Friday, February 24, 2012

Que Sera Sera

Hari tu, masa duk dalam kuliah, tetiba kawan aku panggil kawan dia "Sara... Sara..". Ceh. Padahal nama Sahira je pon, abis nak panggil Sara (pronunciation: Sera). Haha. Ok,fine. Tak klaka.

Tapi disebabkan panggilan dia tu yang telah menerjah masuk pendengaranku, tetiba aku terecall satu memori daun pisang masa sekolah rendah. Masa tu aku darjah 4. First time la pegi kelab Kokurikulum. Aku masuk kelab BI (ELS). Sir Hamdan b. Ahmad yang conduct kelab tu.




Then, first perjumpaan kitorang dikehendaki untuk menyanyikan lagu nie. Que Sera Sera. Nak dijadikan cerita, aku just humming time tu sebab aku tak berapa suka. Macam melankolio & slow2 apa je. Lirik pon klaka. Bagi aku la masa darjah 4. Kalau nak dengar klik video kat bawah nie.







Ok, back to suasana dalam dewan kuliah. Bila dengar je kawan aku pangil Si Sara tu terus aku buka 4shared & nak download lagu tu. Heh. Dulu tak suka, sekarang amik... Kan dah beria2 cari... Lagu tu dah lama sangat2. Tahun 1956. Abah aku pon tak lahir lagi. Sang by Doris Day.
 
Bila aku fikir2 balik, memang agak sama la dengan life aku. Lagu nie agak meaningful even though lirik dia sangat2 ringan & melodi dia sangat klasikal. Lagu nie agak terkena jugak la dengan aku. Selalu jugak tertanya what will my life be. But then, I just let it follows the flow. Racangannya banyak. Antara mimpi & realiti je la.
"Que Sera Sera
Whatever will be will be"

And what I achieved today, kebanyakannya aku tak duga. Contohnya dulu pernah la kununnya bermimpi nak amik kos Kimia, skali ended up dengan asasi Syariah & Law. Tapi bersyukur sangat2 sebab banyak benda baru aku blaja. Cita2 masa kecik lagi la banyak; jadi doktor la, cikgu la, arkitek la, penyanyi la (melalak je reti dulu...) & many more.
"The futures not ours to see."
Yup, kita takkan sangka apa yang akan terjadi dengan kita punya masa depan. Nak jadi pilot tapi ended up ngan chef? Nak kawin dengan anak raja skali kawin dengan rakyat jelata? Not to mention kebanyakan kita just follow the flow. Bak kata orang melayu: Apa nak jadi, jadi laa...

Memang betul segala apa yang berlaku tu ketentuan takdir aka ketentuan Ilahi. Tapi kita wajib berusaha sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku... Allah pon ada berfirman: Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum mereka mengubah nasibnya sendiri. (Ar-Ra'du: 11)

So? think ahead.



 p/s: Sahira & Atikah. kalau korang baca post nie, aku bukan nak perli tau. Saja, nak ucap thanks sebab tolong recall memory nie. ^_^




7 comments:

  1. wah wah che'ah...
    lama xdgr cte kau.
    terkejut aku kau drop cni...
    yeah, another moment that i will never forget. :)

    ReplyDelete
  2. lagu tu bukan lagu budak2 ke? tror betul siap boleh tau penyanyi asal lagu tu.. twinkle2 little star sape nyanyi? =P <-- saje

    ReplyDelete
  3. @kay_are:
    twinkle2 little star tu penyanyi dia siti nurhaliza... sebab tu femes kat mesia nie. sb penyanyi dia bersuara lunak merdu. kan3..? haha.

    ReplyDelete
  4. klasik giler lagu... hahaha...

    psssttt... header tu sabaq sat nowh.. tp, apa kata try cuba2 wat sindri.. mana tahu menjadi.. sy pun mula belajar buat main hentam kromo ja.. heheh..

    ReplyDelete
  5. @SZ:
    memang klasik sangat pon. irama 50-an tu. haha...

    xpe je... sy xkisah sangat pon.
    mmg nk try jugak wat sndiri. hehe.
    kalo hampa bz, tak payah buat tau...
    sori sebab menyusahkan hampa naa.. hehe

    ReplyDelete
  6. tolong ajar aku lalu belalang yg dulu2x 2 takpun little star ke.nostalgia betullah...teringat zaman kecik-kecik pulak dah

    ReplyDelete

Satu kata memberikan sejuta makna