Thursday, May 24, 2012

First Job

2 Rejab dah ye? Tak lama lagi dah tu nak masuk bulan Ramadhan.

Officially, aku start keje part-time hari nie. Dekat lawyer firm ---> Muhamad & Co.. Hari nie pon agak tergesa2. Tak tau sama ada nak gi ke tak. Perghh. tak semangat langsung. Malu pon ada. Aku takleh nak imagine camne suasana keje kat situ sebenarnya. 

Then, I made up my mind, why not kalau aku pergi je? Dapat pengalaman jugak.. Erk, boleh la pulak nak pilih2 nak keje ke tak. Orang lain kemain cari kerja walaupun ada banyak kelayakan. Aku yang takde kelayakan nak main fikir2 camtu lak. Tak bersyukur langsung. Padahal, peluang dah ada depan mata.

Sesampainya kat sana, aku completely puzzle. Apa yang aku bakal buat? Pekerja pon tak ramai sangat. Dalam 2 orang lawyer, 2 orang kerani. Aku jadi apa tah nanti, buat kopi? Cleaner? Blurr gila. Ayah aku cakap ngan owner firm yang merangkap kawan dia. Kebetulan diorang pon short-staffed. So, why not aku isi kekosongan tu walaupun aku tak tau apa yang bakal aku buat.

Aku managed kenal semua staff. (bajet ramai, 4 orang je pon). Nasib baik semua keje yang aku kena buat diconduct oleh lawyer dan kerani kat situ. Memang aku tak paham sepatah pon apa yang aku kena buat. Tetiba suruh ambil fail, check2 spelling nama, IC defendan. Bagi aku senang je la kot part tu.


Aku buat keje kat meja nie. Abaikan kalendar tu. =="


Files... zzz.. I'm flying.. Buzzing all around...

But then, bila masuk second part. Kena check tarikh arahan fail, resit affidavit, resit penghakiman, surat sumpah, kertas penghakiman kes, kena cop surat. Semua kena ada, kalau takde, fotostat. Kalau takde resit, kena buat surat akuan resit affidavit & penghakiman. Saat yang paling mendugakan, bila semua resit tu bercampur baur, kertas yang memenuhi meja & bersepah2 habis meja. Boleh jadi gila kot. Damn!

Oh ye, Kak Wani (Peguam) tu suruh aku check fail2 yang berkaitan dengan kes PTPTN. Haha. It was tickling me back then. Baru semalam duk heboh debat PTPTN KJ and Rafizi pasal tu. Obviously, memang sangat banyak tunggakan hutang. Ye lah, mana laa tak tertunggak hutang. Masa aku tengah skimming and scanning fail-fail tu pon, hutang majoriti RM 15k, 20k. Tu tak termasuk lagi dengan cas 3% & 4% dari PTPTN. Court pulak akan tambah 8% kat badan tu. Tu tak termasuk lagi jumlah yang defendan kena bayar kat court.  Mana la tak tinggi jumlah semua yang kena bayar. Aku sokong kalau mansuhkan bunga (interest-free loan) Kalau mansuhkan terus tu tak la. Banyak consequences.

File case PTPTN.


Suasana keje? Hmm... Nama pon lawyer firm. Suasana agak hectic, bunyi mesin fotostat & telefon non-stop. Rasa cam broker pon ada jugak. Haha. Maybe sebab aku newbie, aku je la kot rasa camtu. Tanya staff kat situ camne nak buat itu, ini. Kena tebalkan muka laa kalau nak blaja. Kalau malu nak tanya, memang tergendala la semua kerja.

There's more. Abundant actually.

Seronok sebenarnya. Admit that, bukannya senang being first timer. Buat la awkward pon, dari situlah kita belajar. Walaupun agak keletihan sebab memerlukan ketelitian pancaindera masa buat keje as kerani nie. (Mata kena teliti tengok ejaan, nombor.. Kaki kena cekap sebab nak jalan ke hulu hilir meja-mesin fotostat.. Tangan kena cekap belek fail, taip... & so on..)

Bak kata Madam yang ajar GPML sem lepas...



Well, it's kinda fresh experience. Aku saja nak cari pengalaman. Kerja lepasan asasi bukannya based daripada kelayakan. Cuma nak belajar daripada pengalaman. Experiece kan the best teacher. =)







Saturday, May 12, 2012

Rant on Malu

Pernah ketika dalam kelas, ustazah Arabic 4, Puan Mina, bercakap tentang 'Malu'. Beliau cakap pasal tu sebab beliau hairan kenapa student tak mau tanya kalau tak faham. Kenapa mesti senyap? Mungkin sebab kitorang tak tau nak ngomong arab, so, malu la kalo salah... Ouh, so bad... (-,-")

Lepas tu, beliau memanjangkan lagi lecturenya dan bercakap perihal Malu ni. Dalam bahasa arab, ada 2 perkataan yang membawa maksud malu iaitu; Khajal & Haya' (حياء & خجل). Khajal tu malu  terhadap sesuatu. Basically, malu yang tak bertempat laa sebab dia rasa diri dia hina daripada orang lain. & so on. Contoh lain; malu nak tanya, malu nak present & etc..

