Sunday, December 26, 2010

Kisah Kucing dalam sangkar..

Ni gamba kucing aku (Seggy), baru beranak 18hb Dec ari tu...
Ada 4 ekor sume.
Ntah camne sesat sekor warna hitam.
trait bapak dia kot.. ^^


Ni baru je masukkan 'dia' (Seggy) dalam sangkar. Selama ni memang lepas je biarkan 'dia' lepak merata-rata. Masukkan Seggy dalam sangkar pon sbb taknak 'dia' larikan anak 'dia' & takut kena makan oleh bapak kucing tu.


Ni nak habaq, semalam kitorang bawak kucing balik kampung. Bukan bawak gi jenjalan, cari makan tapi sbb kitorang ada trip ke KL. So, takkan nak tinggal 'dia & anak2nya' kat rumah kan..
Then, decide la letak kat kampung.

Otw to kampung, memang macam kucing kesejukan (ubah peribahasa cacing kepanasan) duk dalam sangkar dalam kereta. Tak pasal2, aku as penjaga sangkar kehormat kena cakar free2 ngan 'dia' sekor ni.. Aihhh...

Memang tak tentu arah lah.. Tak semena-mena aku berfikir.. chewah...

  • Macam ni ke keadaan kita nanti kiamat esok lusa.?? Gelisah je.. Tak tau ke mana nak lari. Gempa memang hebat semacam. Kalo aku la kucing tu, mesti aku pikir, tengah kiamat ke ni.. And for sure, tak tau nak lari pegi mana.
  • Second, kucing tu berusaha nak selamatkan 'anak' dia daripada 'gempa bumi' tu. Betapa sayangnya ibu kucing tu kat anak 'dia'. Tapi manusia sekarang? Buang anak merata-rata.
kucing pon boleh berfikir even takde nikmat akal. But then, kita as human yang memang dapat nikmat akal free2 daripada Allah kenalah muhasabah diri kan? Subhanallah.. Sesungguhnya ciptaan Allah tu memang ada hikmah di sebaliknya..




No comments:

Post a Comment

Satu kata memberikan sejuta makna