Wednesday, June 13, 2012

10 tahun dahulu

Assalamualaikum...

Dah lama gila aku menyepi. Busy dengan kerja... (le sangat). Bila cakap pasal kerja, sedar tak sedar nak masuk sebulan rupanya aku kerja kat situ. Dah agak expert laa kalo nak dibandingkan ngan mula2 masuk dulu. Especially fotostat. (Boleh laa kot agak2 nak keje part-time kat kedai pakcik fotostat usim lepas nie..) Heh. Maybe 26hb Jun boleh la follow Kak Wani pergi court. Yeay..


Bila on je twitter hari nie, ramai duk tweet pasal #10TahunDulu. Aku dengar pasal nie masa otw gi ofis lagi dekat Hotfm. Topik trending hari nie la kot. Aku pon apa lagi, memang kemain laa spam TL twitter tu ngan kisah nostalgik (le sangat...) 10 tahun dulu. Well, Que Sera Sera.. we never expect what will happen in our future, right?

10 tahun dulu aku darjah 3. Kira muda lagi laa aku nie. =="
Masa tu baru nak mengenal erti hidup laa kan. Bukan erti hidup kot, just kenal hidup. Ya, hidup budak2 penuh dengan kartun. Antara kartun kegemaran aku, PowerPuff Girl (PPG), Totally Spies, Dragon Ball, Beyblade & sewaktu dengannya. Dah nama pon kanak2, kartun tu wajib. (hatta sampai sekarang pon...) Wait, PPG?? Heh, aku minat Buttercup sebab dia awesome. Tak suka Blossom & Bubbles sebab gedik. Haha.




10 tahun dulu aku agak ganas & kasar laa. Istilah comelnya tomboy. Disebabkan masa tu aku just ada 4 orang adik-beradik (semua laki, aku sorang je perempuan), perwatakan aku lebih kepada kelelakian... So, main bola dengan jiran laki, naik turun longkang yang kedalamannya yang amat tu memang perkara biasa. Kononnya naik turun longkang tu sebahagian daripada latihan rock-climbing. Oh ye, dulu duduk kat kawasan kejiranan kat Selayang. Ada sape2 duk situ ke? Taman BBS Fasa 2A. Sampai sekarang IC & lesen alamat Selayang. huh?

Nak dijadikan cerita, masa umur 9 tahun tu jugak, aku pernah 'ter'belasah seorang mamat nie. Memang panggil 'Mamat' pon sampai sekarang sebab kacau kawasan kitorang (budak2 pompuan) main. Dahla masa tu tengah tunggu ustaz datang untuk ajar ngaji. Sekali berlakulah battle of mende tah antara aku ngan Mamat tu. Gasak laa.. Kacau sangat kitorang main. Masa tu Mamat umur 12. Aku tak tahan dia insult aku. So, tak semena-mena aku 'ter'tumbuk dia. Darah hidung Yah. Kata2 terakhir dia kat aku, "Aku report kat ayah aku..." Memang heboh laa kan 1 taman aku tumbuk Mamat. Habis kena banned daripada Taekwondo untuk sementara waktu.

Tu yang kira part2 buat onar kat taman perumahan. Kat sekolah kebangsaan & agama numberless kot. Aku pon tak tau apasal terlalu jadi macam tu. Sampai parents aku risau dengan ketidaknormalan aku. Nak kata kurang kasih sayang tu memang tak laa. Dulu aku tak pernah fikir apa yang akan jadi dalam hidup aku. Yang aku tau playtime aje. Of course playtime dengan anak patung tak jadi pilihan. Main kete tamiya, beyblade dalam kuali dengan abang & adik aku, main bola (penalti je aku reti). Sebab tu boleh adore Lampard tu masa tu. Haha.

Kat depan ciku kat sekolah, of course laa act like an angel. Sampai cikgu boleh cakap aku nie 'perempuan melayu terakhir' sebab senyap je. Tapi hakikatnya... asdfghjkl  Heh, pakai baju kurung pon tak nak. Masa sepupu aku kahwin pon boleh lagi tanya mak aku: "Bu, kena pakai baju apa nie nak gi kenduri Abang Baia?" Ofkos laa baju kurung. Ringan je mulut aku cakap, "ok, tak nak ikut..."

Nak dijadikan cerita, 13 Julai 10 tahun lepas, adik perempuan aku (Iqa) dilahirkan. Masa tengok dia mula2 macam tak caya je aku dapat adik perempuan kali nie. Aku rasa cam ntah... takleh trima. Maybe sebab aku dah biasa kot dengan siblings laki. Rasa cam nak boikot pon ada masa tu. Mak aku dah banyak kali miscarriage sebelum nie & bayi2 tu semua laki. 9 tahun tanpa adik beradik perempuan buat aku dah rasa selesa. Maybe nie la kot sebab kekasaran aku. 

