Thursday, December 10, 2009

Afterlife....


"Rumah kata pergi, kubur kata mari...."

Baru2 ni aku tengok cite kat saluran Astro Ria
Tajuk cte tu 'Tanah Kubur'

Kisah dia camni..

Ada sepasang suami isteri yang kehidupannya telah menyimpang jauh daripada ajaran agama Islam. Si suami merupakan seorang pemegang saham dan juga ahli bisnes yang berjaya. Mereka memiliki seorang anak. Apabila anak mereka meningkat remaja, mereka berhasrat untuk menghantar anak mereka ke salah sebuah yang terkenal di dunia di luar negara. Walaubagaimanapun, hasrat mereka telah dihalang oleh Pak Mat yang merupakan pemandu keluarga berkenaan. Pak Mat menyatakan ajaran agama sangat penting, perlu dipupuk semasa kecil lagi. Tetapi mereka tidak mengendahkan kata-kata Pak Mat.

Beberapa tahun selepas itu, anak mereka meningkat dewasa. Alangkah sedihnya, walaupun umur meningkat, tetapi mereka masih tidak didatangi layar keinsafan. Malah, umur yang semakin menghampiri kematian dibazirkan dengan amalan yang syirik.

Tatkala malaikat maut menarik nyawa si suami, si isteri mula meratapi pemergiannya. Setelah mayat dimandikan, dikafankan dan bersedia untuk disembahyangkan, si anak menyatakan hasratnya untuk kembali ke United Kingdom. Tidak tercalit pun sedikit di hati anak untuk menyembahyangkan jenazah si bapa malah untuk mengusungnya ke tanah perkuburan jauh sekali. Saat itulah, si ibu mula menyesali perbuatannya kerana menghantar anaknya ke luar negara sejak kecil lagi.

Semasa jenazah bersedia untuk dikebumikan, pak imam menyatakan tiada tanah yang disediakan untuknya kerana tanah perkuburan tersebut hanya untuk para jemaah masjid sahaja. Oleh itu, jenazah tersebut harus dikebumikan di tanah perkuburan di kampung si suami. Semasa perjalanan ke kampung si suami, pelbagai perkara yang tidak diingini telah berlaku. Pak Mat mententeramkan hati si isteri dengan menyuruhnya membaca surah Yaasin malangnya dia tidak tahu membaca Yaasin kerana terlalu lama meninggalkan ajaran agama. Akhirnya, Pak Mat hanya menyuruh si isteri berdoa sahaja.

Di tanah perkuburan, pelbagai kejadian telah berlaku Antaranya, kubur sempit dan terdapat air semasa kubur digali. Si isteri sangat menyesali perbuatan mereka selama ini.

Apakah sebenarnya kesalahan si suami????
Sebenarnya semasa hayatnya si suami telah:
  • meninggalkan solat
  • meninggalkan ibadah puasa
  • menunaikan haji dengan niat untuk melancong
  • memakan duit riba
  • minum arak dan berfoya-foya
  • tidak menjadi ketua keluarga yang baik
Sememangnya namyak pengjaran yang dapat diambil daripada cerita ini.
Sesungguhnya kematian itu perkara yang wajib akan berlaku cuma sejauh mana kita bersedia.

Recently, kita semua tau berita tentang kereta terjunam di sebuah shopping complex KB Mall.


Nauzubillah, perkara seperti ini akan berulang lagi.
Maut datang pada bila2 masa dan tidak kira di mana jua kita berada.

No comments:

Post a Comment

Satu kata memberikan sejuta makna