Berbeza pulak dengan Haya'. Haya' ni sifat malu yang wajib ada dalam diri manusia. Haya' nie adalah malu yang bertempat & WAJIB ada dalam diri manusia. Contohnya; Malu nak melakukan kemungkaran, malu nak tengok maksiat & so on...

Lagipon dalam hadis, Nabi ada menyatakan: 
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Malu adalah sebahagian daripada iman, dan iman adalah di Syurga..." (H.R al Tirmizi) <--- dalam hadis nie, Baginda maksudkan Haya' bukan Khajal.

Lecture ustazah tu ternyata memberi kesan. Apa sebenarnya beza antara malu tak bertempat (Khajal) & malu yang bertempat (Haya')... Kita tak boleh la simply bagi dalil malu tu sebahagian daripada iman sebab tu tanak tanya dalam kelas. Kalau buat maksiat, tak malu pulak? Hahai, tunggang terbalik habis.

Ok, cuba check diri kita dengan persoalan2 kat bawah nie. Yang nie pon aku amik dari status sapa tah. Dia share kat fb. So, aku pon share la through blog yang dhaif nie. 


#1. Malu kerana berbaju kurung? atau malu berpakaian tidak menutup aurat?



#2. Malu kerana tiada kekasih? atau malu ke hulu-hilir dengan yang tidak halal untukmu?

#3. Malu kerana dikatakan alim? atau malu dikatakan teruk?


#4. Malu dikatakan kuno disebabkan mengikut syariat Islam? atau malu dikatakan lupa agama Allah?

#5. Malu menasihati ke arah kebaikan? atau malu mengajak ke arah kemungkaran?
[Klik untuk tumbesaran]

#6. Malu kerana melakukan apa yang manusia tidak suka? atau malu melakukan apa yang Allah tidak suka?
[Klik untuk tumbesaran]

Dah checklist? Kita banyak Khajal atau Haya'? Sama-samalah kita tahsin diri kita ke arah kebaikan. :)

Wallahu'alam...




p/s: gambar pon save-reupload. Sebarkan sahaja.


Wednesday, May 9, 2012

Bola Sepak & Perempuan



Lokasi: Di rumah
Pelakon: Along, Iqa & Amin

Suatu ketika, tersebutnya al-kisah 3 saudara sedang bersenang-lenang di ruang tamu rumah. Arakian si Along bertanya kepada si Iqa tentang Manchester United. Mengapakah begitu? Hal ini berketepatan dengan preman yang dipakainya; Jersi Manchester United yang baru diborong sehari sebelum itu..

Maka, perbualan pon bermula:

Si Along: Iqa, Iqa minat ke Man U?

Si Iqa: Ha'ah...

Si Along: Iqa cuba sebut Man U menang bape kali EPL?

Si Iqa: Ntah...

Si Along: Cuba sebut siapa antara pemain Man U?

Si Iqa: ..... Manalah Iqa tau!

Tetiba, ada orang mencelah...

Si Amin: alaaa Iqa.. Ingat Nani, Rooney....

Si Along: Iqa, cuba teka siapa coach Man U?

Si Iqa: ....

Si Amin: Tau... Alex Ferguson

Si Along: apalah Iqa nie.. cakap minat Man U..

Si Iqa: Alaaa.. Iqa tak tahu lah. Iqa minat je.



Haha. Aku duk tahan gelak je masa sesi soal jawab nie berlaku. Kesian Iqa kena muntah bulat2 dengan Along. Mentang2 la Along nie die-hard-fan Man U, senang je soal budak dengan soalan melangkaui batas pemikirannya. Ye ke? Ye la kot, Iqa baru darjah 4. *Eleh along, at least ada jugak peneman Along yang minat Man U kat rumah...*

For sure, macam tu lah perempuan dengan bola sepak. Aku tak nafikan, minat macam mana pon perempuan dengan bola sepak, dia tak tengok semua match, tak tau siapa coach & siapa pemain tu. Jersi nombor bape tah mana laa nak amik tau. Minat pon maybe sebab player & sebab tengah kecoh2.. So, why not they pick a team and like it? Hahaha.. Kalau tau pon, tau team yang diorang minat je laa..

[PIC UPDATE]
undeniable!


Aku minat Chelsea? Masa tu aku darjah 3. Teruja tengok highlight masa buletin utama. Kebetulan masa tu Lampard tengah golkan. So, secara tak langsung, jatuh hati kat Chelsea (Lampard kot sebenarnya) *Amboii.. gila gedik.*

So far, girl yang betul2 minat bola yang aku kenal adalah Kak Yussida. Kegilaannya terhadap Barca tak payah cakap. Memang minat Barca habislah esp Messi. Sampai match Barca ngan sape tah pegi jugak. Hahai.. 



p/s: Mood melayu klasik di awal entri adalah untuk mengkaji semula bahasa melayu klasik setelah lama tak belajar Prosa Tradisional dan rujukan dilakukan di sini.. =="


Friday, May 4, 2012

KA dalam kenangan


Love this song.
Maybe because of the lyrics and the melancholy melody. :)

Semalam pergi sekolah lama, SMKA Melor. Banyak betul perubahan; construction, guru2, landscape & of course students. Padahal baru 2 tahun tinggal sekolah. Kalau 10 tahun tinggal sekolah, memang tak kenal dah kot bangunan mana2.

gambar cilok daripada senior.
malas selongkar harddisk.


