Saturday, June 23, 2012

1001 ragam di hospital

Assalamualaikum...

Baru ada masa kat rumah. Kalau tak, memang aku jadi penunggu setia laa kat hospital. Tunggu adik aku (Amin) yang dah seminggu duduk kat sana. Memang dia selalu pon bermukim kat situ. Ibarat rumah kedua dia dah. Sape2 yang dah lama follow blog aku maybe dah tau kenapa. Yang tak tau, kalo rajin, klik lah bawah nie:

Tahun lepas, Amin kena operate sebab ada ketumbuhan kat usus. Yang tu merupakan pembedahan kali kedua dilakukan selepas buang appendiks masa tahun 2010. Tahun 2011, dia dibedah untuk kali kedua sebab ketumbuhan tu. Ketumbuhan tu bukannya cancer, cuma ketumbuhan biasa tapi aku tak sure la nama tumor tu apa. Sebelum bedah kali kedua tu, dia tak boleh buang air besar. Kadang2, sebulan jugak laa.. Bayanglah sendiri cemana bahan kumuh tu terkumpul & terperap lama tak boleh keluar nak jadi camne kan.


Wad ni asalnya untuk 5 orang tapi lastly tinggal Amin je. --"


Sampai sekarang masih sakit & takleh buang najis. Mungkin effect bedah. Tapi menurut ibu aku, parut pembedahan tu terlekat kat usus dia. Sebab tu la rasa sakit tu tak hilang. Just imagine betapa sakitnya masa proses peristalsis berlaku. Doktor ikhtiar untuk operate kali ketiga tapi 3 tahun berturut-turut pembedahan untuk budak 11 tahun mungkin berisiko. So, monitor je la kot yang terbaik untuk masa nie. Doktor pon cakap kesan sakit tu maybe takkan hilang sampai dia besar. But, we can do nothing but trying, aite?

Kitorang pon take turn laa jaga dia kat hospital. Kadang2 just let him be, dia pon peramah gila. Semua doktor, nurse, patient & guardian kat situ, memang dah kenal sangat laa sape dia. Hyper sangat. Stetoskop, termometer, sphygmometer (blood pressure meter) semua dah jadi cam mainan dia. Patient lain pulak jadi 'patient' dia. Tang tu takleh blah. Haha.

Jaga dia kat hospital, dapat tengok macam2 ragam orang especially budak2. Wad dia ditempatkan pon budak under 15. Rasa sedih pon ada bila tengok budak 5 tahun kena air panas, habis melecur badan. Accident patah kaki. Budak 3 tahun kena bedah kat kepala. Ada tu budak 1 tahun, 2 kali kena bedah within 2 minggu sebab urat usus lemah. 

Amin..
Ni namanya strolling dalam wad. Hanya sekadar mainan dia.

Nama budak nie Affaf Nabilah. 5 tahun, melecur sebab air panas. Ngeri jugak bila tengok besi kat celah kuku. Tapi... Nakal yang amat... --"


At those moments, aku fikir, adik aku yang ada tumor kat usus nie pon aku dah sedih, apatah lagi yang mention kat atas. Rasa cam helpless. Apalah sangat kot kalau setakat pening kepala, demam, kalau nak dibandingkan orang lain yang dapat ujian yang lagi berat. Rasa bersyukur sangat sebab masih sihat walafiat. Teringat tiba2 moment masa lepas SPM dolu2, moment ibu & abah aku suruh apply medic. Sampai sekarang masih terungkit. --"

Stay lama2 kat hospital sebenarnya boring jugak tapi nasib baik laa semua peramah & membuatkan we belong there. Rasa cam family sendiri pon ada. Tapi even dah rasa dah belong kat situ or not, agak sedih jugak laa bila tengok makcik2 nie buat cam rumah sendiri je. Berkain batik, bert-shirt lengan pendek apa, tudung tu memang melayang ke mana tah la. Tahu je wad situ terbuka. Most of para suami makcik2 yang memang takde talian langsung ada je kat situ. Nak cakap relatives pon tak (even relative pon kena jaga aurat bhai). Bagi nenen depan suami orang lain. Keringkan rambut depan2.

