Friday, May 4, 2012

KA dalam kenangan


Love this song.
Maybe because of the lyrics and the melancholy melody. :)

Semalam pergi sekolah lama, SMKA Melor. Banyak betul perubahan; construction, guru2, landscape & of course students. Padahal baru 2 tahun tinggal sekolah. Kalau 10 tahun tinggal sekolah, memang tak kenal dah kot bangunan mana2.

gambar cilok daripada senior.
malas selongkar harddisk.


Bila balik sekolah tadi, terimbau kenangan2 lama. For sure, aku masih ingat junior2 memandangkan aku seorang senior yang ramah. *padahal nak cakap ngan diorang pon kena tengok nametag dulu =.="*

Masa tengah jalan2 kat kawasan sekolah, sekali nampak sekumpulan pelajar duk usya2. *err. macam popstar lak.* Tiba2 terdengar sahutan... 
"KA... KA... KA..." 
 Aaaa.. ada lagi panggilan tu? Seriously agak terkejut sebab zaman tu sudah berlalu.

Zaman bila tu?
Apa KA tu?

*********************************************************

Maybe zaman tu agak kontroversi. Masa tu tahun 2010. Aku jadi Ketua Aspuri (KA). Yerp, being KA memang satu tugas yang sangat berat. Kena kawal disiplin pelajar asrama, tarbiyyah diorang & so on. Nasib baik ada bantuan kawan (Exco2 Asrama) & Warden2. Of course bila dah jadi 'orang besar' nie, perkara biasa adalah dibenci & diboikot pelajar asrama. Mungkin juga sebab pemerintahan kuku besi yang telah dilaksanakan masa zaman kitorang. Aku pon terkenal dengan ke'garang'an. Mungkin sebab tu sampai sekarang diorang ingat. Padanlah muka aku. =.="

Aku deserve semua kebencian dan ke'boikot'an tu. Yelah, sebelum jadi KA pon aku bukannya orang baik2, goddess2 gitu. Sebaliknya KIV sekolah. Berapa kali kena sound dengan Exco & MT Asrama. Then, bila dah diangkat jadi pengawas, KA nie memang kena kutuklah. Yelah, macam ajar anak ketam berjalan. Masih terngiang2 lagi kata2 yang menyedarkan dan menjatuhkan aku:
"Dia tu dulu lagi teruk daripada kita. Sekarang nak lebih2 lak. Ingat ada orang nak ikut?"
Seriously jadi down. People always rake up the past. Aku fikir manusia memang suka menilai berdasarkan apa yang kita buat dulu. Seolah2 tak boleh terima diri kita yang baru. Walaupun sangat memeritkan tapi alhamdulillah pengalaman mengajar. Dengan kes2 yang masa zaman tu bagi aku sangat memeritkan tapi bila difikirkan menggunakan akal yang semakin matang, pengalaman tu sebenarnya satu kenangan yang indah. Aku dapat belajar sesuatu dari situ. Fahamilah perasaan orang lain. Ketegasan bukanlah hanya satu cara mendidik.

Mungkin agak lambat aku mempelajari cara mendidik manusia. Disebabkan ketegasan aku, orang takut. Diorang patuh dalam keterpaksaan. Padahal benda tu bukanlah satu kayu ukur dalam mendidik. Yang paling penting macam mana kita bawa mereka supaya patuh dan follow dengan kerelaan. *ada hikmahnya juga aku belajar law nie..huhu..* I realised. Orang susah nak follow peraturan sebab benda tu menyusahkan tapi bagi jawatankuasa nie itu adalah satu kewajipan. Kalau tak, huru-hara. Tapi method pelaksanaan tu lah yang kena betul. Sape suka pemerintahan tyranny? Kuku besi? Diktator? Huhu. sebab tu lah orang benci aku. T_T

Haha. At least, disebabkan benda tu diorang masih ingat aku sampai sekarang.. Even the 'KA'. hurmmm.. quite shocking because after 2 years, they still called me like that. Mesti kalau diorang duk lepak, ada nye la duk mengumpat sal aku. Haruslah. Tapi tak kisah pon.

