Monday, May 30, 2011

Rakusan Jalanan



Who don't love driving?
Bila drive je rasa cambest je. Especially bila drive kat jalan yang lengang & lurus camni. Speed lah tang mana pon, padahal bukan kat highway pon time tu.


Newbies cam aku yang fresh-fresh dapat lesen nie majoriti eksaited kemain bila drive. Tapi tu hanyalah perasaan masa mula-mula je. Terasa kepuasan bila lulus driving test. Bawak pon kemain laju. Takde dah nak main 50, 60 km/j macam mula-mula belajar kete.Bak kata orang ke'skema'an tu akan hilamg serta merta bila dapat lesen. Ye la kot? Kids nowadays kemain eksaited bila cakap, "woah! aku drive 120km/j tadi!" (dalam keadaan sedar, huruf P terpampang indah di depan & belakang cermin)


Purpose of talking? Show-off? Kinda..
(orang amik lesen, kita nak jugak an? so, masing2 berlumba nak show-off? gitu?)


Sikap driver macam-macam. Kalo dah expert + tak sabar, kejenya memotong je memanjang. Takdenya lah nak follow ketat-ketat belakang kereta lain. Kalau salah sikit, mulalah nak hon + tunjuk f sign tu. Mereka tu pemandu GP kot? tak pon pelakon fast 5?

Tapi....

Bila jadi camni, sape yang hebat?  

Aku yang baru setengah bulan dapat lesen P nie kadang-kadang rasa hebat je bila dapat drive kete. Makin jauh makin bangga kot? Makin besar kete, makin hebat kot? Selalu je timbul perasaan-perasaan aneh + jahat macam tu. Normal ke? Normal tak normal pon, bila aku tengok ada kemalangan depan mata, aku tak semena-mena jadi takut. Yang expert pon boleh accident, apatah lagi yang newbies?Nauzubillah.


Pesanan khidmat masyrakat: 
  1. Berhati-hatilah di jalan raya. Jangan main bedal je speed tu. Jalan hak semua bukan kita je.
  2. Amalkan sikap toleransi.
  3. Selamat bercuti semua! Aku lah yang baru nak pegi blajo.. -,-'' 


P/S: Off to KL tomorrow. Tetiba aku terbayang gunung-ganang, bukit-bukau, jalan raya & highways. Sebab tu post pasal nie. -.-''

Sunday, May 22, 2011

USIM awaiting



Pejam celik pejam celik tinggal berapa hari lagi aku nak tinggalkan rumah. Aku akan melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai dalam tamhidi Syariah & Undang-undang. Aku tak berjaya ditawarkan ke IPG. Takpelah. Ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Lagipun, at least takdelah aku akan pening buat kali kedua nak fikir nak sambung belajar kat mana. Rasa sekejap je masa berlalu. Frankly speak, my preparation for the Uni so far tak sampai lagi 50%. By this time, medical check up tak buat lagi. Baju orientasi tak siap lagi. Akaun BIMB tak bukak lagi. Barang-barang lain pon ada yang tak beli lagi. Padahal daftar 1 Jun nie. Cari pasal la kalo macam nie. haha.


Yea, aku tengok most of the SPM leavers sangat TERUJA kot untuk masuk fasa baru. Kat facebook siap ada buat group untuk bakal pelajar. Ye, kitorang dah pon buat havoc sebelum masuk Uni lagi. Aku rasa bila sampai kat sana, suasana masa mula-mula tu takdelah sehavoc kat group FB tu. Kat group tu dah siap chatting, posts & so on. Sangat TERUJA! Nasib baik gak ada FB dak. Boleh la cari kawan & tanya macam2 benda untuk persediaan. hehe..


Aku nak  cakap ready untuk masuk USIM nie tak jugak. Lebih-lebih lagi untuk Tamhidi Syariah & Undang-Undang ni. Oh ye. Tamhidi nie sama je maksudnya macam Asasi. Bila search kat google, aku dapat tau tamhidi nie ada 7 subjek.