Bukan aku bersifat tertutup ke apa. Somehow, darurat camne pon anak kat hospital, tutup aurat still priority. Yang sakitnya, anak, bukan anda. Maybe aku tak kuat untuk tegur depan2. Entahlah, when it comes to the real situation, I'm acting like a noob person.

Afterall, get well soon. Tabahlah dengan ujian yang dihadapi. Teringat kata2 Dr. 'Aidh al-Qarni dalam bukunya, "Jagalah Allah, Allah Menjagamu..."

"...Jika seseorang Muslim ingin membanggakan diri, maka berbanggalah dengan ujian yang didapatnya dalam Islam, keberanian dan pengabdiannya untuk agama ini, dan kemauannya menegakkan kalimat "La Ilaha illallah"...."

Wallahu'alam...



p/s: Tetiba handphone aku buat hal takmo hidup. Sabor je laa. Agak banyak no. hilang. Sesapa yang ada nombor aku tu, pm la. takpon call (banyak laa sangat kredit) or message. --"







21 comments:

  1. owh..tu la pape pun..diharapkan banyak2 la bersabar. :)

    sal enset mapuh tu..hurmm..aku tumpang sedih..sbb da tak boleh contact mu. :'(

    pape pun, kita doa banyak2 and terus berikhtiar untuk dia sembuh. InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah. syafahullah.. :)

      lek je laa. still got many ways to be connected,aite?

      guna nset cikai dlu sudaa.. :D

      Delete
  2. kalu nani duk spital lagi la lucu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dok la, nani kabo kea.. kalu baye2 gak.. suko seko kaba2 ak

      Delete
    2. mu biri kot. gano eh biri jago kat spita? haha.
      (mugo mu guna pkatae seko gak nok baso ko mu). lol, ttbe aku terskema. ish.

      Delete
  3. teringat dulu pernah duduk hospital 5 hari, pesen penat nak layan sembang org kanser kaki, kaki kene potong dan macam..tapi menginsafkan

    eh dapat idea nak taip entry plak.. k thankyou. bye bye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insaf kot bila dengar cerita2 patient, respek kat diorang sebab tabah. entri baru? sah panjang lagi. lol. welcome.

      Delete
  4. ade ke kau ngumpat dak affaf tu kat sini ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. geram moon. haha. aku ngumpat dalam kesian... but still, aku suka sebab dia tabah. :)

      Delete
  5. bagus juga kalau aku bayangkan satu hari nanti akan ada hospital yang senyap sunyi tanpa pesakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh juga kalau kau jadikannya sebuah fiksyen untuk novel akan datang. kan? :D

      Delete
  6. Insyaallah banyak hikmahnya..
    semoga adik cepat sembuh. ameen ~

    ReplyDelete
  7. kesiannya tak boleh buang air besar.. xdpt bygkan siksanya.. huhu..

    semoga Amin cepat sembuh sprt sediakala lah ye..

    bab aurat tu, tak dapat tegur direct, tegur dlm hati pun cukup kalau tak mampu.. patut bg surat layang kt diorg.. hehe..

    ReplyDelete
  8. semoga adik penulis cepat sembuh dan bersabar

    hanya orang yang mampu saja mampu menanggungnya

    saya turut mendoakan

    ReplyDelete
  9. semoga adik ko yang sakit tapi nakal tu cepat sembuh. Tapi femes r adik ko dari ko rupenye sebab sume dr, nurse ngan patient lain kenal die.. kagum2.. mane2 tempat pun.. kalau leh adapt mesti jadi tempat yang seronok kan

    ReplyDelete
  10. benci nurse. benci suara org menangis dlm hospital.

    ReplyDelete
  11. macam mana keadaan dia sekarang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh kak ayu..
      thanks tanya khabar. hee.. :)

      em, dia dah discharge. tp mcm tu la sihat tak sihat.. tp alhamdulillah lps discharge hari tu nampak dah makin ok. cuma kena kawal pemakanan dia. takleh makan keras2 sangat.

      Delete
  12. moga dak Amin cepat sembuh hendakNYA.. dan juga happy belated birthday to you..

    psstt: singgah dari blog elementoflife..

    ReplyDelete
  13. tgah sakit pon msih tersenyum..comelnye

    ReplyDelete

Satu kata memberikan sejuta makna