Sunday, July 29, 2012

Take care, Abah! :)

Assalamualaikum...

Malam nie malam ke-10 Ramadhan. Subhanallah. Dah hampir ke penghujung fasa 1 Ramadhan rupanya. Sekejap betul rasanya. Azam Ramadhan pon harap2 terlaksana lah ye, insyaAllah. :)

Ramadhan kali nie la kalau nak dikira betul-betul lepas 6 tahun, aku ada sekali ngan family. Kalau nak diikutkan, sebelum-sebelum nie, aku spent Ramadhan dekat sekolah je. Yelah, nama pon pelajar asrama. Tahun lepas pulak, Ramadhan dekat Nilai. Alhamdulillah, Ramadhan tahun nie berkesempatan nak sambut dengan family, iftar, tarawih & sahur sekali. 

Love this pic.
A Palestinian boy plays the firework, celebrating the 1st Ramadhan







Nak diikutkan Ramadhan tahun nie la yang aku paling banyak masa. Rest daripada study & sebagainya. Takde nak rushing2 pergi kelas bagai. Kerja pon dah berhenti hari tu. Tapi sebenarnya nikmat waktu lapang nie sangat susah untuk dihargai. Nak bagi alasan syaitan? Syaitan pon dah dibelenggu. Selalu je kalah kat nafsu sendiri. Dah selalu nak manjakan sangat. InsyaAllah dengan hari yang masih berbaki nie, kita cuba beramal sebaik mungkin.

9 Ramadhan ni (29 Julai 2012) jugak ayah aku bertolak ke KL. InsyaAllah esok beliau akan memulakan tugasnya kat sana balik. It's been a while... 6 tahun lepas kitorang baru je pindah Kelantan sebab ayah aku apply tukar kat sini (Kelantan), dekat sikit dengan kampung kat Terengganu. Mula2 agak berat jugak hati nak pindah kat Kelantan sebab dah lama stay kat Selangor since lahir lagi. Tapi nak buat macam mana, follow je la. Sedih tak payah cakap. Kesudahannya, aku terharu dengan budak2 SMKA Simpang 5 yang sambut farewell aku masa 30 Jun 2006. Sampai sekarang masih ingat scene tu. Rasa cam Queen pon ada, pakat duk kerumun dekat pagar aspuri untuk farewell.

Alhamdulillah, rezeki dekat Kelantan, who knows. Ayah aku dinaikkan pangkat. And in all honesty, aku suka life dekat Kelantan sebab sangat tenang. Orang maybe cakap Kelantan kolot or whatever tapi bagi aku sangat peaceful. Life kitorang pon smooth aje. Yelah, ofis parents aku ngan rumah pon dalam 10-15 minit perjalanan je. Tol pon takde. Masa duk Selayang dulu, ada la nak dekat pukul 8pm sampai rumah sebab jalan jammed. Cuma jalan kat Kelantan la sampai sekarang aku takleh nak hadam. Cam sama je semua tempat. 6 tahun duduk sini pon, kalau suruh aku drive tempat yang aku tak biasa memang sah akan sesat punya la. LOL.

And alhamdulillah jugak, bulan Disember tahun 2011 jugak, kitorang dah ada rumah sendiri kat Kelantan. 6 tahun duk sini, baru merasa. Sebelum nie sewa je. Yelah, bukan origin Kelantan, so susah la nak beli tanah untuk buat rumah.







Bila dapat tau ayah aku dipindahkan balik ke KL, pheww, rasa cam nak pengsan pon ada. Alahai. Again? Aku bukan tak boleh terima kenyataan, tapi rasa cam dah ok dengan life kat sini. Rumah pon baru siap. Tengah semangat nak decorate & berkebun bagai. Tapi takpelah, maybe nie pon ujian daripadaNya. Yelah, setiap yang berlaku pon pasti ada hikmahnya.

So, bermulalah kisah ulang-alik hujung minggu ayah aku nanti. Kira macam aku duduk asrama dulu la kot. Hujung minggu baru balik rumah. Papepon, aku harap keputusan rayuan untuk ditukarkan ke negeri yang dekat sikit diterima. InsyaAllah.. Kalau tak, akan bermula kembalikah kehidupan kitorang dekat Selangor? Can't think of that.


By the way, happy working abah! Take care.. Balik sokmo tau. We always love you. :D






Thursday, July 26, 2012

Curiosity killed the cat?


Assalamualaikum...


Dah lama tak update. Kali nie entri santai2 je la. Alkisahnya, masa tu aku & ayah aku tengah gotong-royong kat rumah. Tetiba si kucing jantan (Veo) datang masuk. Dahla masuk melalui tingkap. Kalau tolong takpe jugak. Ni datang terhendap-hendap. Lepas tu duk usha2 lak kitorang wat keje.

