Friday, October 21, 2011

Niat



Lumrah manusia yang memang sukakan benda yang baik2, sukakan pujian, sukakan something yang boleh menyedapkan perasaan. Benda tu normal. Yang membezakannya, macam mana kita menerima benda2 tu. 

Satu pengajaran buatku apabila mula melakukan sesuatu yang bukan keranaNya. Mulalah kita akan rasa riak, bangga diri & nakkan penghargaan. Padahal, kita dah maklum buat sesuatu kerana Allah....

Perasaan camtu pernah melanda diri aku. Kononnya lecturer pernah announce dalam kuliah yang group aku (subjek Law) pernah dapat 2 kali presentation terbaik among other groups & tutorials. Alhamdulillah, kitorang bersyukur sangat sebab penat lelah membuahkan hasil.

So, untuk kali ketiga, kitorang pon (yang kononnya competitive nie) nak buat slide terbaik lagi untuk topik Alternative Dispute Resolution (ADR). So, bersengkang la mata. Namun, apa yang diharapkan tak kesampaian. Agak sedih la jugak. Tapi tulah yang terjadi bila kita buat something bukan keranaNya. Memang la kitorang dah setting niat buat slide tu demi menuntut ilmu tapi mungkin bukan sebagai niat yang prior.


*****************************************



I learned a thing after that. 

Benda tu adalah ujian. Bukan kesusahan dan kemudaratan je ujian tapi semua. Yang penting, macam mana kita react dengan ujian tu. Bakal bangun atau bakal rebah? Semua adalah reaksi kita. Daripada pengalaman aku tu, yang paling prior adalah niat kita. Lagipun, hadis 1dalam hadis 40 yang disusun oleh imam Nawawi adalah berkaitan dengan NIAT.

Kadang2 kita lupa niat utama kita. Sebab tu la kena perbaiki niat sokmo op? :)



p/s: final exam next week! doakan aku.... (^_^)V

Wednesday, October 12, 2011

Andai kematian menjelma...


Assalamualaikum....

Just having a little thought...

Semalam, time dalam kelas, kitorang saje2 la borak.. 
(Ikuti perbualan kat bawah. Dialog antara 2 orang member aku)


Ummi: Eh, ada orang top-up kan aku RM 10. Aku tanya mak bapak aku... 22 cakap tak...
Wani: Kau panggil ayah kau bapak eh?
Ummi: Eh, takdelah... Aku panggil ayah laa...
Wani: Urm... Wani takde dah la orang untuk nak panggil ayah... :')
Ummi: Wani... sorry2.... 

Then, Wani pon cite la bila ayah dia meninggal dunia. How old was she at that time, how the situation was. Tak semena2 disebabkan dengar cite2 tu, mengalirlah air mata sebahagian yang ada kat situ. At the same time, Ummi pon cite sal member dia yang kematian ibu masa on the way balik dari sekolah dulu. Lagi la sayu. Situasi dalam kelas time tu pon agak melankolik, padahal masa tu kitorang ada presentation. Seriously, tak boleh fokus time tu. Huhu... Kantoi tak fokus~





**************************************************

I was having a little thought.

Bersedia ke aku nak dengar berita kematian orang yang disayangi. Bohonglah kalau cakap tak sedih. Tambahan pulak kalau jadi perantauan, belajar jauh dari family. Tup, tup dengar salah sorang dari family kita meninggal especially kalo parents. Rasa time tu mesti nak je duduk ngan family. Tanak gi mana2. 

Tapi apakan daya, kematian pasti berlaku even if kita tak bersedia. Bukannya boleh cakap kat malaikat maut suruh tunggu kan. Tapi kita selalu je leka. Insaf la untuk seketika. But then.....

Bukan nak cakap aku baik ke apa. I was having a little thought at that time. For sure, aku tulis nie untuk peringatan untukku & untukmu jua. Mudah2an kita sentiasa ingat akan mati. InsyaAllah.

Nak tulis quote yang dah tulis dalam post sebelum nie lah... :)

"The man who decides to change his life at 12th hour, died on 11th..."

p/s: Hari nie hari Rabu tapi aku tetap banyak benda nak cakap. So, no wordless wednesday.. (eleh, macam aku pernah post WW sebelum nie = ='' ) Lagipun, lama dah tak menghapdet blog...