Wednesday, May 9, 2012

Bola Sepak & Perempuan



Lokasi: Di rumah
Pelakon: Along, Iqa & Amin

Suatu ketika, tersebutnya al-kisah 3 saudara sedang bersenang-lenang di ruang tamu rumah. Arakian si Along bertanya kepada si Iqa tentang Manchester United. Mengapakah begitu? Hal ini berketepatan dengan preman yang dipakainya; Jersi Manchester United yang baru diborong sehari sebelum itu..

Maka, perbualan pon bermula:

Si Along: Iqa, Iqa minat ke Man U?

Si Iqa: Ha'ah...

Si Along: Iqa cuba sebut Man U menang bape kali EPL?

Si Iqa: Ntah...

Si Along: Cuba sebut siapa antara pemain Man U?

Si Iqa: ..... Manalah Iqa tau!

Tetiba, ada orang mencelah...

Si Amin: alaaa Iqa.. Ingat Nani, Rooney....

Si Along: Iqa, cuba teka siapa coach Man U?

Si Iqa: ....

Si Amin: Tau... Alex Ferguson

Si Along: apalah Iqa nie.. cakap minat Man U..

Si Iqa: Alaaa.. Iqa tak tahu lah. Iqa minat je.



Haha. Aku duk tahan gelak je masa sesi soal jawab nie berlaku. Kesian Iqa kena muntah bulat2 dengan Along. Mentang2 la Along nie die-hard-fan Man U, senang je soal budak dengan soalan melangkaui batas pemikirannya. Ye ke? Ye la kot, Iqa baru darjah 4. *Eleh along, at least ada jugak peneman Along yang minat Man U kat rumah...*

For sure, macam tu lah perempuan dengan bola sepak. Aku tak nafikan, minat macam mana pon perempuan dengan bola sepak, dia tak tengok semua match, tak tau siapa coach & siapa pemain tu. Jersi nombor bape tah mana laa nak amik tau. Minat pon maybe sebab player & sebab tengah kecoh2.. So, why not they pick a team and like it? Hahaha.. Kalau tau pon, tau team yang diorang minat je laa..

[PIC UPDATE]
undeniable!


Aku minat Chelsea? Masa tu aku darjah 3. Teruja tengok highlight masa buletin utama. Kebetulan masa tu Lampard tengah golkan. So, secara tak langsung, jatuh hati kat Chelsea (Lampard kot sebenarnya) *Amboii.. gila gedik.*

So far, girl yang betul2 minat bola yang aku kenal adalah Kak Yussida. Kegilaannya terhadap Barca tak payah cakap. Memang minat Barca habislah esp Messi. Sampai match Barca ngan sape tah pegi jugak. Hahai.. 



p/s: Mood melayu klasik di awal entri adalah untuk mengkaji semula bahasa melayu klasik setelah lama tak belajar Prosa Tradisional dan rujukan dilakukan di sini.. =="


7 comments:

  1. Nani manU ni..orang selalu gelar ko aku gitu...haihh..katanya depa..Nani ni, main bola tapi xnampak tuan..heheh..well betul la gapo mu oyak..huhuhu..minat setaro mno pom..xdop la sapo tahu belako..tadop la sapa ngamuk liverpool kaloh ngn chelsea..waakakakak

    ReplyDelete
  2. dari kecilkan.. kak ayu tak suka bola...

    tapikan... mujurlah en zalie dan umai juga bukan peminat bola..

    jadi, tak tahu siapa pemainnya. dan negara mana yang best2 bermain...

    ReplyDelete
  3. haha.. biasalah.. perempuan.. u know how they r.. ;-p

    org minta bola, dia pun ckp minat bola.. bila tanya, tak tahu..

    tp bagusla. bleh sapot suami yg kaki bola. keh3..

    ReplyDelete
  4. @Nani:
    hahaha. Nani man u ponboleyy.. terer n hensem! >.<

    aku tau doh mu pesen g2. koya minat tp habuk pon xtaw. kan? ehhe. gurau je mek! :p


    @CR:
    hehe, untung kak ayu.. jarang nak jumpa laki yag tak amik port pasal bola. ^^

    kalau akk start tengok, mesti husband akk pelik. ehhe.


    @SZ:
    biasalah... banyak lagi perempuan kena amik tau.. masak.. haha.

    ye la tu. untung sbnrnya pompuan minat bola even xtaw pape. haha

    ReplyDelete
  5. aku minat gak r bola.. tapi takde r minat gile2.. bile rase nak tengok, tengok.. tambah lak match best2 sume 2,3 pagi.. memang takde r nak bangun.. huu

    ReplyDelete
  6. saya tak minat,
    tapi saya akan tonton bila
    Malaysia atau Kelantan bertarung ^^

    ReplyDelete
  7. aah..
    aku minat tgk bola tpi sokong mana2 ..
    kecuali kalau Malaysia atau selangor..
    terpaksa r sokong..haha ;p

    ReplyDelete

Satu kata memberikan sejuta makna