  1. Introduction to Law
  2. English I & II
  3. Mabadi' Ila Syariah Islam (Usul Fiqh)
  4. Madkhal Ila Fikhiyyah
  5. Quranic & Hadith for science social
  6. Bahasa Arab I & II
  7. ICT skill

Daripada 7 subjek tu, aku dapat tau yang 4 daripadanya adalalah fully Arabic (yang bold) . Hahai.. Bahasa Arab aku memang tak power. Sangat basic yang aku kuasai. Bab2 nahu+sorof mana la aku ingat sangat. Mampu ke aku nak menguasai semua nie? huhu.. I'll try, InsyaAllah :) Lagipun Law & Syariah ni adalah sains sosial. Mungkin majoriti bakal pelajar adalah daripada budak sastera. Aku pulak time skolah dulu aliran sains tulen. Dahla aku sorang dari budak skolah aku yang dapat course nie. Takpelah. Ni lah yang dikatakan new environment.


By this time aku tulis post nie, most of my friends ada yang dah pergi kat form 6, daftar kat matriks, UiTM & so on. Yeah well, all the best semua. Take care. Till we'll meet again. Zaman persekolahan dah tamat tak semestinya persahabatan akan terpisah selama-lamanya. :)

okie, dengar nie. Memang menggamit memori.. :) 




P/s: asal asik Aamir Khan nie? Post sebelum nie sal cite Hindi gak.. =,=''

Saturday, May 14, 2011

Stars On Earth

Satu perkara pelik yang berlaku dalam tempoh hibernasi ni adalah apabila aku mula layan filem Hindi. Hahai.. Buang tebiat gila ah.. Sebelum ni, aku memang terkenal dengan anti-bollywood. Tapi lepas layan filem 3 Idiots, aku mula membuka mata.. Bollywood is quite awesome! Tapi aku tak suka la yang jenis lovey-dovey, dancing thingies! Err.. Peminat bollywood, jangan marah..

Melayari kebosanan di malam hari, abah aku pon tune to Zee Channel. Erh, aku tak suka channel tu.. I prefer Disney.. *napok bebeno kebudakannya.. =.=''* Tetiba mataku terpaku kat kaca TV. Cerita pe aku tak tau, tapi bila info, rupa-rupanya Aamir Khan berlakon, terus terbatal segala aktiviti aku. Maybe sebab penangan 3 idiots kot aku jadi suka tengok lakonan Aamir Khan.. hue hue hue..




Tajuk filem tu Taare Zameen Par. (Stars on Earth). Directed by Aamir Khan. Jalan ceritanya sangat menarik. Pasal budak, Ishaan (Darsheel Safary) yang mengalami diseleksia, yang tak mampu mengintepretasi tulisan, nombor dan ayat. Dia hanya tau pasal lukisan, catan dan benda berkaitan seni.. Cikgu2 selalu marah dia. Ayah dia pon selalu blame dia. Cakap dia bodoh, pemalas & sebagainya. Sampai dia jadi pasif, liar & tak pandai bersosial. Tapi dengan semangat kental seorang guru, Nikumbh (Aamir Khan), budak tu banyak peningkatan. Dah pandai membaca, menulis & so on. Dia juga merupakan johan pertandingan tu & seterusnya membuka mata para guru & pelajar sekolah tu yang 'bodoh' tak bermakna tak boleh menjadi juara.

Nikumbh portrayed Ishaan as one of his outstanding students

Lukisan Ishaan yang menobatkannya sebagai juara.
One of the quote yang aku suka dalam filem nie..