Papepon, sememangnya tu satu kenangan yang takkan dilupakan. Pahit dan manisnya. Masa tingkatan 5 tu, memang aku tak sabar2 sangat nak menamatkan sesi persekolahan sebab tak tahan dengan cacian. Tapi who knows, benda tu lah yang boleh membuatkan aku tersenyum kalau recall. :)

Yang ni semua berebut nak jadi KA. haha.
rasa macam tua tanpa uniform sekolah. mcm cikgu praktikal pon ada gak. :p

After all, bila dah habis sekolah persengketaan tu dah takde. Part tu yang paling aku suka bila menjadi alumni. Walaupun benci sebesar Gunung Everest dulu, bila tamatnya persekolahan, persengketaan tu tiada lagi. Jadi makin rapat ada la. Masing2 pakat gelak bila imbau balik. :)


p/s: rakan2 seperjuangan dulu2; MT & Exco2 asrama, pengawas2... thanks sangat sebab banyak membantu diri ini dulu. terima kasih atas segalanya. ^_^

p/p/s: rasa cam mencapub ow letak gambar atas nie. =.="






17 comments:

  1. jepuk KA mulo..
    hoooo, baru tahu! ingatkn hitler..
    (gura put.. gura)

    ReplyDelete
  2. haih,..janggots kak nish kito nih..hahahahha...well,kenangan tu indah..hehe..dulu, masa hadapi semua ni, well..memang tak tahan..tapi sweet memori kottttt..!!

    heheh...wah, itulah hikmah belajar law..insyaAllah, meme kos law ni terbaik la ko mu..huhuhu

    ReplyDelete
  3. @harun:
    ha'ah. lebih kure aku nge hitler tuh. =="
    gamba adik mu tu mu prase dop?


    @nani:
    jangok laa sangat... hehe. teringat kenangan aku nangis sokmo depan mu. xleh nk tahan. dahla nangis dln kegelapan. ye dok? huhu..

    insyaAllah...

    ReplyDelete
  4. dok perase put... stail lambat g2.. ore hebt buleh la jale sekoloh.. puok2 ak nie, cikgu hambak pagi lg

    ReplyDelete
  5. @harun:
    wat ayat tacing lak. mano ado. cikgu welcome kot. nk2 mu. budak versatile skoloh. plakon, host, wokyoh.. ado blako.. perghh, mantap!

    ReplyDelete
  6. hehe.. dear, org mengata tu biasalah,
    janji kita dah cuba laksana tanggungjawab
    dengan sebaiknya. kita tak hutang mereka
    apa2 (:

    ReplyDelete
  7. @kak ayu:
    yup. prinsip masa jd KA dlu pon mmg camtu.

    "biarlah diorang mengata asalkan kita buat tugas kita, daripada diorang mengata sedangkan kita tak buat pape."

    hehe. sebenarnya banyak belajar dari akak jugak time jd KA tu. masa akak form 5, sy form 1. huhu. :)

    ReplyDelete
  8. bestnya byk kenangan... btw done follow - Noob.

    ReplyDelete
  9. dalam byk2 jawatan..jwtn berkaitan ngan asrama lah aku palaing x berapa nk minat..kire ko sgt kuat weyh..aku x dpt lerr nak jg asrama2 ni..hebatlah..Subhanaallah!!

    ReplyDelete
  10. @aiman kamal:
    yup. ustazah praktikal ngaja psi. haha..

    @noob:
    smua ada kenangan tersendiri

    @farahdya:
    mana ada kuat laa farah. cuma salah satu tanggungjawab & ujian daripadaNya. ko lg hebat. :)

    ReplyDelete
  11. Hanis, Kapuri tuu.
    Supuri pn rndu gop nii.

    Maseh ingat, pahit manis tawar masin semua, bersama.
    Dan semua tu, tggl kenangan ~

    ReplyDelete
  12. pergh! akak garang ni.. atotnyeee.. haha..

    dibenci adalah perkara biasa. sy dlu pun prnah membenci ketua asrama sy.. ;-p

    ReplyDelete
  13. @aindya:
    supuri tuu.. rindu jgk sme kamu. :)

    yup, kenangan yg takkan dilupakan. xkn berulang dh tu. hehe.

    @SZ:
    ohoho.. sama la. sblm jd KA mmg benda biasa la membenci KA. tapi bila dah jd baru tau mcm mana azabnya. =="

    ReplyDelete
  14. KA ?? aku dapat jadi ketua dorm je.. tapi tu pun dah cukup seksa kot.. memang banyak cabaran nye.. tambah lak yang nak dicontrol tu member sebaya sendiri -_- Ape pun bagus r ko berjaya hadapi dugaan sebagai KA tu.. tepuk tepuk!

    ReplyDelete
  15. oh.itu nama nya KA.
    huhu.ok,rindu lah dekat kawan2

    ReplyDelete
  16. Thank you for the good writeup. It in fact was a amusement account it. Look advanced to far added agreeable from you! By the way, how could we communicate?

    ReplyDelete

Satu kata memberikan sejuta makna