraduasi di tadika pon, mereka tersenyum lebar. Apatah lagi kalau berjaya menghabiskan pengajian hingga peringkat tertinggi dan mendapat pekerjaan yang molek. 

Tapi kalau sekadar berjaya tapi tak hormat mereka, tiada gunanya. My mom, once said, 
"Ibu lagi rela anak ibu tak pandai daripada yang pandai tapi tak hormat ibu bapa..."
Parents' hearts are fragile. Mereka juga manusia, punya hati yang sensitif. Kepandaian sahaja tidak cukup untuk membuatkan mereka gembira kalau hakikatnya kita tidak menghormati mereka. Malah, perkara tu jadi hakikat yang paling memedihkan dan mampu menyebabkan mereka menitiskan air mata kesedihan.

"Making parents weep is part of disobedience and one of the major wrong actions." -Ibn Umar

Kadang-kadang kita tak tahu apa yang kita buat tu mampu menggores hati dan perasaan mereka. Makin dewasa, makin banyak lah salah yang kita buat sama ada dalam sedar atau luar sedar. Nak-nak bila yang dah belajar jauh-jauh nie. Rasa ada je gap kadang-kadang. 

Whatever it is. Parents come first. Ingatlah balik janji-janji masa kecil yang telah kita ungkapkan dahulu dan wajiblah disertai rasa hormat terhadap mereka. Orang kata, "anak-anak adalah racun dan anak-anak adalah penawar." Tapi, kita ada option. Jadilah penawar kepada ibu bapa kita. Sama-samalah kita berbakti kepada mereka. InsyaAllah...



p/s: orientasi 5 hari, program bahasa 4 hari. memang non-stop! letih kot. --"
p/p/s: bahasa aku sekejap baku, sekejap rojak, pekehey? --"
p/p/p/s: kamera aku hilang doi time orientasi. tak tau dah nak cari kat mana. memang tragis lah. harap jatuh kat tangan orang yang baik2. usaha-usaha dah. tawakkal aje la yang mampu sekarang.

10 comments:

  1. time orientasi sempat update entri? hebat.. banyak mase free nampak? ke ponteng? =P betul2.. mase kacik2 dulu memang agak semangat r.. tapi bile ari masuk sekolah terus ngelat <-- aku r tu =__= err.. kamera hilang? harap2 dapat r jumpe balik ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah habis orientasi la bro. aku banyak je plan nak ponteng tapi bila buat kiraan selalu tak berjaya. hahaha.. insyaAllah.. harap dapat jumpa balik.. huhu

      Delete
  2. good luck syg....^^

    ReplyDelete
  3. hehe. sama-sama mndaftar degree lah kita. tempatnya berbeza tapi.

    ReplyDelete
  4. oleh itu mulut harus selalu disaring bila berkata2...;)

    ReplyDelete

Satu kata memberikan sejuta makna