I must say:
CURIOSITY KILLED THE CAT? lol


ohhk. belajar idioms hari nie. menurut Oxford Advanced Learner Dictionary, curiosity killed the cat bermaksud:


"...to tell somebody not to ask question or not to find out about things that do not concern them..."

In real situation, perhaps, it's gonna be like this:


Amende tuan aku duk buat kat atas tu? Usha dulu seminit.



Huh? There's something falling out. Mende alah apa nie?




Eh cik kak? Boleh bagi tau sikit tak. Gua blurr la. Mende semua nie?


Aku tak tau kenapa tapi aku suka bila tengok kucing curious. Telinga tergerak-gerak. Hidung terhidu-hidu. Badan memang dalam keadaan standby and of course mata akan membulat. Comel sangat. 

Ohhk. dah lewat. Sahur pulak nanti. Even macam takde motif, anggap la korang belajar Idioms bila baca. lulz.

Thursday, July 19, 2012

Norma Ramadhan @Malaysia

Assalamualaikum...

















"Dah berapa tahun dah kau puasa kat sini (Australia)?" Fend menyoal sambil menyandarkan tubuhnya. Kenyang.

"Kali keempat. Kira tahun nie last la kalau aku tak sambung honour..." Akmal menjawab slumber.

"Kau mesti rindu kan nak puasa kat Malaysia?" Terasa kerinduannya terhadap Malaysia melanda walaupun baru seminggu di situ.

"Sejujurnya, aku lagi suka puasa kat sini." Tersenyum Akmal mengomel.

"Huh?"

Akmal menyambung. "Sebab roh Ramadhan sini lebih terasa. Aku dapat rasakan erti Ramadhan sebenar kat sini. Berbanding dengan Malaysia yang dah jadi lebih kepada budaya..."

Fend kebingungan. Meminta penjelasan. "Maksud kau?"

"Yelah. Ramadhan tu bukannya dieertikan dengan bazar Ramadhan. Bukan dieertikan dengan Malam Tujuh Likur pasang pelita. Bukan dieertikan dengan lawan meriam buluh antara kampung. Bukan dieertikan dengan buka puasa di hotel-hotel. Bukan dieertikan dengan rancangan masak-masak bulan puasa di TV. Tapi benda tulah yang jadi definisi Ramadhan di Malaysia."

Fend terdiam sejenak. Memikir. Memang betul apa yang diperkatakan. Budaya sebegitu dah jadi definisi Ramadhan di Malaysia.

"Orang dah hilang erti Ramadhan tu sendiri. Bagi aku Ramadhan tu Purification. Penyucian. Kira penyucian by all means and senses of the word." Akmal senyum segaris.

"Hmm.."



(diolah dan diadaptasi daripada Novel Contengan Jalanan - Hlovate)


*****************************************************


Yep sinis betul. Budaya Ramadhan kat Malaysia. Adakah hanya dieertikan pada bazar Ramadhan, rancangan memasak kat tv & so on?

Somehow budaya bukannya sesuatu yang wajib. Ianya dicipta apabila kita menjadikan ianya adat. Rasa lain kalau tak ada. Pelik.

Tapi budaya bukannya sesuatu yang constant. We can manipulate it. Bukannya bermakna hilang terus bazar Ramadhan bagai. Tapi menjadikan bulan Ramadhan lebih bermakna. Macam mana? 

Macam nie:

Credit: IProduksI























I'm not good either. Tapi sama-samalah kita cuba praktikkan. Nawaitu tu yang penting.

Salam Ramadhan Kareem. :)







Wednesday, July 11, 2012

The Dead Clock

Assalamualaikum..

It's irony then if we tend to do whatever we usually did even the thing didn't work very well anymore. 

For example: Looking at the dead clock.

Though we know the clock isn't ticking, showing the wrong time, we still look at it, to know the time.
























But we won't feel very satisfied with our actions. 


What is the purpose of looking at the dead clock? There's nothing. We wouldn't know the time. We only know it isn't ticking anymore and the batteries have to be changed somehow. 

Quoted from Hugo Movie, Hugo Cabaret once said;


"Maybe that's why a broken machine always make me a little sad, because it isn't able to do what it was meant to do... Maybe it's same with people.. If you lose your purpose... it's like you're broken..."




The words are deep.

What if we're broken?

Don't have any purposes in life?

All that we know is ---> Happy + Enjoy = Life

To some people, that's maybe the purpose in life.

But we have to search for it.

We are not only Born To Die just like Lana Del Ray told us.

It is more than that.

It's more than Will Smith Pursuited of his Happyness

But what is it?














To live for Him. <3










Andaikan kalau semua jam mati, macam mana nak jalani hidup dalam dunia nie?
Rosak. Punah. Tak tentu arah.


Manusia? Lagi la.



