Friday, November 25, 2011

Perihal bola

Sejak akhir2 nie, makin hangat pasal bola kat Malaysia. Al-maklumlah, lepas Sea Games, kelayakan olimpik pulak. Lepas menang menentang Indonesia dalam Final Sea Games 2011 hari tu, populariti pemain Malaysia melonjak naik. Yeay! Aku pon tumpang gembira. Ramai orang update status macam2 kat fb. 
"Tahniah Malaysia."
"We are proud to be Malaysian"
"Patah sayap Garuda diterkam Harimau! :D" *err, tu status aku...*
* sebagainya....



Even mak aku yang sememangnya minat bolanya mendahului aku suruh aku tengok match tu especially part penalti. Yea, quite mendebarkan. Macam aku pulak jadi Apek. hue hue hue.

Technically, aku pon bukannya minat sangat bola. Takdelah update sangat perkembangan pasal bola. Gaya bagai nak rak, kononnya aku nie peminat setia Chelsea. Semua benda nak Chelsea. Tapi dah nama pon perempuan, asal usul minatnya adalah terhadap player sahaja. Apasal la sume soccer player hensem? Errr....

Especially yang ni. Frank Lampard... :-D

Tapi lama2 tu memang jadi minat gak la. Just minat, tak sampai tahap obses macam Alexa Yussida lagi dengan Barca nya. Hehe... :-p

But then, masa final Indon vs. Malaysia tu, kita tau yang Fakri Saarani takde rezeki untuk menyumbatkan penalti, masa tu mulalah semua orang duk kutuk.Hamboih... Takmo laa main kutuk2. Dia dah main 120 min atas padang tu. Kamonlah. Dia pon ada perasaan gak. Klik SINI untuk baca komennya. Adat laa tu, lastly menang jugak... Syukur, alhamdulillah...

Then, tak sampai 24 jam, Malaysia vs. Syria lak. Yeah, everybody expected the miracle will happen tapi sayang, Malaysia kalah 0-2 ke atas Syria. Ada laa segelintir rakyat Malaysia yang kutuk sebab kalah. Masa tu barulah kita boleh detect sape sebenarnya supporter & tak. Tapi ramai je yang still sokong. Especially aku. 

Yelah, penat kot berjuang 120 min kat Indon, then, kena kena berjuang menentang Syria lak. Agak la wei. Tak payahlah nak kutuk2. Sapelah sangat kita nak kutuk diorang. Ni ada yang siap nak pertikaikan lagi Malaysia:
"kemenangan di Indon takde makna..."
"sedangkan garuda dilangit dapat diterkam, masakan unta di Bukit Jalil dibiarkan..."
Tak payah nak hipokrit sangat laa... Time menang, We are proud... Time kalah, Wat maluu je... Menyesal aku sokong. Malaysia lembik laa.. bagaikan pohon nyiur melambai2... Berubah pendirian. 

So, sayangilah negara kita. Support la bola sepak tanah air kita. =D




16 comments:

  1. biasalah tu..setiap kemenangan di sanjung dan setiap kekalahan di kutuk..ni semua mentaliti rakyat kita sendiri..kalau banding dgn negara barat walaupun kalah mereka tetap menyanjung pemain2 itu atas usaha dan penat lelah mereka bermain untuk negara..:)

    ReplyDelete
  2. hamboiihhhhhh....tok mudoh sae bek aku loni..hahahahah...semangat demo bab2 bola nih..
    hahahah

    tapi ambo sokong la pendapat demo..bilo kaloh, habis nyo kutuk..bilo mene baru nok oyak la

    'ambo banggo jadi rakyat malaysia" ehhehe

    ReplyDelete
  3. yang 'cantik' dipuji, yang 'buruk' dikeji.. hehe. salam kenal. sayang malaysia juga

    ReplyDelete
  4. support2!!

    hee jom gi tgk bola mlm esok..;p

    ReplyDelete
  5. aku mmg expect kalah pun even lawan indon aku mmg harap gila menang sbb secara realistiknya memang kita boleh menang lawan indon'

    tp nak lawan org timur tengah memang tak la~ belum capai tahap lg

    ReplyDelete
  6. hehe..x obses tp minat je :p

    Syria siap sujud syukur..dorg mmg deserve tuk mng pon..ni lwn bahrain..msia akan mng..hihi

    ReplyDelete
  7. @Jay:
    yup, mentaliti rakyat. spatutnya sikap tu haruslah mcm penyokong luar negara. susah senang bersama.


    @Inani:
    xsemangat po mu ehh.... mu semangat ag, pes 2,3 dalam beg... perghh dasat! :P



    @farahdya:
    hoho... memang bangga.. smpai 3. :D


    @raziq:
    salam kenal. mmg camtu lah rakyat Malaysia nmpknya.. --"

    ReplyDelete
  8. @Juliet_ira:
    hoho... kalah lg nmpknya, btw. malaysia leading tu pon da agak mmberangsangkn... sabor je laa...


    @ARC:
    hoho... ko memang psikik...
    tengok la mlm nie. kalah pulak. huhu..

    aku xkesah sangat menang x, tu sume adat tp mentaliti rakyat camtu, menang sume bangga tp kalah cam haremm prangai...



    @kak yuss:
    xmenang jugak laa nmpknya... xpelah, better luck next time.. huhu...

    ReplyDelete
  9. yeah! ada jugak girl yg buat pengakuan terbuka, tengok bola sbb player ensem saja.. ;-p

    ReplyDelete
  10. @SZ:
    ceh... jamu mata sekali sekala... haha.. nak paham istilah bola tu takde la sgt. tp ble dah lama2 tgk, paham la jugak... haha...

    ReplyDelete
  11. menang or kalah tu dh mmg adat brtanding...tp kekalahan la yg senanye bleh mngajar seseorg tu utk trus bangkit tuk hadapi kemenangan seterusnye..sbb kemenangannye trtunda..

    ReplyDelete
  12. dan kali terakhir lawan Bahrain.patut dah menang dan dijadikan bekal utk perlawanan akan datang.tapi bazirkan 2 gol sebab dah leka sangat..

    apapun buat lagi yg terbaik.

    ReplyDelete

Satu kata memberikan sejuta makna