Friday, March 12, 2010

Sedap ke????

"Dah lama tak update blog..."

aku rasa ayat ni jadi ayat wajib (maybe orang pun dah hafal..) :DD
terus kepada entri,.. nak bagi reason pun, bukannya orang tanya.. *_*

Hari Jumaat minggu-minggu lepas bersamaan 26 Februari 2010 bersamaan juga 12 Rabiul Awal 1431H adalah hari maulidur rasul. Minggu ni kitorang (only fifth formers) tak dibenarkan balik sebab ada program bersama MSFT (medical students facilitator teams) from USM KK. Program tu best sangat... Nanti aku cerita dalam post seterusnya.

Hari Jumaat tu, kitorang kat asrama. I don't even call home.. Dan aku tak tau langsung adik aku, Amin kena operate sebab appendix. Aku tau berita tu a week after operation.. (lain kali kena call sokmo!) Huuhuuu...
Minggu seterusnya aku minta kebenaran warden nak balik rumah sebab nak tengok condition dia. Satu malam pun jadi la.. Hari Khamis balik rumah, Jumaat terus pegi asrama balik. Condition dia agak baik tp dia amik masa at least 3 months utk recover (at least...). So, dia kena la berpantang. Tak boleh makan kokse. Makanan yang boleh makan; ikan haruan, sup belut,...
Yang klakanya::

Suatu petang yang agak sempoi, disebabkan tak jumpa ikan haruan (biasanya makan ikan haruan), ibu pun beli la sup belut. Kitorang tak pernah pun makan sup belut tu selama ni.


Adegan di meja makan....:

Ibu:Amin...meh makan
Amin: Ibu, ni apa?
Ibu: Sup belut

(Iqa terus menyampuk...)
Iqa: amin nak makan belut??!! Iqa tak suka la.. Belut tu kan panjanggg... macam ular.. geli la.. Amin nak makan ke??
Amin: Betul ke bu??
Ibu: Takde la.. ni ikan belut..

(Amin kompius, so, dia pun amik kertas & pen lalu duduk semula kat meja makan. Tangannya melakar sesuatu. Sesuatu yang panjang, bersirip, bersisik, berekor..)
Amin: Belut tu macam ni ke bu?
Ibu: Betul la tu.. Dahla, makan ni...
Iqa: Bukan la Amin.. Belut tu panjang macam ular.. Mana ada sirip, sisik ni..

(Amin telan air liur..)
Amin: Ibu.. Macam ni apa? (sambil tangannya digenggam dan mengeluarkan jari telunjuk)
Ibu: Mengucap ke??
Amin: (Amin pun mengucap la..)
Ibu: Ok, dahla tu..makan ni..
Amin: kejap..Amin tak baca lagi al-Fatihah, ayat kursi, doa makan... (dia pun baca)
Ibu: Makan la Min,.. Nanti tak sihat kan..?
Amin: Macam ni laa.. Apa kata ibu try dlu...
Ibu: (bagi alasan sebab ibu pun geli jugak belut ni.. :DD)

Tak semena-mena Amir & Along kluar dari bilik lantas amik nasi & makan ngan sup belut. Amin terlopong & makan la akhirnya...

Lastly, Amin makan la jugak daripada tak makan langsung tapi 3 SUAP je....

Sekarang, dia agak OK la daripada my last visit hari tu.. Dah boleh berlari & so on.. Maybe sebab dapat MC 3 minggu??

2 comments:

Satu kata memberikan sejuta makna