Friday, July 6, 2012

Cliché.. Random Birthday Post

Assalamualaikum...

Wann Syada wish birthday camni kat FB aku. sentap!




























Berlalulah sudah 4 Julai 2012. Ulangtahunku menurut kalendar masihi. Dan juga hari kemerdekaan USA. Maka dengan power that is vested in me, i declare warga USA cuti pada tarikh tersebut. Trimas untuk aku. lol.

Saban tahun akan datang dan perginya tarikh tu. Sama ada akan berjumpa atau tidak lagi dengan tarikh tu, we never know. Terimbas balik masa zaman kecil, hari lahir adalah hari yang paling bahagia, bermakna. Mungkin sebab rasa diri diraikan. Hadiah yang banyak dan ucapan yang tak putus. Tak lupa juga dengan kek hari jadi.

Teringat lagi masa darjah 4, 4 Julai 2003, saat tibanya hari kelahiranku. Tak silap aku hari tu hari Jumaat. Kawan2 kamceng masa darjah 4, Che'ah, Yana, Aishah, Tikah, Alia (yang juga merupakan ahli Spy Girls, diorang declare aku leader. pehh..) sambut birthday aku kat sekolah. Happy tak payah cakap laa hari tu. Kawan nak buat surprise kot.

Lokasi: Kantin SK Sungai Tua Bharu
Masa: Around 2 p.m lebih  


Buka2 mata je, hadiah dah depan mata. Perghh.. Gila terharu den dibuatnya. Semua member sengih je memanjang macam kerang busuk. Aku pon apa lagi, memang memanjang laa ucapan terima kasih.. Terharu dengan perlakuan diorang.

Atikah: Nis, bukalah hadiah tu...
Aku: Ok (buka dengan cermat)
Che'ah: Koyak je weh. Tarik je pembalut tu..
Aku: Taknak lah. Nak tunjuk kat mak aku balik nanti. (Cakap sambil senyum excited)
Krik.. Krik.. Krik... Suasana sunyi sepi. Aku tengok muka sorang2 yang ada kat situ. Tenang + sengih. Apa kehal bebudak semua nie?  So, aku dah berjaya bukak balutan hadiah tu. Tapi.... ada lagi balutan... Buka lagi.. Ada lagi... Entah bape layer aku tak ingat. Masa tu jugak aku nampak masing2 duk tahan gelak.

"Something wrong somewhere betul bebudak nie..." aku mampu monolog je la.

Lepas dah habis semua layer, akhirnya nampak juga rupa kotak. Tak sabar2 kot nak bukak..

"1..."


"2..."


"3..."

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
V

sekali... hamik kau... kotak berisi batu! cisdel betul. -___-"



























Apa lagi. Terbahak-bahak laa diorang gelak. Habis semua nak menganjing aku. Diorang pon cakap.

"Nak bagi mak kau tengok eh...?? Hahahaha..."

Grrr... Sabor je la. Takkan nak masam2 kot. Tergelak sakan jugak laa kitorang kat kantin. Memang takkan lupa laa.. Punyalah eksaited kemain nak unwrap hadiah leklok.. nak share skali ngan mak aku. Pfffttt...

Tapi dalam 'kekejaman' diorang tu terselit jugak kebaikannya.. Lepas episod 'menyayat hati' tu diorang pon bagi laa hadiah sebenarnya. Room Accesories. Perhiasan berbentuk double-heart yang diisi dengan air dan dalam tu ada kapal & ikan bagai. Ada suis kat bawah tu. Bila switch on je kuar lagu... Sweet betul. Awww.. Mekasih kawan2ku.. Terharu seyh. Masa tu jugak diorang nyanyi lagu birthday & bagi kad. Dahla besar gedabak tulis SPY GIRLS. hahaha..

Well, sepanjang birthday aku selama 19 tahun ni, tak pernah lagi la disajikan dengan tepung+telur. Alhamdulillah. Memang taknak pon. Aku bersyukur sebab Allah masih bagi peluang untuk bernafas & hidup. Semoga dengan keizinan nie, lebih banyak amalan baik yang dilakukan. Thanks kepada sesiapa yang wish birthday sama ada through FB, Twitter, text message, call and whatsoever.

Peningkatan umur bermakna semakin dekatnya kita ke arah kematian. We never expect it though. When the time comes, we have no excuses & have to go. Bergantung kepada amalan je la lepas tu. hmm.. Dying to be good, though. InshaAllah..




p/s: thanks la kay_are sebab introduce aku kat blog ko. Happy birthday jugak laa 4 julai tu. Ko dah 25. jangan berlagak umur 12.5. still, aku lagi muda. haha.

p/p/s: aku tak berapa ingat sangat sape je yang ada masa insiden 4 julai 2003. sorry kalau aku teradakan or tak mengadakan watak. hee