Saturday, January 9, 2010

Tik Tok..!!

Dah seminggu 2010 berlalu..


Dah seminggu juga la aku bergelar pelajar Form 5..


Dan seminggu juga aku bergelar Ketua Aspuri..






Dalam jangka masa seminggu ni, banyak benda yang kena urus..
Asrama especially..
Dengan moto asrama "MEMPERKASAKAN ASRAMA"..

Nampaknya kena put so much effort untuk jayakannya..

Nasib baik warden sedia bagi tunjuk ajar.

And yang paling unexpected tiap2 minggu dibenarkan balik..

Dengarnya kurang subsidi.. Ntahla..






Minggu ni kami:

  • kena urus pendaftaran asrama
  • kena round2 asrama tengok kerosakan and so on..
  • kena urus minggu taaruf student form 1
  • ada mesyuarat exco untuk Minggu Budaya Asrama & Majlis Perasmian Pelantikan Jawatankuasa Asrama.




sebahagian pelajar tingkatan 1 yang dibuli oleh kami

kena ragging ke tu??


para exco aspuri


While at school...,

Result final exam 2009 baru tau masa hari Sabtu hari tu..

Setelah sekian lama, aku menunggu Abang Posmen yang tak kunjung tiba,

akhirnya aku tau juga..

Alhamdulillah, aku masih ditempatkan di kelas yang sama..

Tapi sebahagian daripada rakan aku nampaknya tidak lagi bersamaku..

And ni menyebabkan aku bakal menjadi...passive student..

No more talkative a.k.a hyperactive girl! Ouch!!!

Saturday, January 2, 2010

Cabaran Bermula


Ni dah start tahun baru.. 2010...
Tak sabar rasanya nak tunggu hujung tahun 2010...

Bermulalah 2010 menandakan bermulalah:
  • cabaranku sebagai calon SPM
  • Ketua Aspuri 2010
  • Exco Disiplin Pengawas Sekolah
  • hidup sebagai senior paling tua kat sekolah..
  • And so on...
Mak oii...agak banyak cabaran tu.. Cabaran paling berat ---> ASRAMA & SPM!!!

InsyaAllah, aku akan cuba sehabis baik untuk jadi A WISE LEADER & SUCCESSFUL STUDENT..

2009- Tinggal kenangan

2009 is the year of sadness & faithfulness to me...
Banyak peristiwa telah berlaku sepanjang tahun ni whether kat sekolah, asrama, rumah and so on..
Tapi aku sedar sebenarnya pengalaman ni mengajar aku erti kedewasaan.. Erti ketabahan dan kesabaran....

Tapi di sebalik kesedihan tu terselit jugak kemanisannya.
Aku percaya dengan idiom ni, "EVERY CLOUD HAS A SILVER LINING"
yang membawa maksud: setiap kesulitan yang melanda pasti ada kemanisannya..


Whatever it is.. 2009 dah pun meninggalkan kita.. Yang tinggal hanyalah memori...

Memori dengan budak2 kelas 4IS..
Ni 1st time in my life aku masuk kelas 1st. Totally memang agak berbeza dengan budak2 kelas lain. Agak skema pada mulanya tapi bila dah kenal, rupa2nya satu kepala je...hehe..
Well, really miss the moment in this class.. Mana la tau kot2 trun kelas sbb final exam ari tu agak teruk!



Memories in dorm 1A Aspuri..
Ni la first time aku duk dalam dorm yang memang happening gle! Memang rindu gle dengan kegamatan & kemeriahan dorm ni.. Memang tak matured.. Yang sure, akulah penggerak dorm yang setia. Kalau tahun sebelum2 ni aku la yang paling lambat bangun.. Gelagat dormmate aku yang aku tak boleh lupakan:
  1. Inani: Satu katil ngan aku, tapi dia kat bawah. Merangkap kawan sekepala ngan aku. Dalam kelas pun duduk sekali. Takut dengan lipas. Setiap kali ternampak lipas, sure menggegar dorm!
  2. Aisyah: Seorang yang banyak cerita. Boleh panggil dia reporter dorm. Seorang yang agak manja & kuat mengepek terutama kat Nani!
  3. Annur: Seorang yang memang slumber! Selalu bermain muzik.. Muzik yang amat hebat! Hanya orang2 yang arif boleh mentaksirnya terutama aku, Aisyah & Nani..
  4. Nadia & Fathin: Queen of sleeps!


Inani Najihah

Aisyah Naqiah

Annur Munirah

Fatin Nadia

Wan Nur Fathin


Nak cte sume memori memang tak abes sebab terlampau banyak!
Ada yang pahit, yang manis....
If I could turn back time..........

Cuti yang memenatkan!

1st Januari- Bday ibu..
HAPPY BIRTHDAY BU!!

Akhirnya sampai gak aku kat rumah...
Setelah lebih kurang 4 hari kami gi holiday kat KL..
Best gak tapi kalau awal bulan hari tu, I think better laa..
Ni dah nak buka skola..
Tapi takpe, at least dapat mereleasekan tension skit...
Kitorang stay kat umah sepupu kat Kajang..
So, habiskan masa hang-out kat area KL

Kitorang pegi:
  • Alamanda- main boling
  • The Curve- window-shopping sambil capture2 picture & tgk movie 'Alvin & The Chipmunks 2'
  • Swimming pool kat UKM Bangi- budak2 nk main air..
  • And so on...

3 jantan terhangat Malaya (posing sakan laa..)

alahai..romantiknya!

back to childhood style!

The Street at The Curve (macam oversea)

My family

Model Avatar - my youngest sis & bro with cousins

The Street (waktu malam)


Gi cuti masa nak buka sekolah pun jadila..
Nanti kena struggle 4 SPM poolak...
Maybe dah tak sempat nak pegi jenjalan lagi... :-D



p/s: sdeyh sebab golden holiday tak siap2.... waaaaaaa......