Filem ni filem lama. Tahun 2007. Tapi jalan cerita yang menarik menyebabkan aku nak review filem ni.. Fyi, filem ni menang banyak award masa tahun 2008. Mesti ada antara korang yang dah tengok.. Especially bollywood-maniacs. :)

All in all.. filem ni sangat rare & awesome! ^^
(klik SINI untuk lebih awesome)

Tuesday, May 10, 2011

Saat getir yang dilalui






Ku meniti hari-hari yang berlalu. Semakin ku sedar, tempoh hibernasi ku semakin singkat.. Akan ku keluar dari gua, melihat dunia yang penuh dengan pancaroba, fatamorgana. Berdepan dengan cabaran & sebagainya. Kenali dunia? Ahh.. Dunia sekarang kotor & jijik. Macam-macam manusia lakukan untuk mencapai matlamat masing-masing.. Kalau cara itu bagus & tidak bertentangan tidak mengapa. Tetapi, seiring dengan arus modenisasi, cara-cara yang kotor sering kali diguna pakai. Inilah yang berlaku bila nafsu merajai diri, menguasai hati. Semua menunding jari. Dan akhirnya semua mati.














Apa yang aku melalut nie? Macam novelis bhai.. Aku sebenarnya tengah menghitung hari ke IPT. Dan sebenarnya perkara yang paling susah adalah untuk membuat keputusan. 

1 Jun 2011, insyaAllah, aku akan bergelar pelajar Universiti Sains Islam Malaysia dalam jurusan Undang-undang & Syariah.. I never expected to get this course. Tapi aku bersyukur juga. Aku juga menunggu keputusan temuduga maktab yang akan diberitahu 21 Mei ni. But now, I totally puzzle to make my mind. To choose. Becoming a chemistry teacher ? Or taking Law? haihh.. =.=''


P/S: what say you? if you don't mind, cerita la jugak macam mana kalian buat keputusan. Macam mana kalian akhirnya ended up dengan kerjaya @ course sekarang. Nak puaskan hati semua orang & belajar untuk masa depan totally bukan perkara yang mudah. Exactly, most of you have gone through those difficult moment.

Monday, May 9, 2011

Man U menang lagi.. lalala~

Hell yeah, Man U menang.. Machamtaek United.. lulz.. take this!

Nice Photo! haha..

2-1? Aku redha je lah.. Haihh.. =.=''

btw, Thanks Lampard for the goal! :)
Labiu lah..


You are welcome Hansyirah Takezur! :)
labiu tu.. haha


Bola itu bolat..
Macam2 boleh jadi lah, Lat..

Chelsea memang zuhud pon, kan? :)

Tuesday, May 3, 2011

Pembunuhan OBL satu propaganda?

Assalamualaikum...

Ramai orang update sal Obama mati.. Eh silap, Osama bin Laden, the most wanted person telah terbunuh (or dibunuh??) Wallahu'alam.. Orang kata palsu.. Photoshopped? Aku pon rasa camtu.

Gambar sebelah kanan sekali tu, warna kulit muka & badan cam lain je kan?

Dan ada sesetengah orang kata Obama, eh, Osama langsung tak pernah wujud. Propaganda US je lebih.. Tak tau la.. Baca kat sini..


Masyarakat dunia lebih senang menganggap Osama nie sebagai pengganas.. Sebab kejadian 11 September tu. Dan semua orang lega bila mendengarkan berita kematian Osama nie termasuk lah............

Kata2 Presiden AS, Barack Obama..
"Amerika Syarikat (AS) tidak menentang Islam, sebaliknya AS menentang pengganas."

Aku stunned bila tengok quote ni.. Ye ke? Kejadian kat Palestin tu cane weh? Semua penduduk Gaza tu pengganas ke? Semua rakyat Iraq tu terrorist ke? 

Islam memang sentiasa dianggap pengganas oleh Kafir Laknatullah.. Sesungguhnya Islam adalah agama yang sangat2 indah.. Tapi kadang2 keindahan Islam tu dicemari oleh umatnya sendiri.. 

"Sesungguhnya Islam bukanlah agama falsafah, tapi Islam adalah manhaj hidup yang sempurna.."  

Aku tak tau nak coclude camane.. Aku hanyalah insan biasa (erk.. nani.. pinjam tagline jap.. huhu..) Aku boleh wat hipotesis kat sini, semakin aku fikir, semakin aku tak terfikir.. Erk, bukan nama blog aku ke tuh? =.=''

Kalo korang tau pasal nie, share la kat komen eh.. Sharing is caring.. Ngee, Thanks! ~


Wallahu'alam..