Lama2 tu rasa dah boleh terima. Tak lama pon sebenarnya. After all, why can't I accept her? Darah daging aku tu.. Sedih kot mak aku kalau aku tak suka dia. Lama2 dari hari ke hari, tahun ke tahun, dah makin rapat dah. Kamceng gila kot sekarang nie. Tapi takleh simpan rahsia dengan dia, mulut bocor. haha.

Eh, asal klimaks cerita nie dah macam highlight Iqa jadi watak utama? Main purpose aku nak cerita pasal aku 10 tahun dulu. Haha. Maybe sebab dengan adanya dia menjadikan aku ada sifat keperempuanan laa kot secara slow2 & inverbally. Dia pon main Barbie, anak patung bagai... So, memang kena layan laa kan?

Bila terfikir balik hal2 10 tahun dulu memang buatkan aku jadi kerang busuk sorang2 lah. Kadang2 tak percaya, betul ke aku macam tu... Kadang2 rasa tak caya macam mana aku boleh buat turning point jadi macam nie. Whatever it is....

Just accept it :)



p/s: macam entry tribute pon ada... wat masa bday Iqa. Happy Becoming Bday Budak! :p
p/p/s: macam buka pekung di dada pon ada jugak. gasak la. memori tu. btw, pekung tu apa? =="
p/p/p/s: tabik sape abis baca. thumbs up!




17 comments:

  1. #10tahundulu trending tweet

    hhehehe

    ReplyDelete
  2. fuhhh ganasnye tumbuk org sampai berdarah! hehehe

    ReplyDelete
  3. Sob2. Aku terharu ngn perubahan kwn ak ni. Setelah lebih kurang 6 tahun kte jdik kwn, aku dh fhm bonar prangai hang..kte membesar sesama. Sob sob (ayat sedih, perasan)Ak nmpak prubahan tu..Terharu seh. HAHA.

    but still..(mood serius)
    takleh main gurau2 tumbuk ckit. aku kena tumbuk balik. sakit lak tu. Hurm, sikap tu still berbaki. HAHAHA. Tapi takper la. Semula jadi ler tu. :), warna warni kehidupan. eececec.

    Tapi jgn nanti kawin nti mu tumbuk laki mu lak. Cerai talak 3 baru taw. HAHA. Ok, papepun. Aku gembira. Tak kira mu yg kasar ke yg lmbut. Memori tu sangat indah.

    tringat mu oyk ko yana "eii, xnak la pkai spu tgn, mcm pompuan" HAHAHA..jgn mareee. TATA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. sori la beb. mana laa aku reti nk vanish perangai g2. dah mmg semulajadi jd g2. slow2 laa..

      sori laa atas domestic violent yg aku dh wat k mu slama nie. insyaAllah loni feminin habis. haha.

      woah, beragak la dop pasal kawin tu. xwat eh g2 k tok laki. haha. oih, dun mention pasal sapu tgn.. malu aku. --"

      Delete
  4. Tu lar namanyer pompuan Melayu terakhir...dulu sntiasa pakai jeans, skrg berbaju kurung nan ayu...antara kebaikannya kalu dh bsuami n dpt ank lekaki nanti...senang nk faham perasaan mereka....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehhe. baju kurung laa best. mohon nak banyak2.. :D

      Delete
  5. dan sebulan jugaklaaa akk dtg bw ke blog nih ye :p

    10thn dlu..hurmm form2..zaman nk puberty..lol

    ReplyDelete
  6. 10 tahun dlu,aku 6 tahun..kahkah
    time tue main panjat-2 pokok..kalau nak reply balik zaman tue..woo berbeza sgt dgn sekarang kot

    ReplyDelete
  7. aku habis bace! sile tabik! =P 10 tahun dulu.. umur baru 2.5 tahun.. kecik lagi.. bukan tomboy.. dah main2 belasah2 orang.. brutal sangat dah tu.. ish ish..

    ReplyDelete
    Replies
    1. untunglaa.. umur 12.5 dah pandai berblog. uiks, mengata aku ke? haha... memori tu. mmg la ko xtomboy sb ko laki. ke ponpon nie? haha

      Delete
  8. hahaha ganas benar bunyi nye awak 10 tahun dulu...hehe

    ReplyDelete
  9. aku baca sampai habis! cepat tabik...

    aku dulu duduk kat BBS fasa 2 B. hahahaha

    ReplyDelete
  10. aku abis bace, nice entry ohh.. singgah dari blog kr :)

    ReplyDelete

Satu kata memberikan sejuta makna