Saturday, July 3, 2010

KESUNYIAN...


Rasa sunyi poolak Along takde kat rumah.. Takdela orang nak:-
  • marah Iqa & Amin
  • Habiskan lauk kat rumah
  • Amik & hantar aku time minggu balik asrama
  • Amik & Hantar kitorang gi tuisyen or skola
  • Beli barang2 dapur
  • borak2 ngan aku
  • & sebagainya....
Well, Along dah pom pergi UiTM Seri Iskandar, 25 Jun yang lepas. Mengikuti kursus Perancang Bandar. Aku tak ikut masa family hantar dia sebab masa tu minggu tak balik asrama.

Maybe rasa sunyi sebab Along orang first dalam kalangan adik-beradik kitorang yang masuk U kot. Tahun ni tahun dia.. Tahun depan tahun aku poolak.. Aku kena amik alih tugas dia poolak sepanjang tunggu result. Tu pon, kalau tak dapat PLKN. Lama2, kosong rumah.. Tinggal abah & ibu je.. Sunyinye..... Nampak gaya main ngan Seggy & Kiddy (Kucing laa..) la tak lama lagi..

Papepon, harap Along boleh cope ngan study. InsyaAllah..

Friday, July 2, 2010

2 NIGHTS to REMEMBER...

First event
Event: Malam LifeLine 4 Gaza
Time: Lepas Isya', 24 Jun 2010
Venue: Dewan Al-Ghazali
Anjuran: BADAR & Jabatan PSK

Sebenarnya, program LL4G ni berlangsung selama 4 hari. Tapi, malam LL4G ni yang paling special. Ada persembahan nasyid, pentomin dan sebagainya. Kitorang happy bila diberitahu sekolah kitorang adalah yang pertama buat program ni. This event was held to create awareness about people in GAZA. Seperti yang kita semua tau, betapa kejamnya Yahudi Laknatullah merampas tanah Palestin. Bukan rampas je, skali ngan tindas poolak uh. Tak malu btol! Ada jugak acara demonstrasi ---> Bakar bendera Israel!


Hancur sudaa Bendera Israel!



Second event
Event: Malam Srikandi Aspuri
Date: 25 Jun 2010
Venue: Dewan Al-Ghazali
Anjuran: MT & Exco Aspuri SMKAM

Malam keesokannya, MT & Exco Aspuri adakan program Malam Srikandi Aspuri khas untuk ASPURIAN sahaja. Malam ni bertemakan Arabian Night. Program ni juga bertemakan Malam Palestin. So, Aspurian kena pakai ala2 orang Arab gitu lowh.. Memang superb la diorang ni!huhu.. Banyak gak persembahan.. Antaranya: Acara gimik (oleh MT+Exco), Puisidra (F1+F2), Seni Tari (F3), Pentomin (F4) & Choral Speaking (F5). Alhamdulillah, mmg gempaq la program ni. Menggegar dunia! kwa3


Kenangan bersama (Warden & Exco Asrama 2010)