Friday, November 11, 2011

Pencinta memori

11-11-11.
tahun lepas duk heboh 10-10-10
tahun depan 12-12-12
tahun seterusnya? takde bulan 13. =.=''

Nothing special bout this day. cuma tarikhnya je kot yang lawa. Bagi aku hari nie yang specialnya bila family aku & aku kena berpulun kemaskan rumah. (bukan berkemas sangat kot, lebih kepada merombakkan rumah). Kena packing2 barang, masukkan barang dalam kotak, beg, plastik & sebagainya. Kenapa? Sebab tak lama lagi akan tiba masa penghijrahan dari rumah lama ke rumah baru. Tak sabar kott... >.<

Ni baru suku... Tak habis lagi packing nie. haih


Bila tengah kemas2 rumah (means kena belek balik barang2 lama i.e.: Baju2, buku2, cenderamata & others), tengok barang2 tu memang menggamit memori & nostalgia kot. Teringat balik masa zaman2 sekolah dulu *macam la lama sangat tinggal sekolah...* 

Even uniform sekolah rendah masa darjah 6 pon aku simpan satu set. Uniform sekolah menengah satu set. (macam KFC je set2 nie) Bukan apa, bagi aku tu semua adalah kenangan. Dan aku dapat lihat betapa terbantutnya tumbesaran aku. Cam nak sama je saiz. Ceh. 

Yang kiri - uniform sekolah rendah (Librarian time tu)
Yang kanan berkot tu - uniform sekolah menengah (pengawas time tu)
kaler nak sama, tugasan lain2... huhu

Dan selain daripada baju, antara khazanah lain: Buku. Buku2 PMR, SPM. UPSR? err... tak simpan dah la. ke ada dalam kotak lain. =.=''

Sungguh, aku tak tau macam mana nak manfaatkan buku2 nie. Adik2 aku pon kian membesar. Yang bawah aku form 4, boleh lah dia guna buku SPM aku. Yang 2 orang bawahnya darjah 4 & darjah 3. Mungkin formatnya berbeza satu hari nanti. Bukan tak pernah bagi kat orang, tapi mungkin kuantitinya yang banyak. *rajinlah katakan masa zaman kegemilangan sekolah menengah dulu (tapi masa PMR je la rajin, SPM hampeh)* 

Bila mak aku suruh asingkan yang mana nak simpan, yang mana nak bagi kat orang, aku jadi keliru, sebab tu proses pengasingan nie aku memang slow. Tak tau macam mana nak asingkan. Semua benda penting, semua memori. hadoii... susah kot jadi aku. Bukan senang nak hapuskan nostalgia nie. (ecece ayat...) Daripada barang2 lama tu lah, kita dapat tengok betapa membesarnya kita, dari segi saiz badan, tulisan & sebagainya.


Kalau macam tu, kena tambah slot kat rumah baru. "Muzium Hansyitake~"... ehhe. banyaklah songeh. Memang khazanah2 lama tu memori. Simpanlah yang mana patut je. Kalau tak bersawanglah rumah disebabkan khazanah2 lama tu. Kalau jaga rapi, takpelah jugak. Kena upah penjaga muzium nie. Siapa nak?


p/s: korang ada simpan barang2 lama? Barang apa yang paling veteran bagi korang? ehhe. 





12 comments:

  1. ooo..mesti keliru yg mana nak buang ngn yg mana xmau buang kan???heheheh..
    hadiah2 sy bagi, ada lagi tak????? heheheh..memori tu indah kan awak???syg la nak buang semua barang tu..heheh..

    nanti awak bawaklah sy pegi umah awak..^^

    ReplyDelete
  2. kenangan itu kadang2 membawa perkara yang manis dan kadang2 juga membawa perkara yang pahit. :)
    selamat berhijrah ke rumah baru. :)

    ReplyDelete
  3. ^^..selamat berpindah lar yerk..

    ReplyDelete
  4. selamat berkemas~
    hehe..n slmat brpindah ke rumah idaman kamoo tu..(nice bungalow)

    ReplyDelete
  5. @inani:
    yup, aku masih simpan. tersemat di dalam kotak yang bakal dipunggah... haha... :D

    @alifomar:
    banyak sangat kenangan pahit & manis dalam dunia. tu lah yang dinamakan kehidupan..
    thanks. :)

    @farahdya:
    yup, thanks kawan.. tolong punggah2 barang pon boleh gak... ehhe. :D


    @atheefasufeena:
    yup, ehhe. mana ada banglo besar. kecik je. meh la datang kelantan. :D

    ReplyDelete
  6. weyh makcik. meyh aku wish ag meyh.





    **selamat jadi tue.moga pnjg umoq murah rezki. ekekkee^^ may allah bless. peace yaww!!

    ReplyDelete
  7. @stalker hebat:

    maaf lah makcik....


    aku tipu je.

    bday aku dah lama lepas...


    btw, thanks for the wish. i like it. ^^

    *sori yuk...* huhu

    ReplyDelete
  8. Alololo....
    tak main la merajuk2....

    sori... :S

    ReplyDelete
  9. haha.. nostalgia kan..

    sy pun suka simpan brg2 yg ada nilai sentimental.. even kotak kosong skalipun n resit2.. =_='

    ReplyDelete
  10. sentimental boleh jadi mental kalau byk sgt..buang je..haha

    ReplyDelete
  11. @SZ:
    erk, cam sme je... kadang2 resit pon simpan gak... ahaha


    @DuaniakuAbstrak:
    erk? ada ke sampai mental bro... tak penah lg dengar camtu... =.=''

    ReplyDelete

Satu kata memberikan sejuta makna