Sunday, July 29, 2012

Take care, Abah! :)

Assalamualaikum...

Malam nie malam ke-10 Ramadhan. Subhanallah. Dah hampir ke penghujung fasa 1 Ramadhan rupanya. Sekejap betul rasanya. Azam Ramadhan pon harap2 terlaksana lah ye, insyaAllah. :)

Ramadhan kali nie la kalau nak dikira betul-betul lepas 6 tahun, aku ada sekali ngan family. Kalau nak diikutkan, sebelum-sebelum nie, aku spent Ramadhan dekat sekolah je. Yelah, nama pon pelajar asrama. Tahun lepas pulak, Ramadhan dekat Nilai. Alhamdulillah, Ramadhan tahun nie berkesempatan nak sambut dengan family, iftar, tarawih & sahur sekali. 

Love this pic.
A Palestinian boy plays the firework, celebrating the 1st Ramadhan







Nak diikutkan Ramadhan tahun nie la yang aku paling banyak masa. Rest daripada study & sebagainya. Takde nak rushing2 pergi kelas bagai. Kerja pon dah berhenti hari tu. Tapi sebenarnya nikmat waktu lapang nie sangat susah untuk dihargai. Nak bagi alasan syaitan? Syaitan pon dah dibelenggu. Selalu je kalah kat nafsu sendiri. Dah selalu nak manjakan sangat. InsyaAllah dengan hari yang masih berbaki nie, kita cuba beramal sebaik mungkin.

9 Ramadhan ni (29 Julai 2012) jugak ayah aku bertolak ke KL. InsyaAllah esok beliau akan memulakan tugasnya kat sana balik. It's been a while... 6 tahun lepas kitorang baru je pindah Kelantan sebab ayah aku apply tukar kat sini (Kelantan), dekat sikit dengan kampung kat Terengganu. Mula2 agak berat jugak hati nak pindah kat Kelantan sebab dah lama stay kat Selangor since lahir lagi. Tapi nak buat macam mana, follow je la. Sedih tak payah cakap. Kesudahannya, aku terharu dengan budak2 SMKA Simpang 5 yang sambut farewell aku masa 30 Jun 2006. Sampai sekarang masih ingat scene tu. Rasa cam Queen pon ada, pakat duk kerumun dekat pagar aspuri untuk farewell.

Alhamdulillah, rezeki dekat Kelantan, who knows. Ayah aku dinaikkan pangkat. And in all honesty, aku suka life dekat Kelantan sebab sangat tenang. Orang maybe cakap Kelantan kolot or whatever tapi bagi aku sangat peaceful. Life kitorang pon smooth aje. Yelah, ofis parents aku ngan rumah pon dalam 10-15 minit perjalanan je. Tol pon takde. Masa duk Selayang dulu, ada la nak dekat pukul 8pm sampai rumah sebab jalan jammed. Cuma jalan kat Kelantan la sampai sekarang aku takleh nak hadam. Cam sama je semua tempat. 6 tahun duduk sini pon, kalau suruh aku drive tempat yang aku tak biasa memang sah akan sesat punya la. LOL.

And alhamdulillah jugak, bulan Disember tahun 2011 jugak, kitorang dah ada rumah sendiri kat Kelantan. 6 tahun duk sini, baru merasa. Sebelum nie sewa je. Yelah, bukan origin Kelantan, so susah la nak beli tanah untuk buat rumah.







Bila dapat tau ayah aku dipindahkan balik ke KL, pheww, rasa cam nak pengsan pon ada. Alahai. Again? Aku bukan tak boleh terima kenyataan, tapi rasa cam dah ok dengan life kat sini. Rumah pon baru siap. Tengah semangat nak decorate & berkebun bagai. Tapi takpelah, maybe nie pon ujian daripadaNya. Yelah, setiap yang berlaku pon pasti ada hikmahnya.

So, bermulalah kisah ulang-alik hujung minggu ayah aku nanti. Kira macam aku duduk asrama dulu la kot. Hujung minggu baru balik rumah. Papepon, aku harap keputusan rayuan untuk ditukarkan ke negeri yang dekat sikit diterima. InsyaAllah.. Kalau tak, akan bermula kembalikah kehidupan kitorang dekat Selangor? Can't think of that.


By the way, happy working abah! Take care.. Balik sokmo tau. We always love you. :D






18 comments:

  1. cantik rumah :) dugaan ni dilalui oleh ramai orang, doa2 la banyak2 dpt pindah

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, trimas :)
      tu la, ramai je yg lalui benda nie. aku je feeling terlebih. lol
      insyaAllah.. harap2 dapat pindah lg dekat. hehe

      Delete
  2. lama duduk kelantan eh? teringat kenangan kami pindah mersing tahun 1998, dapat idea nak update, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama jugak la kot 6 tahun tu. ohh.. tak best sangat kan tukar2 negeri camtu? nasib bukan negara, hehe. ok, tggu next entri :)

      Delete
  3. hmm ..missha pun rase puasa tahun ni yng pling bnyak masa.. dan tu ujian.hehe

    cantik rumah :)

    psstt..kita samalh, missha jenis sush nk engat jalan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. nanti datang la rumah.
      haha. masalah pompuan dengan jalan memang selalu. :p

      Delete
  4. cantiknye rumah.. suke2

    xpelah mungkin ade hikmah di sebaliknye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. trimas! datang la nanti :D
      inshaAllah. setiap yg berlaku mesti ada himah. kita je yg xtaw. huhu.

      Delete
  5. itu juga yang aku tengah usahakan. untuk kekal di KL. dah lama sangat duduk Taiping. tak mau lah lepas nih asyik ulang alik. jenuh siutt..

    dapat umah yang tempatnya sangat mendamaikan, lagilah berat nak pindah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pon. nak2 kalau dah adapt dengan suasana tu.

      ohh, sekarang kerja kat taiping la? takpelah, semoga usaha kau berjaya. inshaAllah :) sangat tak syok kalau ulang alik. letih.

      Delete
  6. tinggal kat kelantan ke.. baru aku tau.. ayah kena tukar kl lak.. kre sebelum ni ko dok kat area kl r.. takpe2.. rezeki bertambah ok r kan.. cantik gile umah weh.. kagum2 ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. ingat aku duduk mana?
      ha'ah. sebelum ni dekat je ngan kl. about 13km.
      tp ble dah pndh, rasa best duk sini.
      hehe. tq.. nanti datang lah. :D

      Delete
  7. Cantiknya rumah awak.. hehe..
    saya doakan abah awak dapat tukar ke negeri yang dekat..

    bila baca ayat awak yang " Kalau tak, akan bermula kembalikah kehidupan kitorang dekat Selangor? Can't think of that." tu wat saya sebak..

    Berpisah jugakkah kita? Haha..ayat takle blah.. :'(
    hehe.. sama2 kita doakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. trimas awak... awak pon dah 2x datang. datang la lagi..

      ala.. xmo la sebak2.. inshaAllah kitorang stay kat sini je. moga dipermudahkan olehNya segala urusan. duduk sini 6 tahun pon dah banyak memori terkumpul.

      tak berpisahlah kita. ukhuwah yg terbina inshaAllah akan kukuh sampai bila2 :)

      Delete
  8. semoga dipermudahkan segalanya

    ReplyDelete
  9. bearnye umah...perghhh cntik
    hurmm best giler dpt main bunga api mcm tu

    ReplyDelete
  10. Hansyirah! :) Thank you for the wishes and comment. Happy ramadhan :) Semoga Allah berkati awak.

    Cantiknya belog awak :D

    ReplyDelete

Satu kata memberikan sejuta makna