Bila balik sekolah tadi, terimbau kenangan2 lama. For sure, aku masih ingat junior2 memandangkan aku seorang senior yang ramah. *padahal nak cakap ngan diorang pon kena tengok nametag dulu =.="*

Masa tengah jalan2 kat kawasan sekolah, sekali nampak sekumpulan pelajar duk usya2. *err. macam popstar lak.* Tiba2 terdengar sahutan... 
"KA... KA... KA..." 
 Aaaa.. ada lagi panggilan tu? Seriously agak terkejut sebab zaman tu sudah berlalu.

Zaman bila tu?
Apa KA tu?

*********************************************************

Maybe zaman tu agak kontroversi. Masa tu tahun 2010. Aku jadi Ketua Aspuri (KA). Yerp, being KA memang satu tugas yang sangat berat. Kena kawal disiplin pelajar asrama, tarbiyyah diorang & so on. Nasib baik ada bantuan kawan (Exco2 Asrama) & Warden2. Of course bila dah jadi 'orang besar' nie, perkara biasa adalah dibenci & diboikot pelajar asrama. Mungkin juga sebab pemerintahan kuku besi yang telah dilaksanakan masa zaman kitorang. Aku pon terkenal dengan ke'garang'an. Mungkin sebab tu sampai sekarang diorang ingat. Padanlah muka aku. =.="

Aku deserve semua kebencian dan ke'boikot'an tu. Yelah, sebelum jadi KA pon aku bukannya orang baik2, goddess2 gitu. Sebaliknya KIV sekolah. Berapa kali kena sound dengan Exco & MT Asrama. Then, bila dah diangkat jadi pengawas, KA nie memang kena kutuklah. Yelah, macam ajar anak ketam berjalan. Masih terngiang2 lagi kata2 yang menyedarkan dan menjatuhkan aku:
"Dia tu dulu lagi teruk daripada kita. Sekarang nak lebih2 lak. Ingat ada orang nak ikut?"
Seriously jadi down. People always rake up the past. Aku fikir manusia memang suka menilai berdasarkan apa yang kita buat dulu. Seolah2 tak boleh terima diri kita yang baru. Walaupun sangat memeritkan tapi alhamdulillah pengalaman mengajar. Dengan kes2 yang masa zaman tu bagi aku sangat memeritkan tapi bila difikirkan menggunakan akal yang semakin matang, pengalaman tu sebenarnya satu kenangan yang indah. Aku dapat belajar sesuatu dari situ. Fahamilah perasaan orang lain. Ketegasan bukanlah hanya satu cara mendidik.

Mungkin agak lambat aku mempelajari cara mendidik manusia. Disebabkan ketegasan aku, orang takut. Diorang patuh dalam keterpaksaan. Padahal benda tu bukanlah satu kayu ukur dalam mendidik. Yang paling penting macam mana kita bawa mereka supaya patuh dan follow dengan kerelaan. *ada hikmahnya juga aku belajar law nie..huhu..* I realised. Orang susah nak follow peraturan sebab benda tu menyusahkan tapi bagi jawatankuasa nie itu adalah satu kewajipan. Kalau tak, huru-hara. Tapi method pelaksanaan tu lah yang kena betul. Sape suka pemerintahan tyranny? Kuku besi? Diktator? Huhu. sebab tu lah orang benci aku. T_T

Haha. At least, disebabkan benda tu diorang masih ingat aku sampai sekarang.. Even the 'KA'. hurmmm.. quite shocking because after 2 years, they still called me like that. Mesti kalau diorang duk lepak, ada nye la duk mengumpat sal aku. Haruslah. Tapi tak kisah pon.

Papepon, sememangnya tu satu kenangan yang takkan dilupakan. Pahit dan manisnya. Masa tingkatan 5 tu, memang aku tak sabar2 sangat nak menamatkan sesi persekolahan sebab tak tahan dengan cacian. Tapi who knows, benda tu lah yang boleh membuatkan aku tersenyum kalau recall. :)

Yang ni semua berebut nak jadi KA. haha.
rasa macam tua tanpa uniform sekolah. mcm cikgu praktikal pon ada gak. :p

After all, bila dah habis sekolah persengketaan tu dah takde. Part tu yang paling aku suka bila menjadi alumni. Walaupun benci sebesar Gunung Everest dulu, bila tamatnya persekolahan, persengketaan tu tiada lagi. Jadi makin rapat ada la. Masing2 pakat gelak bila imbau balik. :)


p/s: rakan2 seperjuangan dulu2; MT & Exco2 asrama, pengawas2... thanks sangat sebab banyak membantu diri ini dulu. terima kasih atas segalanya. ^_^

p/p/s: rasa cam mencapub ow letak gambar atas nie. =.="